PIL8

452 22 2
                                    

"Betul ni taknak saya hantar awak pergi airport?" Hanna memandang wajah Aryan lama .

"Betul Hura . Lagipun family awak ni masih perlukan awak . Awakkan psychiatrist terhebat , awak mampu pulihkan semangat keluarga awak"

"Semua takkan sembuh atas keizinan-Nya Aryan ." mendatar sahaja suara Hanna.

Aryan terdiam .

"Iye sayang . Teksi dah sampai dah tu . Saya pergi dulu tau sayang . I'll call you bila saya dah sampai airport"

Hanna hanya menganguk .

"Saya sayang awak Aryan . Jangan tinggalkan saya !" jerit Hanna .

Aryan hanya berpaling dan senyum . Dia hanya mengangguk tanda berjanji untuk tidak meninggalkan Hanna .

'Awak segalanya buat saya Hura . I'll never let you go or leave you alone . That's all you need to know' desis hati Aryan sambil mengeluh .

---------

"Hura , saya dah sampai airport "

"Alhamdulillah. Bila flight ?"

"About one hour. "

"Take care Aryan . Give me a phone call when you arrive in Malaysia . I'll wait for it"

"Nae igesimnida Yeochin"

Hanna hanya tergelak .

-------

"Welcome home Tengku Aryan" kata pemandu peribadinya .

Aryan hanya tersenyum senget 'Ceh! Macam lah aku pergi lama sangat , baru seminggu lebih je' kutuk Aryan dalam hati .

Baru berura-ura untuk menelefon Hanna , Hanna terlebih dahulu menelefonnya. 'Macam ada telepati ahh!' sempat Aryan berkata-kata dalam hati sebelum menjawab panggilan tersebut .

"Assalammualaikum Cik Hanna Hura binti Abdullah Lee"

Kedengaran Hanna ketawa di hujung talian .

"Waalaikumusalam Tengku Aryan bin Tengku Umar"

"Hura , saya rindu awak"

"Ceh! Baru kejap je awak balik dah rindu"

"Betullah. Sampai hati awak takpercayakan saya" nada suara Aryan bertukar sebak .

"Alaa , Aryan sa...saya main-main je. Saya pun rindukan awak" Hanna risau takut-takut Aryan merajuk dengannya. Bukan dia tak suka Aryan merajuk , tapi kalau Aryan dah merajuk payah wei nak pujuk .

"Haa tahu takut. Cuak lah tu" Aryan tergelak kerana membayangkan muka Hanna yang cuak dan tengah geram sekarang ni. 'Mesti comelkan' desis hati Aryan .

Terbang semua rasa serba salah Hanna apabila terdengar tawa Aryan. Merah mukanya menahan malu dan geram. 'Ni kalau ada depan mata mahu aku luku kepala dia' getus hati Hanna .

"Haa , ni mesti tengah rancang nak luku kepala saya kalau saya ada dekat depan awak sekarang ni kan ?" kata Aryan masih dengan tawanya .

Hanna ketap bibir.

"Mana ada , memandai je"

"Alaa coverlah tu"

"Dah lah , kirim salam dekat untie dan uncle ya. Saya tunggu awak call saya nanti"

"Yes madam-to-be"

"Amboi , tunang pun tak lagi tau"

"Saya taknak tunang , terus akad nikah je"

Psychiatrist in Love ((On Hold))Where stories live. Discover now