Bab5

143 2 1
                                    

"Along macam mana? Along setuju tak? "tanya Ummi Zaleha.
Zaliya diam tanpa kata. Tidak tahu mahu menjawab apa.
"Diam, tanda setujulah tu... "balas Dato'Jamal setelah melihat Zaliya hanya berdiam.
"Tapi Dato', saya..... "
"Tak perlu nak risau, semuanya kami dah aturkan. Kita akan adakan majlis ini secara gilang gemilang. Maklumlah,ini perkahwinan anak tunggallah katakan.. "Dato'Jamal memotong kata-kata Zaliya.Dia begitu mahu Zaliya menjadi menantunya. Dari raut wajah Zaliya,dia yakin Zaliya seorang anak gadis yang baik. Zaliya adalah pilihan terbaik untuk Zahid.

Sekali lagi Zaliya terperangkap dengan situasi terbaru ini dan akhirnya dia terpaksa akur. Dia tidak mahu perkara ini terus berpanjangan. Tambahan pula Mak cik Semah, jiranya, juga berada di tempat kejadian. Sudah sekampung dicanang cerita ini tentang dirinya yang ditangkap basah. Satu kampung kini meminggirkan mereka sekeluarga. Dia perlu bina hidup baru. Perlu mengubah kehidupanya sekarang. Dia mahu bawa keluarganya pergi jauh dari kampung ini. Dia tidak sanggup biarkan uminya terus dihina dan dicaci. Semuanya hanya kerana masalah yang dia tidak lakukan...

**************

"Mana I tahu. "
"Alah, you ni... Itu pun tak
tahu. "
You juga kata tak ada sesiapa dalam khemah masa tu. Tak pasal-pasal I kena tangkap khalwat dengan budak kampung tu! "marah Zahid.
Mukanya masam mencuka. Masih tidak senang hati dengan apa yang terjadi.

"Alah, you pujukla baba
You.."
"Masalahnya sekarang, baba nak I bertanggungjawab dengan budak kampung tu.. Eii.... tak sanggup I. "
"Maksud you sayang? Baba nak you kahwin dengan Zaliya? Oh,my God!! I nanti macam mana? "Linda tidak puas hati dengan keputusan Dato'Jamal. Mulutnya muncung, kemudian dijuihkan bibirnya dengan memek muka sekali. Seperti mengajuk.
"Mana I tahu. Kalau I tahu, baik I tak keluar, biar I kene tangkap dengan you. Boleh kita kahwin. "Zahid meletakkan tanganya ke bahu Linda sambil bibirnya menghinggap ke pipi Linda.
"Eh, tak naklah I. Tak kuasa I kahwin cara macam tu. "
"You kata nak kahwin dengan I. "Zahid merenung ke anak mata Linda. Dia inginkan kepastian dengan kata-kata gadis yang sering menggodanya itu. "You tak mahu jadi isteri I?
"Bukan macam tu. I tak naklah dengan cara macam tu. Tak seronoklah kahwin free.... "balas Linda.
Zahid mengeluh panjang. Wajahnya muram dan merenung sayu wajah linda. Dia betul-betul tersepit sekarang. Babanya kini meletakkan syarat. Jika dia mahukan warisan peninggalan keluarganya, dia perlu bertanggungjawab dengan memperisterikan Zaliya. Kalau tidak,segala kemewahan yang ada akan ditarik semuanya.
Zahid tidak pernah hidup susah. Hidupnya dari kecil penuh dilimpahi dengan kemewahan. Dia begitu berbelah bagi sekali dengan keputusan babanya. Dia betul-betul tersepit.

"Hey, kenapa ni sayang?"Linda menarik tangan Zahid sambil tanganya membelai belai badan sasa Zahid manja, namun kali ini ditepis Zahid.
"Sorry..... Kepala I berserabut sekarang. "
"Masalah apanya?"Kali ini Linda duduk di paha Zahid. Kain skirt yang dikenakan menampakkan pahanya yang putih gebu itu.Dia cuba menggoda Zahid.

"Baba akan tarik semua kemewahan dan apa yang I ada sekarang kalau I tak kahwin dengan Zaliya. "
"What's? "Kali ini Linda bingkas bangun. Terjojol biji matanya. Niatnya untuk menggoda Zahid terhenti. Hatinya risau. Zahid baginya adalah lombong emas. Kalau semuanya ditarik balik, itu maknanya apa yang dilakukannya selama ini sia-sia belaka.
Celaka! Tak guna punya orang tua! bentak Linda dalam hati.
"Sayang..... "Mengada-ngada suara Linda.Zahid hanya memandang lirik.
"Sayang terima ajelah cadangan gila baba you tu. "
"Maksud you, I terima budak kampung tu sebagai isteri? "

Linda mengangguk laju. Lama dia memerhati ke dalam anak mata Zahid. "You mesti kahwin dengan dia. Kalau tak you akan hilang semua tu. You sanggup hilang semua yang you ada sekarang? Alah, you terima dia sebagai isteri tak bererti you perlu lupakan I. Betul tak sayang? "Linda meyakinkan Zahid sekali lagi. Dia tidak sanggup kehilangan lombong emas yang berada di genggamanya sekarang. "Please..... Demi masa depan kita, I izinkan you kahwin dengan budak kampung tu.."
"Macam mana I nak kahwin dengan orang yang I tak cinta? "Zahid begitu tidak senang duduk. Dia bingkas bangun. Ke hulur ke hilir di kawasan yang sama.

"Tak perlu semua tu."Linda akan pastikan Zahid berkahwin dengan Zaliya. Dia tidak mahu semuanya terlepas begitu sahaja. Dia akan pastikan Zahid mengdapatkan haknya dan dialah orang pertama yang akan menikmati kemewahan itu nanti. Jika Zahid menolak Zaliya, itu bererti Zahid tiada apa-apa lagi. Yang ada hanya cinta lelaki itu. Bukan cinta yang dikejarnya selama ini. Yang dia mahukan daripada Zahid hanya lah kemewahan hidup. Kenikmatan syurga dunia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 09, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Tak SempurnaWhere stories live. Discover now