**please komen dan vote**
** Semua nama tempat,watak dan masa adalah rekaan penulis sahaja. Jika ada tersama dengan mana-mana pihak itu hanya kebetulan**
Pov Gadis Kecil
Suatu tempat di kota Morex.
Nama aku Mikayla Aurora. Umur aku 8 tahun. Aku di besarkan oleh nenek. Aku tidak pernah kenal dengan kedua ibu dan bapaku. Menurut cerita nenek mereka telah pergi untuk selamanya ketika aku berumur 3 tahun. Mereka mengalami kecelakaan saat memandu pulang dari tempat kerja. Sejak dari itu aku di besarkan oleh nenek sendirian di sebuah desa yang bernama Korin. Sebuah desa yang sedikit jauh dari kota dan mempunyai penduduk yang sedikit. Punca pendapatan mereka adalah bertani dan mengusahakan ladang penternakan binatang.
Nenek membesarkan aku di sebuah rumah putih sederhana besar berhampiran sebuah hutan besar dan tebal. Nenek seorang petani. Nenek memiliki kebun dan ladang yang luas dan mempunyai beberapa orang pekerja untuk mengusahakannya. Hasil daripada tanaman akan nenek jual di kota untuk memenuhi keperluan hidup kami dan membayar gaji pekerjanya.
Aku bersekolah di sekolah berhampiran pekan tempat kami tinggal yang bernama pekan Maribel. Aku selalu ke sekolah hanya berjalan kaki di temani Arriet Simon yang akan menungguku di hadapan rumahnya yang tidak jauh dari rumah nenek.
Masa kecilku sangat biasa seperti anak-anak kecil lainnya. Aku dan Arriet selalu menghabiskan masa bermain bersama. Kami selalu menolong nenek di kebun, memancing di tasik berhampiran, bermain ayunan di taman berhampiran pekan dan bermacam lagi.
Namun bahagia kami tidak lama. Arriet dan kelurganya memutuskan untuk berpindah saat aku berumur 9 tahun kerana ayahnya yang merupakan seorang guru sekolah telah di tugaskan di tempat lain. Kami berdua menangis sejadi-jadinya saat kami harus berpisah. Aku hanya mampu merenung wajah Arriet yang basah dengan air mata melambai aku dari tingkap keretanya yang semakin menjauh.
Sejak dari itu hidupku sunyi sekali. Aku tiada teman ke sekolah dan tiada teman bermain. Setiap hari aku hanya memandang rumah Arriet yang sunyi tidak berpenghuni lagi ketika berjalan melintas ke sekolah.
Di sekolah aku menjadi pendiam dan kurang bersemangat untuk bergaul dengan rakan sekolah yang lain. Kerana selama ini Arriet selalu ada untuk menceriakan suasana. Aku lebih suka menyendiri dan membuat hal aku sendiri.
Setelah beberapa minggu aku menemui hobi yang baru. Aku mendekatkan diriku dengan buku. Perpustakaan sekolah menjadi tempat kegemaranku apabila mempunyai masa lapang.
Ketika balik dari sekolah aku akan singgah di perpustakaan pekan untuk meminjam dan mengembalikan buku.
Suatu hari ketika aku sedang membaca buku di pondok atas air tasik aku di kejutkan dengan bunyi ranting kayu yang patah di ikuti bunyi tapak kaki seseorang yang melangkah menghampiriku.
Aku menoleh ke arah tepi ku. Di situ berhampiran sebuah pohon besar dan rendang berdiri seorang budak lelaki yang hampir sama besar denganku. Dia tersenyum padaku sambil melambaikan tangannya tanda menyapaku.
Aku tersenyum dan membalas lambaiannya.
Sejak dari hari itu kami berteman. Namanya Leon. Umurnya sama denganku. Leon memiliki rambut berwarna coklat gelap dan mempunyai sepasang mata yang cantik di hiasi dengan anak mata yang berwarna hijau muda. Bulu matanya lentik dan dan memiliki sepasang bibir nipis merah muda. Aku selalu mengusiknya dengan mengatakan Leon mempunyai wajah yang cantik.
Namun, yang jangal adalah, Leon mengatakan dia tinggal di dalam hutan dan rumahnya ada di sana. Pernah sekali aku mahu pergi ke rumahnya namun, Leon mengatakan aku tak akan bisa masuk di kawasan rumahnya. Leon mengatakan perlu keizinan dari ketua mereka jika aku ingin masuk ke kawasan rumah Leon. Saat itu aku tidak mengerti dan mengiyakan sahaja kata-kata Leon. Aku yang hanya seorang kanak-kanak yang polos dan lugu tidak mampu memahami dan menilai situasi pada ketika itu.
Suatu hari aku mengajak Leon pergi kerumah aku. Leon pada mulanya agak keberatan dan beralasan. Tetapi setelah aku pujuk akhirnya Leon bersetuju.
Ketika kami dalam perjalanan menuju ke rumahku seekor anjing sedang berjalan di hadapan kami. Ketika berhadapan dengan kami tiba-tiba anijing tadi mula menyeringai dan menderam seperti marah dan takut akan sesuatu. Aku yang terkejut terus kaku di tempat aku berdiri. Beberapa kali anjing tadi menyalak dan menegur kami dengan agresif dan garang. Aku lihat anjing tadi merwnung dan menderam ke arah Leon.
Leon hanya memasang wajah salamba dan aku lihat senyuman angkuh dan sinis terukir di bibirnya. Leon mengangkat tangannya kehadapan lalu di arahkannya ke arah anjing tadi. Serta merta anjing tadi tiba-tiba mengelupur dan mengongoi seperti kesakitan dan tersiksa. Aku yang binggung menyaksikan kejadian tadi lantas memegang tangan Leon yang satu lagi. Serta merta Leon seperti tersentak dan tersedar.
Ketika itu juga anjing tadi seperti sudah tidak kesakitan lagi lalu berlari pergi ke arah bertentangan dari kami.
Aku yang masih lagi dalam keadaan binggung dan terkejut hanya mampu menarik nafas panjang dan mengeluh berat.
YOU ARE READING
Cinta En.Horor
Vampire" aku tak percayakan kau" " Kau mesti percaya" " Aku akan larikan diri dari semua ini" " Kau boleh cuba" " Aku cuma budak perempuan yang biasa-biasa" " Aku tak boleh cakap yang aku cuma budak lelaki yang biasa" " Aku masih perempuan biasa " " Aku b...