Empat

249 104 32
                                    

Dari tingkat teratas sampai tingkat paling bawah, aku cari si Kyung. Cakaplah tandas ke, cafeteria ke, bilik mana yang aku tak redah? Celah pokok bunga yang dalam pasu pun aku cari. Tak jumpa. Batang hidung ke, batang gigi ke langsung tak hado. Tempat parking pun aku jelajah habis.

Aku mengeluh. Aduh sakit kepala aku fikirkan budak ni. Tak cari nanti apa aku nak jawab dengan Hoseok? Baru hari first aku jadi babysitter, anak dia dah hilang. Tak pasal-pasal muka aku yang lawa ni masuk newspaper sebab dituduh punca anak k-idol hilang. Semua fans dia serbu rumah aku. Ngeri.

Ha! Luar bangunan tempat yang aku tak cari lagi. Aku menjenguk keluar tingkap. Hujan lebat lak tu. Ah lantaklah sapa suruh kau tak jaga budak tu betul-betul? Aku terus turun ke pintu utama yang merupakan pintu keluar masuk bangunan ni. Ingat tadi nak terjun je dari tingkat atas ala-ala Cicakman boleh main lekat-lekat.

Dengan hujan lebat ni, pandangan aku terhad lah pulak. Payah nak nampak. Payung pun takde. Sad life betul. Aku pun mula mencari di sekitar kawasan ini. Takde pun budak tu. Mana ni. Aku series rasa nak nangis. Apa yang aku dah buat? Orang suruh jagakan tapi sekarang nah! Dah hilang pulak.

Dah la takde tempat duduk. Leguh kaki aku. Haih kusut! Akhirnya aku duduk mencangkung dengan hujan yang lebat membasahi diri aku. Sejuk tak perlu kata. Menggigil aku dibuatnya. Mana Kyung ni? Dah serata pelusuk aku cari.

Tiba-tiba aku dapat rasakan hujan tidak lagi menimpa aku. Aku melihat ada seseorang yang memakai kasut hitam berdiri dihadapan aku. Lantas aku mendongak.

"Awak memang tak takut mati eh? Kalau ya pun jangan duduk tengah jalan. Buatnya kereta langgar, go terus. Tak sempat saya nak buat isteri." dia duduk mencangkung depan aku dengan payung yang dia pegang. Tubuhku dipeluknya erat lalu diletakkan sweater yang dia tengah pakai pada bahu aku.

"Jom kita masuk dalam bangunan. Kang demam tak pasal saya nak kena pergi hospital lagi." Jihoon tersenyum manis sambil memandang kearahku.

"Taknak bangun ke? Atau nak saya dukung?" soal dia dengan nada mengusik.

"Jihoon.. saya tak jumpa Kyung lagi." mata aku mula berair. Tak tahulah kenapa tapi sekarang otak aku memang tak boleh berfungsi. Kusut!

"Apa saya nak jawab pada Hoseok? Anak dia dah hilang sebab saya cuai."

Setitik dua airmata yang aku tahan kini jatuh membasahi pipi.

"Salah saya sebabㅡ" airmataku diseka menggunakan jarinya.

"Shuhh. Bukan salah awak. Dah jangan nangis, jom kita masuk dulu. Awak tak kesian ke saya duduk mencangkung lelama ni? Leguh tau." dia menarik tubuhku untuk bangun.

"Tapi Kyung macam mana?" soal aku. Kalau aku masuk dalam, konfem Hoseok tanya mana aku dah pergi dan yang paling penting mana anak dia.

"Saya suruh bodyguard tolong carikan. Jangan risau, kita pasti jumpa dia." ujar Jihoon.

Kami berdua melangkah kearah pintu masuk bangunan tadi. Dalam hati, aku tak habis-habis bermohon agar aku dapat jumpa Kyung.

✦✧✦✧✦✧✦

Aku menghela nafas.

Bertenang Min Hee. Pesan aku pada diri sendiri.

Aku dan Jihoon memasuki bilik dimana Hoseok berada. Buntang mata aku melihat apa yang ada dalam bilik tu. Kyung. Ada. Dengan. Hoseok.

"Mana awak pergi?" soalan pertama yang dilontarkan Hoseok mampu mencabut nyawa aku. Meremang bulu roma sekali dengan bulu hidung dan ketiak termasuk bulu kaki. Tubuhku menggigil. Jihoon memegang tangan erat. Cuba menyalur tenaga.

"Sa-saya pergi cari Kyung." jawab aku sambil menunduk. Takut aku nak pandang wajah Hoseok.

"Tadi Kyung tiba-tiba hilang waktu hyung perform." Jihoon memberitahu pada Hoseok.

