Kyung pov.
Peluh didahi aku lap menggunakan tisu. Dari tadi ulang-alik mahu tak penat.
"Kyung sudahlah. Kau ni dari tadi jalan sana jalan sini. Naik juling mata aku." tegur Hae Soo.
"Aku risaulah. Macam mana kalau takde sapa datang?" aku mengetap bibir. Memang takde sapa nak datang ke? Papa? Makcik tua? Sorang pun aku tak nampak.
"Aku yakin diaorang akan datang. Kita tunggu je ek?" Hae Soo menepuk bahu aku menyuruh aku bersabar.
"Diaorang tak kesah pasal aku ke?" bahu aku ditampar perlahan.
"Hey! He is your papa! Mestilah dia kesah!" marah Hae Soo. Mata aku mula berkaca.
"Kau pun tahu kan tahun lepas? Ada ke dia datang?" airmata aku menitis. Lantas Hae Soo memeluk aku.
"Aku tahu. Tapi kau kan ada aku?" dagu aku dicuit manja.
"Eyyy apa ni!" aku menolak tangannya lalu tertawa. Hae Soo mencebik namun turut sama ketawa.
"Hae Soo-ah!" panggil mummy Hae Soo. Aku lihat mummy dan daddy Hae Soo sedang melambai kearahnya. Ditangan mummynya pula ada sehelai gaun yang cantik berwarna biru. Ala-ala Cinderella gitu.
"Nae! Kyung, aku pergi dulu ye? Kau takpe ke duduk sini?" soal Hae Soo dengan nada risau.
"Takpe. Aku tunggu papa aku." aku mengangguk lalu menolak tubuh Hae Soo pergi. Haih.
Kalau dia datang lah.. hati kecilku berbisik.
Papa akan datang… Kan?
Aku menunduk sambil kaki menguis lantai. Mata ni pun satu! Sibuk tengok orang! Nanti hati jugak yang jealous. Mana papa dengan makcik tua ni? Tak datang ke?
✿✿✿✿✿✿✿
Hoseok pov.Aku duduk termenung sendiri.
"Sukahati awak lah Hoseok. Terpulang." dari tadi otak aku dok teringatkan benda ni.
"Seok." bahu aku ditepuk serentak aku menoleh. Kelihatan Jin hyung sedang tersenyum padaku.
"Kenapa hyung?" soal aku apabila melihat dia melabuhkan duduk disebelah ku.
"Kau fikirkan apa? Pasal Kyung ke?" Jin hyung menyoal aku.
"Haih. Memang Hobie takleh sembunyi rahsia dengan hyung kan? Haah pasal Kyung." aku menunduk. Bahu aku dipaut.
"Kenapa? Ceritalah kat hyung kau ni." Jin hyung menepuk pahanya. Melihat perbuatannya pantas aku letakkan kepala aku dekat paha dia. Aip bukan gay tau, ni namanya kasih sayang aiceehh.
"Kyung ada majlis pakaian beragam harini. Dia nak Hoseok pergi. Tapi Hoseok takleh pergilah sebab concert." aku meluahkan semuanya pada Jin hyung.
"Bangun Seok." tetiba Jin hyung suruh aku bangun. Aku pun ikut jelah.
Ppang!
Kepala aku diketuk oleh Jin hyung.
"Pabo. Pergi jelah. Jungkook boleh cover rap kau. Jimin.. Ah Jimin takleh. Tapi kau pergi jelah sekarang." halau Jin hyung menolak aku supaya pergi.

YOU ARE READING
[C] Mama || 정호석
Fiksi PenggemarKisah kita tersimpan rahsia dan terkandung segala serpihan duka. Kisah kita bagaikan suatu jampi, yang cukup memukau. Sayang, dapatkah kita bersatu? p/s: Untuk sayangku yang comel, Jung Hoseok❤