"Abang,mana anak-anak kita?" Tanya Datin Amira sesudah dia sedar dari tidurnya. Beberapa jam yang lalu dia baru sahaja melahirkan dua anak perempuan yang dinanti-nantikan olehnya dan suami,Datuk Zaquan.
"Sayang rehat dulu ye. Sebentar nanti abang bawa anak-anak kita ye" pujuk Datuk Zaquan. Dia tak sanggup untuk memberitahu isteri kesayangannya tentang masalah yang dihadapinya
"Taknak sayang nak tengok anak-anak kita. Abang tolonglah,sayang tak tengok lagi mereka." Paksa Datin Amira. Adakah suamiku sedang mengalami masalah?atau anak-anakku tidak dapat diselamatkan?tak,tak mungkin kerana sebelum aku pengsan tadi aku dengar suara tangisan.ye tangisan!aku tidak mendengar tangisan anak kedua aku. Adakah dia selamat ya Allah?monolog Datin Amira dalam hati.
"Abang,putri-putri kita selamat kan?" Tanyanya. Dipandangnya wajah serba salah suaminya. "Em,semua selamat cuma..." Ayat itu dibiarkan tergantung."cuma apa abang?"desak Datin Amira inginkan ayat itu disudahkan.Datuk Zaquan POV
"Cuma apa abang?" Soalan itu diajukan kepadaku. Ya Allah bagaimanalah aku mahu memberitahunya?berilah aku kekuatan ya Allah. Sungguh aku tahu isteriku tak mampu.Datuk Zaquan berdoa didalam hati.
"Anak kedua kita,putri kedua kita,dia lemas di dalam perut sayang sewaktu bersalin dan dia disahkan anak syurga sayang" dengan sekali nafas aku menceritakan kepadanya. Aku memandang wajahnya. Dan Ku lihat sesuatu. Ye dia tidak percaya. Tiba-tiba "TIDAK!!!"......~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
20 tahun kemudian (mak aih cepatnya masa berlalu😂)
Datin Amira
"Prang!!!"bunyi itu mengejutkanku. Aku mendengus marah. Budak itu betul-betul mencari masalah
"Asya!"laungku. Aku tinggikan highnote suaraku. Aku bergegas turun. Vila dua tingkat ini menjadi kediaman bagi aku sekeluarga. Saat mataku menyapa suasana dapur, hatiku mulai membara. Api kemarahan menyala-nyala seperti gunung yang ingin membebaskan laharnya. Sungguh kesabaranku selalu diuji oleh budak yang tak sedar diri diuntung ini. " Asya apa yang kau dah lakukan?apa yang kau dah buat kat anak aku ini?"ku hamburkan marahku. Pandanganku jelas menunjukkan kebencian kepadanya. Sungguh aku membencinya walaupun dia darah dagingku,lahir dari rahimku kerana bagiku dia telah memalukanku. "Asya,ta..tak...bu..bu..buat...a..apa..p..pp..pun..kka..kak..Ai..Ai..Aisyi..y..a..yang...." Tanpa sempat dia menghabiskan kata-katanya,aku menariknya keluar dari dapur menuju ke kolam renang yang berada di halaman rumah."kau ingat aku nak percaya kata-kata kau tuh?pergi mampuslah." Seraya dengan itu,aku menekan kepalanya masuk dalam air. Tangannya terggapai-gapai.aku mengangkat dan menekan kepalanya kembali. Tak cukup dengan itu,aku menariknya masuk ke dalam dapur. Di situ aku mencari cili. Aku mencari-cari di dalam laci dapur. Aku menjumpainya. Aku sumbatkan cili itu kedalam mulutnya. Ku sumbatkan 5 sekali gus. Air matanya meleleh. Suaranya memenuhi ruang dapur. Tempikannya membingitkan ku. Marahku yang hampir reda kembali membara. Sungguh bisikan syaitan menguasai diriku. Aku mengambil pisau yang berada di depanku,lalu ku torehkan perlahan-lahan di tanganya. Berulang-ulang kali aku melakukannya."sial kenapa eh nyawa kau ni lumat sangat nak mampus?" Saat ku ingin mendalami pisau ke tangannya,ada seseorang yang menghalang aku."Amira berhenti!" Kupandang susuk tubuh yang menghalangku. Aku menjatuhkan pisau perlahan-lahan dengan senyuman di bibirku."berhenti?takkan!" Sesudah itu aku menendangya perutnya. Tak puas dengan itu,aku menamparnya berulang-ulang kali. Lelaki itu datang menolongnya lalu menolakku. "Sampai hati abang,menolak saya hanya kerana budak yang membebankan ini. Dasar budak OKU!" Tempikku kepadanya.Datuk Zaquan POV
