Kawasan Perumahan Fallen Oak...
Bunyi siren menguasai suasana dan sekumpulan pasukan polis bergerak pantas menuju ke kawasan yang disyaki.Tingkat tiga rumah banglo itu diserbu dan sebuah pintu kayu gah yang bergebang dua sudah ada di hadapan mata.
Ianya tertutup rapat dan nampak nya sudah dikunci dari dalam.Memandangkan masa hampir suntuk,ketua operasi segera berteriak kuat terhadap pasukan nya.
"Sila ke tepi semua!Kita mesti pecahkan pintu ini sebelum semua nya terlambat!"
Suara pegawai polis yang memberikan arahan dengan lantang itu segera dipatuhi dan tiga anggota membawa kotak berisi peralatan mara ke hadapan.Kemudian mereka sudah mendekati pintu lalu sebuah alat dilekatkan.Satu isyarat tangan diberi sebagai arahan agar semua jentera berundur dan segala nya berlaku dengan laju dan pantas.Tidak sampai tiga saat,alat itu berkelip-kelip di muka pintu sebelum...
Tilt...tilt...tilt...Kababoom!
Alat letupan itu meledak dan membuatkan pintu yang kukuh itu retak betul-betul di tengah nya.Telinga bergegar dan jantung seakan-akan nya terasa mahu gugur dari tangkai manakala lantai banglo pula bagaikan bergoncang.
Serpihan kayu terkena beberapa orang pegawai polis yang sudah menunduk mencari perlindungan.Rosella menggigil-gigil ketakutan kerana merasakan bahawa dia seperti nya berada di medan peperangan.
Enrique dan Leander pula hanya mengetap bibir mahupun penuh debaran ingin tahu apa yang menunggu di sebalik pintu.Ketika itu bunyi pintu dihentak kuat dengan kaki menguasai suasana dan beberapa anggota polis bersiap sedia dengan senjata di tangan.Sebaik pintu dapat dipecahkan,pasukan tersebut terus meluru masuk tanpa berlengah masa.
"Ada suspek dalam bilik ini,semua harus berjaga-jaga!"
Jeritan polis itu membuatkan Rosella yang menunggu di luar sambil berpeluk tubuh sudah membeliakkan biji mata.Enrique pula terus menerpa ke dalam tanpa mempedulikan keselamatan diri nya sendiri namun cubaan dia telah dihalang oleh dua orang pegawai polis yang menunggu di kiri dan kanan pintu itu.
"Jangan bahayakan diri!"
Enrique menarik nafas dalam-dalam dan langkah kaki terus diundur.Dia turut berdiri berdiri di balik pintu sambil menanti serangan dan serbuan yang dilakukan oleh pihak polis di dalam bilik itu."Jangan bergerak.Kami sudah kepung seluruh bangunan!Kami tidak akan lepaskan tembakan.Tetapi semua mesti menyerah diri!"
Bunyi kekecohan sudah jelas kedengaran dan di sebalik peringatan yang diberi,bunyi pergelutan tetap berlaku.Akibat nya,satu das tembakan dilepaskan ke udara dan menyebabkan Enrique menjadi semakin tidak keruan.
Dia tidak dapat menahan sabar nya lalu meluru melepasi dua anggota polis yang berjaga di pintu.Leander dan Rosella juga turut mengikut tindakan Enrique.Sebaik sahaja memasuki sebuah bilik mesyuarat yang besar,mata nya meliar ke kiri dan kanan.
Enrique tidak mempedulikan kekecohan pihak polis yang sedang berusaha menangkap beberapa orang suspek lelaki di penjuru bilik itu kerana mata nya hanya tercari-cari satu wajah.Kemudian,pencarian dia berakhir apabila pandangan nya kini terlekat kukuh pada satu wajah.
Rosella pula hampir terputus nafas tatkala menyedari seseorang yang sangat dikenali nya turut berada di dalam bilik itu.Leander yang dari tadi berdiam diri turut berasa terkejut melihat keadaan insan terpenting itu.Kini mereka sudah menjumpai seseorang yang dicari-cari selama ini."Izallia!"
"Oh my!Izallia!"
Tanpa membuang masa lagi,Rosella dan Enrique terus meluru mendapatkan Izallia yang tubuh nya terikat.Dia kelihatan terduduk lemah di atas kerusi."Is she okay?Is she alright?God!She has to be alright!"
Enrique sudah bertanya bertalu-talu kepada Leander dan Rosella.Tangan menekan dada sambil cuba menahan perasaan berdebar dalam hati yang menggila.
Dia mahukan kepastian dan pada masa yang sama,Enrique inginkan jawapan yang menyedapkan hati nya.Rosella hanya berdiam diri dan membiarkan pertanyaan itu tidak terjawab.
Hati Enrique berdegup kencang dan dada nya terasa penuh kepiluan yang tidak dapat diungkapkan.Dia berharap agar semua nya baik-baik belaka dan tiada perkara buruk menimpa orang yang paling dikasihi nya.
Bila mendekati tubuh yang diikat di kerusi itu,Enrique tersentak dan begitu juga dengan Rosella yang terasa mahu pengsan sebaik sahaja melihat wajah Izallia yang benar-benar berubah.Muka nya pucat lesi dan bagaikan tiada darah lagi.
