Chapter 49: Pantai

460 46 20
                                    

Aya melihat suasana dihadapannya dengan teruja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aya melihat suasana dihadapannya dengan teruja. Macam anak kecil, dia berlari dan melompat-lompat diatas pasir pantai. Exam dah habis dan ni la masa untuk dia berseronok.

"Gila la.. Rui, semua ni ayah kau punya?" soal Ken yang masih tercegat memandang vila besar berhadapan dengan pantai. Tidak jauh dari situ ada hutan kecil dibelakang. Memang nampak sangat cantik dengan flora dan faunanya. Burung-burung berterbangan tanpa henti disekeliling kawasan pantai tersebut.

"Tak semua.. sebahagian kawasan pulau ni je. " jawab Rui sambil mengangkat beg baju menuju ke vila tersebut.

"Tuan muda, selamat datang. " baru saja Rui mahu menapak masuk, satu suara menegur. Rui memandang lelaki tua berpakaian kemas seperti butler itu sebelum mengeluh.

"Ehh?? Ni pembantu rumah ke?! Dia panggil kau Tuan muda!" soal Ken yang semakin teruja.

"Selamat datang, Tuan Ken. Bilik dah pun tersedia dan makan tengah hari akan dihidang pada pukul 1. " beritahu lelaki tua itu dengan hormat.

"Huwaa.. " Ken terkesima. Dia terasa seperti Tuan saat itu.

"Dah, jom. " Rui menarik Ken masuk apabila kawannya itu masih tercegat memandang pembantu tersebut.

"Cik Aya, jemput la masuk. " panggil pembantu tadi apabila sedar seorang lagi kawan Tuan mudanya masih berada di luar.

************************************

Tanpa mempedulikan mata yang memerhati, Aya masih menyumbat makanan ke dalam mulutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tanpa mempedulikan mata yang memerhati, Aya masih menyumbat makanan ke dalam mulutnya. Sedap! Mewah gila makanan yang tersedia. Baru Aya sedar yang betapa mewahnya hidup Rui ni. Ayah tiri Rui gila kaya. Itu pun sebab Aya masih belum tahu sebenarnya ayah tiri Rui tu la sebenarnya ayah kandung.

Kalau Aya tahu, Rui tak pasti apa reaksi yang akan diberikan oleh Aya. Mesti terkejut sangat.

Selepas makan, mereka kembali ke bilik masing-masing untuk menukar pakaian. Aya mencari-cari baju yang sesuai untuk dipakai ke pantai. Baju dalam miliknya di campak ke atas katil satu per satu untuk dipilih.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now