Hye Seok berjalan perlahan di antara rak-rak buku.Mulutnya disumbat dengan lollipop.Matanya ligat mencari judul buku yang dicarinya.Puas dari atas sehingga ke bawah,dia mencari buku yang menarik perhatiannya tempoh hari.
"Tough Girl...120...5"gumam Hye Seok.Dia cuba mencari lagi buku tersebut.Dia memandang ke arah kod buku yang tersusun rapi di tepi rak.Matanya masih tertacap pada senarai nombor kod buku.Orang yang lalu-lalang di perpustakaan diendahkan.Hah!Dah jumpa!Bisik hati Hye Seok.
Dia tersenyum gembira.Buku yang dicari sudah dijumpai.Seraut wajah tidak puas hati terukir pada wajah Hye Seok.Adoiyaii...Kenapa kat rak atas...???Rungut Hye Seok.Dia merengus untuk beberapa kali dan mula menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil matanya melilau untuk mencari tangga.Beberapa pelajar perempuan tersenyum melihat keletah Hye Seok.Hye Seok hanya tersenyum pahit untuk membalas senyuman mereka.
Hye Seok mengeluh.Terasa rimas apabila ada pelajar perempuan yang meminatinya.Habis loker miliknya dipenuhi dengan hadiah dan yang lebih teruk lagi...penuh dengan SURAT CINTA!!!Pening kepala bila difikirkan balik.Tulah Suki...Siapa suruh dok menggatal jadi lelaki.In your face!Hye Seok menyalahkan dirinya sendiri.
Hye Seok membiarkannya perkara itu berlalu seperti tiada apa-apa yang berlaku.Misinya kini ialah mencari tangga.Dia memfokuskan dirinya untuk melaksanakan tujuannya.Anak matanya masih melilau untuk mencari tangga.Tiba-tiba matanya bersinar dengan ceria.Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman.Segera dia mencapai tangga yang boleh laras lalu memanjatnya.
Jarinya bergerak untuk mencari kod buku itu.Yes!Akhirnya!Setelah hampir nak berjambang muka aku ni,jumpa gak!Hye Seok bersorak dalam hatinya.Sedang dia leka bersorak dengan seronok,tiba-tiba kakinya tergelincir menyebabkan dia hilang pertimbangan.Alamak!Matilah...!!!
Hye Seok terjatuh dari tangga.Dia menutup matanya dengan rapat kerana dia tahu lantai keras menanti badannya.Tidak guna kalau dia menjerit sekalipun.Dia cuma mampu berharap ada orang yang menyambutnya daripada jatuh menghempap lantai.Walaupun dia tahu harapannya mustahil akan berlaku.
Kaki dan tangannya menjadi sejuk bak ais.Dia menanti rasa kesakitan yang bakal dia rasa.Terlepas peluangnya untuk menjayakan performance di New York.Dia kira-kira mungkin ada beberapa bahagian akan patah atau retak.
Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang lembut menyambut badannya.Dia masih teragak-agak untuk membuka matanya.Dia pelik.Takkan jubin lantai dah jadi cotton candy kot.Akibat perasaan ingin tahu yang membuak-buak,perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya.Benda pertama yang dia lihat ialah wajah cemas Jungkook.
"Suki,are you okay?!"soal Jungkook dengan cemas untuk mendapatkan kepastian.Rupa-rupanya Jungkook yang menyambut dirinya daripada terjatuh.Tiba-tiba jantung Hye Seok berdetak hebat.Degupan jantungnya semakin laju.Dia menundukkan kepalanya.Jarak antara mereka berdua sangat dekat.Wajahnya berona merah seperti kulit udang yang terbakar.
Perasaan halus mula menusuk ke dalam hati kecil Hye Seok.Dia membenci dirinya sendiri.Kenapa wujudnya perasaan ni?!Soalan Nahun bermain dalam layar mindanya.
"Suki...are you okay?Cedera ke?Cakaplah something..."Risau Jungkook.Manalah tahu kejadian tadi menyebabkan Hye Seok trauma.Jantungnya tidak berhenti berdegup kencang.Mana taknya Hye Seok hampir jatuh tadi.Nasib baik dia berjalan di laluan yang sama.
Perlahan-lahan Jungkook terdengar esakkan tangisan.Dia menjadi cuak.Jungkook menundukkan kepalanya untuk melihat wajah Hye Seok.Ternyata Hye Seok yang menangis rupanya.
"Okay tak ni?"soal Jungkook dengan nada cuak.Hye Seok hanya mengangguk perlahan.Jungkook serba salah.Hye Seok mengelap air matanya.Tetiba je dia jadi emo tak tentu pasal.

YOU ARE READING
Math formula : girl x friend = girlfriend
FanfictionJEON JUNGKOOK. Dia kawan aku dari baby lagi.BFF la kiranya.Omma dan appa kami dah lama jadi kawan baik...Dia suka sweet2 dengan aku #mengada -.- Semua rahsia...Kitaorang tak pernah simpan.. TAPI... Aku ada RAHSIA TERBESAR yang aku tak pernah bagitah...