- special chapter : six -
Harini jadi tak indah apabila aku membuka mata, aku lihat Nazrul tiada disisiku. Semalam juga dia tidak pulang ke rumah. Aku bangun dan menuju ke bilik mandi.Selesai menunaikan solat subuh. Aku mengatur langkah menuju ke bilik Izz di sebelah. Pintu diketuk dahulu sebelum masuk.
Melangkah saja aku dapat lihat ada dua susuk tubuh yang sedang terbaring di atas katil. Aku terus keluar dari biliknya dan masuk semula ke dalam bilik aku.
Dia balik semalam tapi kenapa dia tidur dalam bilik Izz?
Aku ada buat salah ke?Pintu bilikku seakan-akan mahu terbuka. Aku lantas masuk ke dalam comforter. Pura-pura tidur kejap.
[ Nazrul POV ]
Aku membuka pintu bilik dan Azreen masih lagi tidur. Kot kerja aku letak di tempat penyidai. Aku menyalin pakaian dahulu. Kemudian, aku baring di sebelahnya. Comforter aku tarik.
"She look so cute." Gumanku perlahan. Aku tatap wajahnya lama. Aku menghampirinya sedikit.
"Good morning beautiful. Please don't hide anything from me." Bisikku perlahan di telinganya.
End POV
Aku yang mendengar ayatnya terkejut. Apa maksud dia? Aku perlahan-lahan membuka mata dan dia sudah pun tidur. Aku melangkah keluar dari bilik. Pintu bilik Izz aku buka. Izz sudah pun bangun.
"Good morning Mama." Ujar Izz.
"Morning too." Balasku. Aku labuhkan punggung di sebelahnya.
"Ada apa Mama datang bilik boy?" Tanya Izz spontan. Aku berikannya senyuman hambar.
"Papa balik pukul berapa semalam?" Tanyaku.
"Pukul 1 pagi. Boy terjaga pun sebab Papa tidur sebelah boy." Izz yang baru teringat sesuatu terus menutup mulutnya, lantas dia menggeleng.
"Boy gurau je. Manalah boy tahu Papa balik pukul berapa. Kenapa Ma? Papa tak ada sebelah Mama ke masa Mama bangun?" Tanya Izz. Suaranya juga agak kendur kedengaran.
"Cakap benda betul dengan Mama." Arahku tegas. Aku dapat rasa yang kalini Izz menipu aku. Wajah Izz berubah kecut.
"Be-betul." Jawab Izz gagap. Dia tahan air mata daripada jatuh. Aku tersenyum kelat ke arahnya.
"Pergi mandi. Nanti turun sarapan." Kataku lembut. Kepalanya aku usap perlahan. Aku keluar dari biliknya dan menuju ke dapur.
***
"Abang."
"Sayang."
Kami berdua berkata serentak. Sekarang kami sekeluarga sedang bersarapan di meja makan.
"Harini hari apa?" Aku dan Nazrul berkata serentak lagi. Kami diam selepas itu. Izz yang faham akan situasi terus membawa pinggannya dan turun dari kerusi.
"Nak pergi mana boy?" Tanyaku lembut.
"Boy nak makan dekat kaunter dapur. Mama dengan Papa duduklah dekat meja makan." Balas Izz tersenyum manis. Dia terus masuk ke dalam kawasan dapur.
"Sayang." Panggil Nazrul lembut. Aku pandang wajahnya yang tegang.
"Ya?" Balasku ragu-ragu apabila dia merenungku tajam.
"Sayang ada sorokkan sesuatu daripada Abang tak?" Aku mati ayat. Soalan maut Nazrul bagi.
"Kenapa diam? Abang tanya tu, jawablah." Kata Nazrul sedikit tegas. Aku menelan air liur.
"Tak ada." Balasku perlahan. Wajahnya terus berubah merah.
"Ouh tak ada. Habistu kenapa Abang pernah dengar yang Sayang bagitahu Boy yang dia akan dapat baby baru?" Suara Nazrul meninggi. Izz yang berada di ruangan dalam dapur mengintai sedikit ke arah Papa dan Mamanya.
