Alleysya?seorang gadis yang masih muda,sangat muda. Manja?perkataan manja tak pernah wujud dalam kamus hidupnya.
Bukan nak kata apa,kalau dah hari hari kena maki hamun,boleh jadi manja ke? Confirm kena jadi seorang yang tegas.
"woi perempuan,termenung apa lagi?!!kerja berlonggok!pergi siapkan"
Hah,mula dah. Baru cakap tadi,nak buat macam mana?nasib badan.
"nanti Leysya datang. "
Hanya itu Alleysya dapat ungkapkan. Malas nak bantah.
"petang ni pergi pasar. Beli lauk!faham?!"
Tak buat lagi keje dah atur keje lain,pasrah Alleysya dibuatnya.
Dengan lelah Alleysya menyiapkan kerja kerja di dalam rumah.
Alleysya bersiap siap untuk ke pasar. Hairan juga Alleysya,padahal ada anak,tapi tak berguna rasanya.
"Nasib kau lah Leysya ada mak macam tu.."
Perlahan Alleysya melangkah. Dah lah ramai orang. Rimas.
"ouch!!"
Alleysya mengaduh kesakitan apabila terlanggar seseorang.
Kelam kabut Alleysya apabila tersedar yang dia terlanggar seorang wanita tua.
Wanita yang dalam lingkungan 40-50 tahun.
Cepat cepat Alleysya menghampiri wanita itu,dia perlu membantu.
"Makcik okay? Maaf,saya tak perasan"
Alleysya memapah wanita itu. Bulat mata wanita itu apabila mata mereka bertembung.
'ke..kenapa..ma..cam '
"Makcik.."tegur Alleysya apabila perasan wanita itu ralit memandang wajahnya.
" tak pe,makcik okay.."
Dalam terketar ketar wanita itu bersuara.
"tak pe lah,mari saya hantar makcik balik,rumah makcik kat mana?"
Alleysya terdiam seketika selepas menuturkan ayat itu.
Dia memukul perlahan kepalanya.
'tu lah kau leysya,suka sangat tolong orang,baik sangat kenapa? '
Alleysya memarahi dirinya kerana baik sangat. Buat buat nya orang itu jahat.
Tapi nak buat macam mana,dah terlepas kata. Tolong je lah.
"betul ke nak tolong makcik ni?rumah makcik kat depan sana.."
Alleysya mengangguk. Dia memimpin tangan tua itu.
*SKIP*
"Pahal lama sangat??!!aku dah kebulur tahu tak!!"
Terhinjut bahu Alleysya apabila ditengking sebegitu rupa.
"Tak beradab langsung. Dah lah minta tolong orang."bebel Alleysya perlahan.
" Lembap lah kau ni!"
'haih minah ni..melampau'
Alleysya menahan amarah apabila kepalanya ditunjal.
Oleh siapa? Siapa lagi kalau bukan katreena,kakak aka anak kesayangan mak nya.
"mak..katty dah lapar ni"
Meluat Alleysya apabila katreena bersuara. Nama sedap sedap guna jugak katty..fikir ohsem ke??
YOU ARE READING
Siapakah Yang Berada Di Hatiku
RomanceAlleysya seorang gadis yang cekal. Tapi kisah hidupnya ditentukan oleh seseorang yang dianggap mak nya. Segalanya ditentukan. Hidup nya dilema apabila hadirnya ramai jejaka di dalam hidupnya. Apakah yang terjadi? Selamat membaca ye😊