Mulut pula kebiruan dan lebam manakala baju nya sudah lusuh menandakan ia tidak tukar selama beberapa hari.Dan yang paling menyedihkan ialah Izallia diikat di atas kerusi itu bagaikan binatang.Lengan nya berbekas kerana ikatan yang terlalu ketat dan pinggang ramping dia juga turut menerima nasib yang sama.Seketika Rosella menahan Enrique daripada menerkam menyelamatkan Izallia."Nanti dahulu!Tengok kerusi ini.Ada tali-tali berlingkar seperti wayar.Hujung wayar nya dicucuk pada lengan Izallia!"
Peringatan Rosella keras sekalu dan dia memerhati tajam ke arah struktur kerusi itu.Enrique yang kabur pandangan nya kerana takungan air mata sudah terhenti mahu membuka ikatan lengan Izallia.Dia terketar-ketar bertanya kepada Rosella."Apa yang mereka cucuk pada Izallia?"
Rosella menggeleng kepala yang tanda nya tidak tahu.Tanpa lengah dia cemas menggamit sekumpulan pasukan paramedik yang sudah bersiap sedia."Kami ada mangsa di sini.Kami perlukan bantuan kecemasan sekarang juga."
Seorang pegawai polis berhampiran datang paling awal.Dengan lampu suluh di tangan,dia memerhati dengan teliti wajah mangsa yang diikat.Selepas itu,Enrique dengan lembut cuba menggerakkan tubuh isteri nya itu.Mata Izallia kekal tertutup dan tubuh longlai nya lemah bagaikan jeli."Jangan gerakkan mangsa!Saya risau dan takut wayar-wayar ini bersambung pada bom."
Pegawai polis itu segera menahan dan menegur perbuatan Enrique.Rosella jadi kaku seperti batu kerana memikirkan tubuh Izallia berbelit dengan bom dan ianya sesuatu yang amat menakutkan mahupun mengerikan.
Kumpulan paramedik akhir nya tiba dan segera mengerumuni Izallia.Enrique dan Rosella menanti dengan debaran yang menggila.Leander pula melihat semua wajah-wajah suspek yang terlibat dengan hal penculikan ini.
Enrique dan Rosella memerhati termasuk mencari punca wayar yang dicucuk pada lengan Izallia.Hujung nya berakhir dengan sambungan pada sebuah beg bendalir berisi air.Ia kelihatan sama seperti pek-pek beg air IV di hospital yang digunakan bagi proses menghidrasi pada badan pesakit dan terletak betul-betul di bawah kerusi."Ini bukan bom."
Seorang paramedik sudah mengesahkan dan Enrique menarik nafas lega lalu segera membuka ikatan tali.Rosella menanggalkan kain yang disumbat pada mulut Izallia dan Enrique pula membuka lilitan tali yang mencengkam ketat lengan dan pinggang isteri nya.
Izallia kini dibaringkan di atas lantai dan kepala nya dipangku oleh Enrique yang menangis seperti diserang histeria."Izallia...Bangun sayang,kami dah datang untuk selamatkan awak."
Rosella turut melutut di sisi Izallia sambil menggoncangkan tubuh badan dia.Namun Izallia masih tidak memberi reaksi lalu Enrique dengan juraian air mata pula cuba menepuk-nepuk lembut pipi Izallia kerana mahu menyedarkan nya.Malang sekali,hasil nya tetap sama kerana dia tidak bergerak dan kaku semata-mata.
Dengan cermat dan berhati-hati,nadi pada lengan Izallia diperiksa oleh salah seorang paramedik.
Sesaat,dua saat,tiga saat,empat saat menunggu....Paramedik itu melepaskan keluhan panjang dan perlahan-lahan dia menggeleng-gelengkan kepala.Dengan lemah,dia memberitahu hasil pemerhatian nya."I'm so sorry,mangsa tiada denyutan nadi."
Ketika itu Rosella meraup muka sendiri dan air mata memenuhi empangan kelopak nya.Tekak nya kering bagaikan tidak mampu untuk berkata-kata."Ini bermakna...Mangsa sudah meninggal dunia."
Paramedik sekali lagi mengesahkan status Izallia.Serta-merta Enrique merasakan dunia jadi gelap.Hilang harapan dan segala-gala nya setelah mendengar kata-kata paramedik itu.Dengan suara terputus-putus dan penuh gentar,dia memberitahu sesuatu kepada Rosella dan Leander yang kini sedang berdiri di depan nya."Kita terlewat!Kita tidak dapat selamatkan Izallia dan dia sudah meninggalkan kita buat selama-lama nya...."
Rosella dan Leander terkedu mendengar kata-kata Enrique.Bagaikan tidak percaya dengan kata-kata pengesahan ahli paramedik itu.Pada masa yang sama,titik-titik air mata kesedihan turun deras tanpa dipinta.Namun seribu tangisan pun tidak mampu menggembalikan Izallia kembali ke dunia.Izallia Zephora Balfager yang sudah tiada denyutan nadi nya.Dia disahkan meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan...
YOU ARE READING
Life Of Izallia
RomanceIzallia Balfager... Seorang gadis yang cantik dan baik hati namun kehidupan nya tidaklah begitu senang seperti yang lain.Dia sering didera oleh ayah tiri nya yang merupakan kaki botol dan suka menghabiskan wang hanya untuk berjudi. Dia cuba...