Sesudah isteriku menempik terhadap anakku "watch your mouth. Don't you dare to say that word to our daughter like that again. Dia anak syurga." Ku lihat isteriku ketawa. Sungguh ku risaukan keadaannya selama ini. Dia selalu mendera anakku yang ini. Sambil menunjukkan tangan ke anakku yang mulai lemah ini, dia berkata "our daughter?sampai bila-bila saya takkan mengaku dia anak saya. Saya tak ada anak OKU. Abang kena ingat itu." Sesudah itu dia meludah ke muka anakku. "Amira!" Tempikku. Tetapi tidak dihiraukannya lalu dia menarik tangan anak sulungku. Mereka berdua menuju ke sofa dan bergelak ketawa. Sungguh Amira telah mendidik anakku Aisyi supaya membenci adiknya itu. Aku menoleh ke arah anakku yang berada di pangkuanku. Terkejutku melihat matanya yang tertutup dan keadaanya yang mulai lemah. Bukan sekali dua Amira melakukan ini kepada Asya,tetapi berulang kali. Pernah dia hampir menimbus Asya tetapi sempat dihalangnya. Menyedari nyawa Asya nyawa-nyawa ikan,aku bergegas mendukung Asya ke dalam kereta. Isteriku hanya memandang sambil ketawa. Aku memecut keluar dari perkarangan rumah ke hospital. "Asya bertahan ye. Papa akan selamatkan Asya." Gumamku perlahan. Air mataku menitis perlahan-lahan. Ku pandang sekilas tangannya yang menitikkan darah tanpa henti. Aku memecut dengan laju.
End POV
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one POV
Di hospital..."Datuk," kelihatan seorang doktor memandang lelaki yang sedang menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangan. Lelaki itu mengangkat mukanya lalu memandang wajah doktor yang berusia 20an di hadapannya."ye doktor.anak saya tak apa-apa kan?" Tanyanya."em boleh tak kalau kita berbincang di bilik saya?". Lelaki itu menganggukkan kepalanya. Lalu mereka berdua beriringan menuju ke bilik doktor.
Di bilik doktor...
"Silakan duduk Datuk" doktor itu mempersilakan lelaki itu. "Baiklah doktor. So apa berita yang ingin doktor sampaikan?" Datuk Zaquan bertanyakan doktor itu. "Oh panggillah saya Ikram saja Datuk. Macam ni tujuan saya ingin berbincang dengan Datuk tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap Asya Nadirah?adakah ianya satu penculikan Datuk?" Doktor Ikram itu bertanya kepada Datuk Zaquan. Serta merta wajah Datuk Zaquan berubah. "Sebenarnya begini Ikram..." Datuk Zaquan menceritakan cerita sebenar. Nyata wajah Ikram mempamerkan riak terkejut. Datuk Zaquan memang sedia maklum akan wajah itu.
Tbc.....
------------------------------------------------------
Hai readers..new story tapi xthu dikategorikan sebagai apa...tapi romance laa...okey so chapter 1 done. Nantikan chapter yg seterusnya.
Vote dan komen okey
Sayang korangP/s:kalau ada typo tu halalkan ok...bab 2 menyusul..
YOU ARE READING
Dia Istimewa di Mataku!!
RomansaAsya Nadirah selalu dihina,dicaci dan didera oleh keluarganya kerana kekurangannya.Mujurlah hero Malaya datang. Akram Daniel selalu melindungi Asya. Dia begitu menyayangi Asya.Namun Akram diminati oleh kakak kembar Asya,Aisyi. apakah yang akan terja...