Bab 1

85 2 0
                                    

"Mak Menah, oh Mak Menah.... Kau datang sini cepat" teriak Syarfa memanggil pembantu rumahnya itu..
  "Yer cik Syarfa.. Kenapa? " Tanya Mak Menah  sambil menundukkan mukanya.. Dia takut melihat wajah anak majikannya itu. Dia pasti nanti pasti dia akan ditengking.
   "Kau Tanya kenapa? Mana cincin berlian aku? Aku tahu mesti kau yang ambikkan?  Dasar perempuan tua tak sedar diri.  Kalau orang gaji, buatla cara orang gaji.. Kau bagi balik cincin aku cepat.. Kalau tak aku report polis.. Sial !"  tengking Syarfa. Sebenarnya kelmarin ketika Syarfa hendak keluar jalan, dia Ada meletakkan cincinnya itu di rak sebelah katilnya. Dia pasti. Tapi bila siap sahaja dia berkemas nak pergi shopping, dia mencari-cari cincinnya itu, tiada pulak.. Tanpa usul periksa, dituduhnya Mak Menah, orang gajinya.. Yalah, di rumah ni bukannya Ada sesiapa pun Yang miskin harta selain orang gajinya itu..
   "Mak... Mak... Mak Menah tak tahu pun ....tentang ...tentang cincin.. Cincin Syarfa tu.... Betul" tergagap-gagap Mak Menah menjawab. Bukan sekali Mak Menah diherdik sedemikian, malah berkali-kali. Namun hanya dia hanya mampu bersabar. Kalau bukan kerana terhutang budi dengan Dato Kamil, tidak akan dia menahan semua ini. Kalau di depan Dato dan Datin, Syarfa berpura-pura baik, tapi kalau di belakang... Usah dikata.. Habis segala kata kesat keluar dari mulut anak majikannya itu...
   "Hoi, orang tua!... Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Kenapa, nak plan curi barang aku lagi? Kau ni memang tak sedar diri kan? Bodoh punya orang tua! " tuduh Syarfa lagi.. Sungguh dia tidak puas hati!  Bukan murah cincin yang dia beli tu.. Mahal tu...

Belum habis lagi segala ketidak puasan hatinya itu keluar, tiba-tiba telefon di at as mejanya, berbunyi..
   "Hello" kata Syarfa sambil merengus kasar. Masih marah
  "Eh, baby, sorryla I tak tahu siapa tadi kol.. " serta merta suaranya bertukar menjadi lembut.
  "Date?..... "
    "Okey... Kat mana?....
   "Okey... Bye.... Love u too.... " usai sahaja menamatkan panggilan telefon, Syarfa segera keluar dari rumah meninggalkan Mak Menah yang masih berdiri sambil menundukkan mukanya

Aku Tak Sempurna UntukmuWhere stories live. Discover now