Dikhianati oleh orang yang paling kau percayai adalah satu rasa yang tidak akan pernah dilupakan.
Adel adalah seorang gadis yatim piatu. Sepanjang hidupnya, dia hidup di jalanan sebagai pembunuh upahan profesional. Walaupun menjalani kehidupan yang sukar, dia mempunyai satu kelemahan iaitu terlalu mempercayai teman lelakinya.
Dia telah ditikam dengan kejam oleh teman lelakinya ketika mereka sedang menjalankan sebuah misi. Dia berasa amat terkejut Dan tidak menyangka perkara itu akan berlaku kerana mereka merancang untuk berkahwin sebaik sahaja misi tersebut selesai. Dan mereka telah menempuh pelbagai dugaan bersama-sama selama 5 tahun sejak dipertemukan dalam agensi mereka.
Namun siapa sangka, orang yang paling dia cintai di dunia telah membunuhnya. Tuhan Maha Adil. Ketika dia diambang kematian dan kekecewaan, dia telah diberi peluang untuk hidup kembali di dalam tubuh seorang gadis 15 tahun.
Dia tidak akan menyia-yiakan peluang kedua ini.
Biar ke titisan darah yang terakhir. Di pintu kematian aku akan terus bersumpah untuk membalas dendam. Mata ganti mata, gigi ganti gigi, ke mana pun kau lari aku akan memburumu sehingga hutangmu lunas dibayar 10 Kali lipat.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
AdventureDikhianati oleh orang yang paling kau percayai adalah satu rasa yang tidak akan pernah dilupakan. Adel adalah seorang gadis yatim piatu. Sepanjang hidupnya, dia hidup di jalanan sebagai pembunuh upahan profesional. Walaupun menjalani kehidupan yang...