Bismillahirrahmanirrahim..
Salam maulidur rasul semua.Hari ni saya nak bercakap soal rindu. Ya, tentang rindu yang isi di dalamnya tidak pernah jauh dari cinta.
Sepertinya saya amat menyukai kata cinta. Cinta disini bukan biasa- biasa. Bukan sekadar ungkapan. Tetapi lebih kepada kata kerja. Kerna cinta itu perlu dibuktikan.
Berapa ramai yang bila disebutkan nama Muhammad s.a.w hatinya akan sayu? Berapa ramai yang bila disebut nama Muhammad s.a.w pasti akan teringat sirah sirah baginda? Ahh. Soalan mudah. Berapa ramai di antara kita yang rindu bila nama Muhammad sampai ke cuping telinganya?
Atau sekadar, "ohh.. saya kenal nabi Muhammad.." Satu persoalan dari saya buat anda sekali lagi. Betulkah anda mengenal baginda? Kenal yang baginda?
Dulu, semasa saya masih berada di sekolah menengah. Zaman sebelum mendapat tarbiah. Saya mengaku yang saya juga mengenal Muhammad S.A.W. Kenal yang bagaimana? Saya sendiri tersenyum melihat wasilah kenal saya terhadap nabi junjungan kita dulu- dulu. Tersenyum sinis atau mungkin juga kelat?
Dulu, jika ustaz tanya adakah saya kenal Nabi Muhammad? Maka saya akan mengangguk bangga. Dalam ujian, saya selalu dapat mata tertinggi dalam peperiksaan agama Islam. Pada saat- saat akhir saya belajar tentang Muhammad hanya untuk dapat menjawab soalan ustaz dan hanya untuk lulus ujian Pendidikan Agama Islam.
Masa maulidur rasul, saya tidak pernah tidak untuk turut serta dalam berarak. Disuruh menyanyi selawat nabi pada masa perarakan, wah... suara saya pun tidak kurang hebat besar konon- konon hendak melawan kontijen lain yang juga tengah turut berarak ketika itu.
Lagu nasyid? Ya. Saya juga hafal lagu nasyid Rasulullah nyanyian kumpulan yang saya sendiri lupa saat ini nama kumpulan tersebut. Malah kalau ada pertandingan nasyid di sekolah, saya selalu menunjuk- nunjuk di hadapan ustazah yang saya ini boleh menyanyi. Juga boleh menghayati lagu nasyid yang ditandingkan kerana kononnya saya kenal Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah, ustazah tidak memilih saya. Hahaha. Pitching lari katanya.
Semua perkara tentang Muhammad saya nak ambil. Kalau bahasa Indonesia, "sok tau aja". Hahaha
Hakikatnya, saya sekadar kenal. Kenal yang biasa biasa. Bukan secara mendalam. Bila disebut nama Muhammad. Oh, kenal. Itu nabi terakhir. Menangis untuk nabi? Heh! Saya juga ada menangis ketika mendengar lagu sedih sedih pasal nabi. Yalah. Menangis sebab muzik sedih.
Ceh. Sadisss😂Daripada apa yang saya cerita, itulah wasilah saya yang kononnya mengenal Muhammad nabi junjungan kita. Satu perkataan. Poyo -,-
Sehinggalah saya telah disapa makcik Biah (tarbiah). Barulah saya kenal siapa Muhammad S.A.W yang sebenar- benarnya. Terima kasih Allah, kerana telah menghadiahkan insan yang membuatkan mengenal Muhammad dari hati.
Terima kasih Allah, kerana menjadikan maulidur rasul kali ini lebih bermakna. Jujur. Saya benar benar rindu akan Rasulullah. Saya menangis bila tiba maulidur rasul. Setelah apa yang saya dapat dari tarbiah, belajar tentang sirah nabi secara mendalam serta mengambil iktibar untuk diamalkan di kehidupan luar.
Saya mula terfikir.
Apa sumbangan saya pada Islam?
Apa tanda cinta saya pada Muhammad?Memikirkan soalan itu membuatkan jiwa dan dada saya terasa sesak. Sedutan nafas saya berhenti sekejap- kejap. Tangan kanan saya mula memegang dada. Dibentuk menjadi sebuah penumbuk lalu dihentak beberapa kali. Airmata saya bercucuran jatuh. Tangisan esak saya mulai kedengaran.
Jujur. Soalan yang saya tanyakan kepada diri begitu menyakitkan. Terasa seperti ditusuk dengan pisau berkali- kali. Sakit! Kerana saya sendiri tiada jawapan untuk soalan itu.
Kata rindu. Kata cinta. Tapi mana buktinya? Bermacam macam soalan timbul pula dibenak saya. Allahu. Saya minta maaf Allah. Saya minta maaf nabi Muhammad. Saya bukan hamba dan umat yang baik.
Melihat keadaan umat sekeliling lagilah membuat jiwa saya kacau. Jiwa saya tidak pernah tenang setelah saya benar benar mengenali Muhammad. Saya selalu dihambat dengan dua persoalan seperti yang saya tuliskan sebentar tadi.
Rasa bersalah yang amat menghantui diri. Betapa besarnya tanggungjawab sebagai umat Islam. Kerna kita yang hidup hari ini adalah bertujuan. Bukan sia sia Allah ciptakan. Kerna untuk menyambung, untuk meneruskan tugas Nabi mengajak ummat untuk mengenal Allah. Kerna bahagia yang sebenar adalah apabila nikmat Islam yang kita faham itu telah sampai kepada insan insan yang tidak tahu.
Allahu. Duhai pembaca sekalian.
Penulisan saya ini bukan hendak menunjuk saya ini orang yang baik.
Penulisan saya ini cuma hendak mengajak anda semua untuk mengenal lebih dalam tentang kekasih Allah yakni Muhammad S.A.W.Baca, pelajari dan fahamilah sirah nabi Muhammad dan para sahabat. Dan percayalah anda akan jumpa CINTA.
Moga- moga cinta yang kita jumpa kelak bukan sekadar ungkapan. Tetapi penuh berisi cinta diiringi bukti.
Yuk! Sebarkan cinta!
Kata akhir,
Untuk yang sering merasakan tiada jalan keluar bagi dirinya.. Anda salah!
Kenapa? Kerana Allah sentiasa bersama kita semua! Kembalilah. Allah tunggu kita dengan cinta😘Sekian.
Sebuah tulisan untuk ummat.
Moga bermanfaat.
YOU ARE READING
CINTA
Short Storymelihat dengan CINTA, mendengar dengan CINTA melalui hidup ini dengan CINTA💕