14

267 31 15
                                    

Daniel

Kitaorang pun berjalan ke tandas sama-sama. Aku sengaja jalan belakang sekali. Hurmm, kalau betul lah Sungwoon diapa-apakan... Memang sah aku syak Jinyoung atau Hanni. Sebab diorang je yang takde dengan kitaorang.

Tapi... Macam yang Guanlin cakap. Mungkin agent lain dari T.A.A.T. Haish... Peninglah aku macam ni...

Sedang diorang masuk ke toilet aku berhenti jap dan pandang tepi. Sekejap... Jimin? Sungwoon? Kenapa dia masukkan Sungwoon dalam troli dan masukkan Sungwoon dalam van.

Hal keluarga ke? Ke Jimin agent T.A.A.T. Takkanlah... Boleh jadi Sungwoon musuh dalam selimut tu. Tapi, takkanlah Jimin sanggup nak bunuh abang sendiri kan? Adoi.. Perut lapar, otak bercelaru, hati tak tenteram...

"Korang... Hyung takde ke?" soalku berpura-pura. Biar yang kes tadi aku selesaikan. "Takdelah.. Mana dia pergi" kata Jisung...

Tiba-tiba..."Hyung... Darah periodlah!!!" jerit Guanlin. Minhyun mengetuk kepalanya. "Kau ingat lelaki period ke?" soal Jaehwan.

"Habistu ni darah apa?" soal Guanlin sambil mempoutkan bibirnya dan menunjukkan tempat dia nampak darah tu. "Darah period kau kot" sakat Seungwoo.

"Sekarang bukan masa untuk mainlah..." marah Jisung. "Mungkin....." Jisung ternampak sesuatu. "Ni lip balm (?) Sungwoon kan. Siap ada nama sekali ni hah" lalu menunjukkan pada semua yang di situ.

"Ha ahlah.. Haishhhh, siapa pulak mangsa lepas ni?" Marah Minhyun. "Hyung kot" balas Jaehwan. "Eh, kau. Tak tak engkau yang mati dulu..." balas Minhyun.

"Dahlah.... Masalah keluarga tak payahlah bawa sampai sini" marahku. Haishh waktu-waktu macam ni pun nak gaduh.

Diorang pun keluar... "Dugaan apa semua ni...." Seungwoo menarik rambutnya. "Weh, lebih baik kita cek diorang bertiga tu. Mana tau kalau...." Jisung terus jalan meninggalkan diorang. Apa lagi, diorang kejarlah.

.....

Datang-datang depan bilik wad diorang diorang berdua masih ada. Jinyoung dah tidur. Tapi... Kenapa kat atas muka dia ada sekeping roti? Kerja Hanni lah siapa lagi.

Hanni pulak termenung jauh nun sana. "Hanni... Kenapa dengan Jinyoung tu?" soal Daniel. "Muka dia kelakor tidur camtu. Hanni letak ah cover sikit" jawab Hanni tapi masih termenung.

"Eh jap.. Mana Sungwoon oppa?" soal Hanni setelah perasan Sungwoon takde. "Kena culik dengan pihak T.A.A.T. Tadi dia pergi toilet. Sebab lama sangat kitaorang check lah. Dia takde dalam tu. Kitaorang nampak ada darah dan lipstick.. Ke lip balm entahlah" terang Minhyun lalu bagi benda tu dekat Hanni.

Dia blur... Apa beza, lip balm dengan lipstick. Manalah dia tau. "Lip gloss kot ni" hentam Hanni. "Tak kesahlah.. Yang penting ni memang barang Sungwoon" Minhyun mempertahankan maruah sebab tak tau lip lip bagai tu.

.....

Masa tu Hanni tidur dekat Hospital je. Seungwoo dan Daniel je yang teman dia. Yang lain semua balik. "Hanni... Dah nak tidur ke?" tiba-tiba Seungwoo datang dan menyapa.

"Taknak... Takut kena bunuh masa tidur..." jawab Hanni. Padahal eyebag dah macam panda tu. "Tak bolehlah sampai macam tu. Mata tu hah.. Kalah Guanlin" sakat Seungwoo.

Masa tu jugak Daniel datang dan duduk. Muka dia pasrah gila. "Aikk Daniel. Asal murung ni?" soal Seungwoo. "Daniel nampak siapa yang culik Sungwoon hyung" katanya.

"Siapa?" soal Hanni dan Seungwoo serentak "Park Jimin" jawab Daniel. "Adik dia sendiri!" Seungwoo agak terkejut.

