Serigala Jadian & Manusia Halimunan

68 2 1
                                    

Bab 1

     Percintaan yang membutakan mata dan hati seseorang sehingga tidak kisah akan rupa paras,harta dan sebagainya yang dimiliki oleh seseorang.Baginya,cukuplah dengan ia memiliki hati orang yang menyayanginya itu sehingga tidak kisah sama ada ia dipersetujui atau tidak dipersetujui oleh orang di sekelilingnya.

*TAHUN 1990*
   Suara tangisan bayi yang baru dilahirkan itu begitu nyaring sehingga kedengaran ke seluruh tempat.Peluh di dahi Melur di sapu dengan kain batik yang di letakkan di atas dahinya,Gengaman tangan suaminya tidak dilepaskan sejak Melur mula berasa sakit untuk melahirkan bayinya.Dua jam berlalu barulah lahir seorang bayi yang comel rupa parasnya.
   "Alhamdullillah,Muayyad kamu dapat anak lelaki." Bidan Som memberitahu Muayyad,suami kepada Melur.Menitis air mata kegembiraan di pipi Muayyad,Melur yang mendengar berita itu juga tersenyum manis walaupun dia sudah kepenatan kerana berjuang melahirkan seorang insan yang menumpang di rahimnya selama 9 bulan dan 4 hari.
   "Abang,Melur nak rehat dulu ya.Abang azankanlah anak kita itu dahulu.Melur terlampau kepenatan." ujar Melur kepada suaminya.Muayyad cuma tersenyum lalu mengucup dahi isterinya.Dia melepaskan gengaman tangan isterinya dan mengambil anak lelakinya daripada bidan Som lalu mengazankan bayi tersebut.Tangisan bayi itu semakin berkurangan apabila dia dikendong oleh bapanya.Muayyad memandang wajah anak lelakinya.Anaknya begitu comel,tetapi anaknya mempunyai telinga di atas kepala dan telinga itu masih lagi tidak berbulu,kuku anaknya tajam,rambut anaknya lebat berwarna putih bercampur warna kekelabuan.Sifat fizikal anaknya tidak ubah seperti Muayyad.
   Muayyad juga mempunyai telinga di atas kepala,matanya berwarna merah gelap,rambutnya berwarna putih campur kelabu,kukunya tajam dan boleh dipanjangkan serta mempunyai gigi taring yang tajam pada gigi bahagian atas.Muayyad adalah seekor serigala jadian yang berkahwin dengan Melur,seorang manusia biasa tetapi mempunyai wajah yang cantik dan hati yang baik.Perkahwinan mereka dipersetujui oleh keluarga Melur dan keluarga serigala jadian iaitu keluarga Muayyad.Akan tetapi penduduk kampung membenci perkahwinan mereka sehingga setiap hari keluarga Melur akan dikutuk dan dihina kerana membenarkan Melur berkahwin dan mempunyai hubungan dengan "musuh" mereka iaitu puak2 serigala jadian.Muayyad mengazan dan mengiqomatkan anaknya dan seusai segalanya dia meletakkan anaknya di atas tilam kekabu di tepi Melur.Dia mengucup dahi anaknya.
  "Cik Som,tolong tengokkan mereka berdua ya?Saya nak beritahu keluarga saya bahawa Melur telah bersalin." Muayyad meninggalkan pesanan kepada Bidan Som dan Bidan Som cuma mengangguk kan kepalanya sahaja.Muayyad terus keluar dari rumah dan pergi ke rumah ibu bapanya di pertengahan hutan dalam kampung itu.

{BERSAMBUNG}

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 10, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SERIGALA JADIAN & MANUSIA HALIMUNANWhere stories live. Discover now