part 15

3.5K 289 25
                                    

Seusai sarapan Luke terus mengendong Stella dengan cara piggy back ke satu taman yang cukup indah dan unik.

Pokok² di taman tu berdaun berwarna ungu cair dan merah jambu. Ada sebuah tasik yang jernih di tengah² taman. Ada juga beberapa pasangan yang meluangkan masa bersama di sekitar taman itu.

Buat seketika Stella tergamam dengan keindahan taman itu yang begitu indah.

"Cantiknya." Spontan ayat itu keluar dari mulut Stella.

"Memang. Taman ni dipanggil The Memories Park. Kebanyakkan pengunjung di sini adalah pasangan kekasih. Tapi ada jugak yang ingin mencari ketenangan di sini." Terang Luke panjang lebar. Stella hanya mengangguk akibat terlalu tergamam dengan taman yang tidal pernah dia jumpa di dunia.

"Taman ni jugak ada sejarahnya." Kata² Luke membuatkan Stella memandang ke arahnya.

"Sejarah?" Luke mengangguk sambil meletakkan Stella di atas rumput di keliling sebatang pokok.

"Ikutkan mitos, taman ni dulunya macam taman yang lain. Daun hijau, tasik yang cantik. Di sini juga menjadi tempat pertemuan seorang Puteri dan seorang lelaki yang datang dari golongan yang sederhana. Mereka berdua bercinta dalam diam tanpa pengetahuan raja dan permaisuri. Dan satu hari ada orang yang bocorkan tempat pertemuan mereka ni lalu sampai ke telinga Raja dan permaisuri. Mereka tak mahu tuan Puteri itu mempunyai hubungan dengan golongan miskin jadi raja dan permaisuri perintahkan tenteranya untuk membunuh lelaki tu. Satu hari tuan Puteri dan lelaki itu berjanji ingin berjumpa di taman dimana tempat pertemuan rahsia mereka. Dan lelaki itu tiba awal dari tuan Puteri. Tanpa melengahkan masa tentera² terus membunuh lelaki itu. Sebaik sahaja Puteri tiba di taman dia terpaku melihat kekasih dia terbaring tidak bernyawa sambil dilumuri dengan darah. Akibat terlalu sedih tuan Puteri pun tenggelemkan dirinya dalam tasik ni dan tiada siapa yang menjumpai mayat mereka berdua." Luke menoleh ke arah Stella dan dia terkejut apabila melihat hidung dan mata Stella mula memerah dan dipenuhi dengan cecair.

"Woi kau kenapa ni? Kenapa kau nangis ni?!" Soal Luke cemas.

"Sedih... Hiks... Cinta sejati.." Mendengar saja kata² Stella Luke menghela nafas lega. Buat orang risau ja.

"Kalau kau nk tahu aku pun ada cerita yang terukir di sini." Ujar Luke selamba.

"Cerita apa?"

Kalau nak boleh dengar lagu kat atas.🌸🌸

♦flashback♦

Luke dengan tenangnya duduk di salah satu dahan sebuah pokok di The Memories Park sambil membaca bukunya.

Tanpa sengaja dia terjatuhkan bukunya dan terkena kepala seorang gadis yang kebetulan lalu di bawah pokok itu...

"Aduh!" Jerit gadis berambut biru itu kesakitan.

Pantas Luke melompat turun dari pokok. Gadis yang jatuh terduduk itu didekatinya.

Reaching The Sky: Two WorldsWhere stories live. Discover now