"Mana ada hilang. Dia ada dekat laluan under stage." ujar Hoseok.

"Time sebelum awak perform, Kyung masih dengan saya. Bila awak dah perform, saya toleh tepi dah takde. Saya carilah. Tak jumpa. Semua tempat dalam bangunan ni saya redah. Mujur tandas laki je tak." kata aku sejujurnya. Aku dah sedia kalau Hoseok nak marah ke tengking aku ke. Dah salah aku sebab cuai.

"Yang basah lencun ni kenapa?" Hoseok memerhati aku.

"Sebab cari Kyung tak jumpa dalam bangunan. Saya cari luar pulak. Tapi luar hujan lebat dan saya takde payung." kata aku.

"Saya mintak maaf sebab cuai. Awak boleh pecat saya. Saya yang salah." sambung aku. Jihoon memandang aku dengan muka biar-betul?

"Dah lewat ni. Kita balik lah dulu. Saya pun dah letih. Awak boleh balik rumah terus." Hoseok membuat kata putus lalu keluar meninggalkan aku dan Jihoon sahaja dalam bilik ni.

"So, nak makan malam dengan saya tak?" Jihoon tersengih sambil menaikkan kening sebelah kiri. Poyo betul.

"Jom."

Kami keluar dari bilik itu. Namun tanganku diraih Jihoon. Aku memandangnya pelik. Dah kenapa berhenti tengah jalan?

"Pakai sweater tu elok-elok. Saya taknak orang lain tengok badan awak. Saya je boleh." aku tampar bahu dia. Ish gatal!!

Lantas aku perbetulkan sweater yang aku pakai.

"Nak makan kat mana?" soal aku.

"Hati saya pun ada restoran. Adeh! Ok ok, kita cari restoran lain!" puas hati aku lepas cubit lengan dia. Pickup line sangat.

"Padan muka." aku berlari dan meninggalkan dia dibelakang.

"Yah!" dia menjerit memanggil nama aku. Sempat aku menoleh dan menjelir lidah. Hahaha!

Tapi laju jugak lah dia lari. Tuptup sekarang dah kat tepi aku.

"Eleh nak ajak lawan lari tapi salah orang. Saya dulu pemenang acara 4x400 meter tau. Sila dan mohon puji." dia menaikkan kening kirinya. Bangga lah tu! Riak kau ye.

"Eyy perasan." aku tertawa. Ni kalau wartawan nampak, mahu kecoh satu Korea Selatan sekali dengan Korea Utara yang komunis tu. Mahu taknya, nanti adalah khabar angin bayu laut yang mengatakan bahawa seorang k-idol bercinta dengan doktor siap main kejar mengejar dalam bangunan showcase.

"Aduh penat betul." tercungap-cungap aku dibuatnya. Lama tak lari lah katakan. Bertahun lamanya duduk terbaring cam mayat hidup je atas katil kat hospital tu. Sekali lari mahu semput aku.

"Aik baru sikit tu dah penat? Antibody lemah betul." selamba badak sumbu Jihoon mengata aku. Kata depan-depan lak tu. Amboi kau. Ada jugak tersungkur jatuh ni kang.

"Pape jelah. Malas layan."

"Kita pergi makan naik kereta awak eh? Saya ni dah terpisah dari group huhu." ujarnya sambil menayangkan muka meminta belas kasihan aku. Ceh pigidah.

"Tambang minyak kena bayar tau. Sekarang harga minyak dah naik cam Malaysia." kata aku.

Kami memasuki kereta. Sebenarnya aku pun tak tahu nak makan kat mana ni. Erm.

"Jihoon, kita nak makan kat mana?" tanya aku. Ni kalau ni dia buat pickup line lagi, aku humban dia keluar. Artis tak artis kesah apa.

"Ha! Saya tahu satu restoran ni. Makanan dia sedap, harga pun ok." balasnya.

"Awak belanja?" aku berpaling kearahnya seketika. Yelah aku yang drive, kang ada yang accident sebab tak tengok depan.

"Saya belanja. Awak bayar. HAHAHA!" 

Maka satu tamparan diraja maharaja melayang atas peha Jihoon. Sakai betul.





✤✤✤✤✤✤✤

☆Next target 50 votes✌. So okay tak sepanjang korang baca story ni? Rajin-rajinlah comment supaya akak dapat perbaiki kelemahan aicehh😂 ☆

🌠Meh kita jadi kawan. Don't worry i friendly *riak*😳😂

Erm tu ja kot😕 Baibai👋

p/s : Jangan rindu akak hahaha k.

[C] Mama || 정호석Where stories live. Discover now