PART 13
.
.
.
ANDRIAN tersedak ketika menghirup kuah sup lauk kesukaanya.Serta merta tangannya mencapai sebotol air putih yang berhampiran dengannya.Habis sebotol air putih itu di teguk dengan rakusnya. Tanpa dia sedari semua mata tertumpu padanya, kecuali Hanna.
" Opsss...sorry saya haus!!" Katanya bersahaja.
" Makanlah! Penat saya masak ni lauk kesukaan ko encik Andrian!!! "
Dengan selamba Hanna menyenduk lauk dan kuahnya sekali ke dalam pinggan nasi lelaki itu.
" alaa cik Hanna nda payah susah-susah sy boleh ambil sendiri "
Andrian kian resah takala melihat nasi putinya di sirami sup berlaukkan cili padi.
" Alaa nda apalah.."
" Baiknya cik Hanna hari ni...!kan papa.."
Orang tua itu hanya mengerutkan dahi melihat kelakuan dua anaknya yang sangat jelas kelihatan saling menyindir sesama sendiri.
Andrian akhirnya akur dengan keadaan.Kerana tidak mahu kalah dia memasukkan juga nasi itu kedalam mulutnya.
Selang berberapa minit,wajagnya mula kemerahan, peluh juga sudah mula keluar. Perutnya juga sudah mula bertindak balas.
Tapi kerana tidak mahu di ketawakan, dia terpaksa bertahan selama yang boleh.
Hanna berlagak bersahaja sambil menikmati makanannya.
Teringat Lucy dia tergelak kecil.
“ Hanna…saya simpan sikit cili api arr tapi buli diurang makankah? ’’
“ Boleh bah..ini kan kalau Andrian, dia suka ni kalau pedas-pedas ..ko tambahlah dalam 20 atau 30 biji begitu..” cadang Hanna, sambil membasuh cili padi yang baru di petik tadi.
“ Sure !!! ’’ Tanya Lucy lagi.
“ Iya bah…”
Hanna tersenyum nakal melihat Lucy memasukan kesemua cili padi ke dalam lauk yang menjadi kegemaran Andrian dengan yakin.
“ Kasi picit-picit tu cili Lucy supaya rasa pedas dia keluar…”
Dalam rumah itu hanya Andrian saja yang tidak tahan pedas.
Walaupun hanya sebiji cili sudah cukup buat telinganya kemerahan,bibirnya membekak juga jika terlebih makan dia akan sakit perut dan pastinya dia akan mula cirit birit.
Hanna memandang Andrian,lelaki itu sudah mula gelisah!
" Baru tahu..." bisiknya dalam hati.
Lucy yang sedang menikmati makanannya sedikit terkejut apabila matanya terpandang Andrian seperti dalam keadaan tidak selesa.
“ Andrian…kenapa telinga ko merah? Bukan ko sukakah makan pedas-pedas?” Soalnya pada Andrian.
Dia teringat kata-kata Hanna semasa mereka sedang memasak tadi.
Bersungguh-sungguh Hanna menceritakan tentang makanan kegemaran Andrian.
Dia juga yang beria-ia menyatakan Andrian sangat suka makan pedas-pedas.
Andrian tidak terkejut mendengar soalan Lucy.Dia tahu pasti semua ini idea Hanna, dia sengaja!.
“ Iya..saya suka ….saaaangggat suka! Thanks cik Hanna sebab kasi masak saya makanan yang paling sedap..” Sindir
Andrian.“ Pelik juga ayat ko tu Rian…” Kata Lucy, semakin pelik gelagat lelaki itu.
“ Apa yang peliknya ?’’ balas Andrian.
YOU ARE READING
AKU MENCINTAIMU EN PENGGANTI(ILYMR)-SEASON 2
RomanceTIGA tahun membawa diri, pergi jauh dan nekad meninggalkan kenangan yang menyakitkan, akhirnya Holly Hanna kembali semula meneruskan perniagaan Butiknya yang telah lama di tinggalkannya. Namun kali ini dia nekad untuk tidak jatuh cinta lagi. Tapi ke...