BAB 8: DENDAM

9 1 0
                                    

Hujan turun dengan lebat, selepas habis makan malam, Zack naik ke biliknya di tingkat atas dan baring sambil memikirkan situasi yang dia hadapi sekarang. Dia masih tidak memutuskan sama ada mahu teruskan jadi Kamen Rider Exez atau tak namun dia tidak dapat buat keputusan yang betul.  Kilat sambar-menyambar dan berlaku sementara sahaja.

Lelaki misteri tersebut menekan loceng rumah di depan pintu, Hana mendengar lonceng berbunyi dan bergegas untuk membuka pintu. Pintu dibuka, Hana yang gembira sebentar tadi terus terkaku melihat Kamen Rider yang misteri, mempunyai kuku tajam seperti Harimau dan kelihatan memakai kain yang koyak yang melindungi separuh badannya.

Hana : Kyaaa!!!

Jeritan Hana terus mengejut semua orang di dalam rumah, ibu bapa Hana terus ke depan pintu namun terkejut melihat kelibat Kamen Rider tersebut. Hana pengsan di sebelah setelah di tumbuk di perut oleh Rider tersebut.

Hairul : Siapa kau!? Kamen Ri-

Hairul terus di cakar di badan oleh Rider tersebut hingga berlumuran darah. Dia menjerit kesakitan, Nisha dan adik Zack, Kib ketakutan melihat rider itu.

??? : Nama aku Sabertooth, datang untuk hapuskan keluarga ni

Hairul : Apa salah kami huh!? Kami tak buat salah apa-apa pon!

Sabertooth : Salah? Ya, korang tak buat salah tapi...anak korang, Zack Haqeem yang akan jadi punca korang mati

Nisha : Zack?

Sabertooth menendang Hairul ke ruang tamu, dia pergi ke arah Nisha dan cekiknya sehingga wanita itu sesak nafas.

Hairul : Lepaskan dia! Ambik nyawa la!!

Sabertooth :  Nyawa korang semua akan melayang

Kib yang tidak tahu apa-apa terduduk ketakutan saat melihat ibunya dicekik, Nisha akhirnya mati dicekik oleh Sabertooth dan rider itu melontar wanita itu ke lantai.

Hairul : Tak guna!!!

Hairul di tikam oleh kuku Sabertooth sehingga muntah darah yang banyak, dia tidak mampu buat apa-apa, dia memegang pasu bunga di sebelah dia di atas meja dan memukul kepala Sabertooth hingga menghasilkan bunyi yang kuat.

Bunyi tersebut mengejutkan Zack yang sedang mengelamun berfikir, dia merasakan sesuatu yang tidak kena kerana keadaan kelihatan senyap di bawah. Dia terus mengambil Exez Driver dan turun ke bawah.

Zack berlari turun tangga dan lihat Hana terbaring di atas lantai. Sambil pergi ke arahnya, Zack bersyukur Kakaknya masih hidup.

Zack : Tapi...mak dan ayah...?

Zack berlari ke ruang tamu dan terkejut melihat darah yang berlemuran di atas lantai, mata dia terbeliak melihat mayat ibunya di atas lantai dan bapanya yang terduduk di sebelah meja. Mata dia tertumpu pada Kamen Rider yang sedak mencekik adiknya, Kib yang terkapai-kapai untuk melepaskan diri.

Zack : K-Kib!

Sabertooth memandang Zack sambil mencekik Kib dengan lebih kuat.

Zack : Apa...apa kau dah buat...apa kau dah buat!!?

Sabertooth hanya mendiamkan diri.

Zack : Mak..dan Ayah...dibunuh...

Zack melutut kerana masih dalam keadaan trauma melihat mayat ibu dan bapanya yang mati dibunuh, dan kelihatan adiknya pula jadi mangsa seterusnya.

Zack : Mak...Ayah...

Zack memandang Kib yang hampir kelihangan nafasnya.

Zack : Lepaskan Kib!!!

KAMEN RIDER REX: SIDE JOURNALWhere stories live. Discover now