"Park Jimin..." tiba-tiba muka kingka sekolah dia muncul dekat awan atas kepala. "Ha ahlah.. Muka diorang lebih kurang..." kata Hanni perlahan.

"Eh jap... Macam mana diorang boleh jadi adik beradik ni. Sorang Ha sorang lagi Park?" baru Hanni perasan. "Lain bapak... Mak diorang sama. Dua-dua ikut muka mak" terang Seungwoo.

"Oppa... Rasanya Park Jimin adik Sungwoon tu ialah kingka kat sekolah Hanni yang Hanni cerita semalam. Ingat lagi tak?" Seungwoo membulatkan matanya. "Boleh jadi..."

"Tapi.. Takkanlah adik nak sakitkan abang sendiri" kata Daniel. Dia ni potong ah. Mentang-mentanglah tak tau apa yang kitaorang cerita.

"Ni... Rahsia antara kita bertiga je" sambung Daniel. "Setakat ni... Orang yang Daniel sure bukan Mr. tutttt tu Daehwi. Dah dua kali hampir mati tu. Jihoon pun. Dahlah pagi tu dia banyak makan roti Gardenia. Rasanya tak sempat weh hadam. Dan Woojin" terang Daniel dengan panjang lebar.

"Sungwoon?" soal Seungwoo. "Boleh jadi dia tu Mr. Tutttt. Mungkin sebab dia tak jalankan tugas dengan betul. Jimin a.k.a orang T.A.A.T pun belasah dia" terang Daniel lagi.

"Mr. Tutttt lebih dari sorang" kata Hanni. "Lagi sorang Jinyoung... Tapi.. Macam yang Jaehwan cakap. Masa dia call Jinyoung.. Kan kalau kat kedai kita nak beli barang dia scan harga bunyi tut tut tu kan. Dia cakap dia dengar. Tapi Daniel tetap fikir dia Mr. Tuttt tu" terang Daniel lagi sekali.

Hanni hanya diam. Memang dia dah tau pun yang Jinyoung tu Mr. Tuttt tapi seperti yang Jinyoung bagitau dia tadi. Hanya dia dan lagi dua orang tu. Takde pulak Sungwoon.

"Lagi satu... Diorang syak kau jugak Hanni..." sambung Daniel. "Aku tau yang tu..." jawab Hanni lemah.

"Banyaknya rahsia kena simpannnnn!!!!" akhirnya Hanni ternangis macam baby.

"Hanni... Hanni jangan nangis. Kitaorang tak percaya sikit pun yang kau tu musuh dalam selimut..." pujuk Daniel. "Aduh... Aku tak reti pujuk-pujuk ni. Kaulah Daniel... Kau kan ada ciri-ciri seorang ayah yang berjaya..." kata Seungwoo.

"Aku dah pujuk kan tadi" kata Daniel. Tiba-tiba Hanni berhenti nangis. "Aku tak kesah... Aku kena cari jugak siapa orang tu. Yang pasti bukan Mr. Tutttt yang buat semua ni" katanya sebelum tiba-tiba hilang selepas dia memetik jari. Daniel dan Seungwoo hanya berpandangan sambil menggelengkan kepala.

.....

"Arghhhh, ngantuknya..." Guanlin menghempaskan badannya di atas katil. "Tidur sorang-soranglah aku malam ni" bebel Guanlin. Guanlin keluar bilik... Waktu macam ni... Dia selalu gaduh dengan itik tu. Takpun main dengan Jihoon atau Woojin. Guanlin pun masuk bilik Jinyoung.. Disebabkan dia pun tinggal sorang dalam bilik. Guanlin mengunci pintu bilik.

"Jinyoung hyung... Jomlah main video game..." ajak Guanlin. "Takde mood..." jawab Jinyoung. "Alaaaa hyung. Masih fikirkan pasal tadi ke?" Jinyoung hanya berdiam.

"Hyungg.. Jawablah. Okay.. Memang bukan Guanlin yang cederakan diorang. Guanlin cuma cari data penting dekat laptop tu dan bagitau Miss H. Takkanlah Guanlin nak belot pulak" kata Guanlin.

"Hyung tau antara kita bertiga. Memang takkan cederakan Wanna One. Masalahnya... Miss H dah mungkir janji. Mula-mula dia yang masukkan racun dalam air Daehwi. Dia memang nak bunuh kita. Dia cuma pergunakan kita je" tiba-tiba waktu tu pintu dibuka...

Siapa mangsa seterusnya.....



© | 𝘼𝙂𝙀𝙉𝙏 °ᵂᵃⁿⁿᵃ ᴼⁿᵉWhere stories live. Discover now