tujuh

235 71 43
                                    

"Air pasang pagi surut pukul lima. Bangun pagi-pagi siram pokok bunga. Pokok bunga meㅡ"

"Dah mendung ni. Tak payah lah bagi hujan turun." kutuk Kyung sambil menyisip air milo buat kesekian kalinya.

"Simbah air ni kat kau baru tau." ugut Min Hee sambil tersenyum sinis.

"Simbah lah kalau beranㅡ YAH!!"

Basah lencun badan Kyung. Yang si Min Hee dah terbahak ketawa. Ha tulah cabar aku lagi! Padan muka kau pendek!

"Papa!!" rengek Kyung sambil menghentak kakinya.

"Papa kau awal-awal dah pergi keja. HAHAHA!" gelak Min Hee ala-ala mak tiri Cinderella.

"YAH!!" rambut Min Hee ditarik.

"LEPASLAH!!" rambut Kyung juga turut ditarik. Tak lepas air yang masih mengalir di paip getah ditalakan pada Kyung.

Gaduh punya gaduh last-last dua tenuk tu basah lencun. Ni kalau Hoseok tengok mahu sakit jantung dia nanti. Sabo jelah.

"Dahlah! Makcik nak keluar jalan-jalan cari jodoh. Kau duduk sini sampai papa kau balik. Sayonara k bai!" Min Hee meninggalkan Kyung di halaman depan lalu masuk ke dalam rumah.

"Makcik! Nak ikot!!" Kyung memegang hujung baju Min Hee. Muka simpati Nobita ditunjukkan.

"Tak boleh!" Min Hee membuat derp face.

"Alah makcik!!!" hujung baju Min Hee ditarik sekali lagi.

"Ish! Yelah yelah jom! Tak payah dok buat muka katak spesies amfibia kau tu!! Geli." bajunya direntap dari gengaman Kyung lalu Min Hee meninggalkan Kyung.

Dah kenapa makcik tua ni? Angin barat betul. Lain benor. Tersampuk dengan shyton mana ni? desis hati Kyung.

❄❄❄❄❄❄❄

Kyung melihat permandangan di luar tingkap kereta.

Kenapa cam familiar je jalan ni? soal akalnya sendiri.

"Makcik, kita nak pergi mana?" tanya Kyung setelah lama berdiam.

"Rumah bakal suami aku." balas Min Hee tanpa menoleh kearah Kyung.

Nak kata pergi dorm bangtan tak mungkin. Sebab ni dah jalan lain. Tapi dirinya tetap dapat merasakan kawasan ini cam dah pernah lalu. Cuma tak ingat jalan ni akan menuju ke mana. Makan semut banyak mungkin. Tu yang lupa abis.

"Yeah dah sampai!" jerit Min Hee riang.

"Hotel? Nak buat apa kat sini?" soal Kyung seraya mendonggak kepalanya keatas. Tinggi.

"Masuk jelah. Banyak tanya lak. Sekeh baru tau." dahi Kyung ditolak oleh Min Hee dengan menggunakan jari telunjuknya.

"Humph!" rengus Kyung. Sukahati je makcik ni main tolak-tolak dahi. Ish!

Mereka melangkah masuk kedalam lobi utama hotel itu. Mata Kyung membulat.

"Papa!!" jeritnya sekuat hati lalu berlari mendapatkan Hoseok. Hoseok merendahkan dirinya agar Kyung dapat memeluknya.

"Bogoshipda." kata Kyung melagakan dahinya dengan Hoseok. Hoseok tersengih.

"Nado. Tapi rasanya papa lagi rindukan Kyung." pipi Kyung dicuit geram.

[C] Mama || 정호석Where stories live. Discover now