bab 1

24 0 0
                                    

"haha. Woi budak gemuk. Makan je kerja kau. Itulah badan kau dah sebijik macam gajah. Haha." galak sekumpulan budak nakal itu mengejek Irfan. Sesekali belakang kepalanya ditolak.

"budak hodoh nak pergi mana tu? Haha. Kasihan tiada yang nak berkawan dengan dia. Dahlah gemuk, hodoh lagi. Hahaha" lantang budak lelaki itu menghina Irfan. Dia bertepuk tangan dengan kawannya tanda berpuas hati dengan tindakannya. Tidak cukup menghina Irfan, begnya dirampas lalu isi begnya dihamburkan di atas laluan jalan mereka. Bingit kawasan itu dengan suara tawa daripada budak-budak nakal itu.

"Hei! Apa yang korang buat ni?! Berhentilah!" kedengaran satu suara menghalang perbuatan buli itu. Tasya menolak salah seorang budak nakal itu menjauhi dari Irfan.

"Tak baiklah buat macam ni!" Marah Tasya.

"Alahai minah lawa ni. Kenapa pula awak nak bela budak gemuk ni. Hahaha. Baik awak ikut kami. Kan?" ujar Ikmal, salah seorang budak nakal itu. Dia menayang senyuman manis kepada Tasya. Tutur katanya melembut setiap kali bercakap dengan Tasya. Siapa saja yang tidak kenal dengan gadis cantik bernama Natasya Aira itu. Namanya cukup dikenali dalam kalangan lelaki. Memang menjadi gadis idaman mereka. Tasya menjeling Ikmal.

"shuh! Lebih baik korang pergi sebelum aku bagitahu guru disiplin!" ujar Tasya. Budak nakal itu ketawa kecil mendengar kata-kata Tasya.

"Hahaha. Saya tak takut lah. Awak tu yang sepatutnya sedar. Kalau Anas tahu awak bela budak gemuk ni, pasti dia marah." ujar Ikmal sambil mengangkat kening memandang Tasya. Dia tersenyum senget. Kalau hal ini sampai ke pengetahuan Anas, mereka pasti bergaduh. Dia kenal sikap Anas yang tidak suka Tasya rapat dengan lelaki lain. Dengan itu, dorang akan bergaduh dan putus. Dan masa tulah aku akan dapatkan Tasya. Bisik hati Ikmal.

Walaupun Tasya mula resah apabila mendengar kata-kata Ikmal itu tapi dia buat tidak peduli sahaja.

"Dah. Jangan pedulikan mereka. Jomlah kita pergi dari sini." ujar Tasya sambil menolak belakang Irfan untuk segera beredar dari situ. Sempat dia menjeling Ikmal dan kawan-kawannya.

Pak Mat, pengawal keselamatan di sekolah itu yang baru sahaja sampai di kawasan itu hanya mampu menggeleng kepala. Baru sekolah rendah sudah pandai membuli. Rungut Pak Mat sambil menggeleng kepala.

348 words


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 10, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

She was prettyWhere stories live. Discover now