"Aa-" Ayatku terus dipotong laju oleh Nazrul.
"Kenapa Sayang tak bagitahu Abang? Kenapa bukan Abang orang pertama yang tahu? Baby dalam perut Sayang tu anak Abang ke anak jantan lain haa?" Aku menahan sebak. Luruh jantungku saat Nazrul meninggikan suara.
Aku kuatkan diri, "Siapa Alisa? Kenapa dia selalu chat Abang malam-malam?" Soalku lembut.
Wajah Nazrul terus berubah terkejut. Dia lantas bangun dari tempat duduknya.
"Bukan uruskan Sayang." Nazrul keluar dari dapur dan rumah. Enjin keretanya kedengaran keluar dari pekarangan rumah.
"Mama." Izz belari ke arahku. Dia memeluk tubuhku erat. Dia mengalirkan air mata. Dia tidak pernah lihat Papanya meninggikan suara sebegitu kepada Mamanya. Dia rasa sedih sangat.
"Shh. Jangan nangis boy." Pujukku. Kepala Izz aku usap lembut. Dia menyeka air matanya.
"Kenapa Papa marah macam tu tadi?" Tanya Izz ingin tahu.
"Papa tak marah Sayang. Papa cuma nasihat Mama. Boy jangan risau okay?" Aku terpaksa membohong. Aku tidak mahu kepala Izz kusut dengan masalah yang Nazrul timbulkan.
"Hmm. Okay. Jom kita makan sama-sama." Izz tersenyum manis ke arahku. Aku balas senyumannya. Dia kembali ke kaunter dapur dan mengambil pinggan nasinya.
***
"Arghhh!" Jerit Nazrul kuat. Streng kereta di hentak kuat. Biarlah tangannya merah sekali pun. Dia tidak kesah. Janji bukan isteri kesayangan dia yang kena pukul.
Nazrul bukannya pergi mana-mana. Dia ada berhampiran rumahnya di dalam kereta. Sekarang masih awal untuk ke tempat kerja.
"Kenapa kau tak bagitahu aku pasal kandungan tu?" Tanya Nazrul sendirian. Dia memang tidak boleh terima kenyataan yang Azreen ingin sembunyikan tentang kandungannya.
Alisa?
Alisa bukan siapa-siapa dalam dirinya. Lagi pun umur Alisa sekarang 32 Tahun. Dia sudah pun berkahwin. Hubungan Nazrul dan Alisa cuma sekadar sepupu.
Telefon pintar milik Nazrul berbunyi. Dengan malas, Nazrul mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar. Nama yang tentera di skrin adalah 'Alisa' lantas dia membaling telefon tersebut ke tempat dudukk belakang.
Dia tengah serabut.
***
[ Alisa POV ]
Aku merengus geram. Dia minta tolong aku. Bila aku dah tolong dia, dia boleh pula layan aku macam hamba. Haih. Sabar jela dengan sepupu yang gila ni.
"Tak kan belum bangun lagi." Aku berfikir sendirian. Aku cuba call dia lagi tetapi Nazrul langsung tidak menjawab. Aku ambil keputusan untuk call Azreen.
Nombor Azreen di cari. Tak sampai seminit, Azreen mengangkat panggilan.
"Assalamualaokum. Siapa ni?" Suara Azreen kedengaran sebak sedikit. Mungkin baru lepas nangis. Nangis? Nazrul ada buat apa-apa dekat dia ke?
"Waalaikumussalam. Saya nak tanya sikit boleh?" Pintaku. Aku berharap sangat yang dia akan membenarkan.
"Tanyalah." Aku menghembus nafas lega.
"Nazrul dah bangun tidur ke belum?" Aku harap sangat yang dia tak fikir bukan-bukan.
"Dah. Dia dah keluar rumah 5 minit lepas. Boleh saya tahu ni siapa yang bercakap?"
"Saya Alisa."
Tut Tut Tut
Panggilan terus dimatikan olehnya. Aku mengerutkan dahi. Aku ada tersalah cakap ke? Abaikan jela. Aku ambil keputusan untuk ke tempat kerja Nazrul.
End POV
***
- tralalalalala -
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...