CHAPTER 12:OUR NICKNAME...

19 6 0
                                    

   Sedari tadi Jimin dan Minhan tidak bercakap sebarang patah pun.Masing-masing senyap menghadap buku.Joo Hye dan Rapmonster yang duduk di belakang mereka menjadi pelik.Kebiasaannya Jimin menjadi tukang kacau nombor satu kelas itu.Tup...Tup...Senyap sunyi.

   Joo Hye dan Rapmonster saling berpandangan.Terlalu pelik dengan perilaku dua orang kawan mereka.Mereka tidak tahu mengapa diaorang menjadi senyap tanpa satu patah yang keluar.Perasaan risau mula mencuit hati mereka berdua.Tak pernah Jimin dan Minhan senyap macam ni...

   Jimin curi-curi pandang ke arah Minhan.Minhan menongkat dagunya sambil matanya tertancap pada buku rujukannya.Jimin tiba-tiba menjadi gugup.Lawanya...Detik hati Jimin.Tiba-tiba kejadian minggu lepas menerpa kotak ingatannya.Terus dia melarikan lirikan matanya ke arah buku.Mukanya terasa panas.Perasaannya mula bercelaru.

   Minhan merenung buku rujukannya.Dia mengeluh perlahan.Fokusnya terganggu sejak dua menjak ni.Tak boleh nak study dengan aman.Dia berasa ada sesuatu yang menyerabutkan pemikirannya. Fikirannya mula melayang ke kejadian minggu lepas.Mukanya mula berona merah.Terus dia menekup mukanya dengan buku yang berada dalam tangannya.Takut Jimin perasan wajahnya yang kemerahan.

   Sejak kejadian tu berlaku,mereka berdua langsung tak membuka mulut.Terasa kekok.Terlalu kekok!Hari ini ramai cikgu takde...Wajah Minhan bertukar muram.Peperiksaan makin dekat...Yang harunya dia terpaksa menduduki peperiksaan awal untuk beberapa subjek.So,dia perlu fokus!Tiba-tiba...

   "Yo Mark!Boleh aku jumpa Oh Min Han tak?"

   Terus mata Minhan terarah kepada tuan punya suara yang ingin berjumpa dengannya.Kelihatan Hye Seok sedang santai memegang sisi pintu kelasnya sambil tangan sebelahnya diseluk ke dalam kocek seluar.Aca-aca macho gitu...Ketua kelas 4 Dandelion,Mark Tuan hanya mengangguk untuk memberi kebenaran kepada Hye Seok.

   Baru sahaja mahu melangkah masuk,kedengaran pelajar-pelajar perempuan kelas tersebut mula berbisikkan sesama sendiri.Semua mata mereka melihat setiap gerak-geri Hye Seok.

   "Eh...?!!Tu bukan ke Jung Seok ke?!"

   "Hensem giloss..."

   "Dia jumpa Minhanlah!"

   "Cemburunya..."

   "Dia pandang sinilah!!!"

   Semua pelajar perempuan mula fangirling.Mata mereka hanya fokus pada Hye Seok.Hye Seok hanya tersenyum kelat mendengar desas-desus mereka.Ada yang menjerit kegirangan kerana dapat berjumpa dengan salah seorang idola terkenal sekolah.

   "Famous yea ko..."sindir Jimin.Saje nak mengusik sepupunya.Hye Seok mencebik.Geram!Joo Hye,Minhan dan Rapmonster mula ketawa.Terlalu mencuit hati agaknya.Mana taknya,Hye Seok yang disalah anggap seorang lelaki,terkenal dalam kalangan pelajar perempuan.Mukanya merah,menahan geram dan malu.Dia membuat isyarat kepada Jimin.

   Jimin bangkit lalu mengheret kerusi kosong dan duduk di sebelah Rapmonster.Dia mengikut rancangan yang telah ditetapkan.Cuma sekarang bergantung kepada Hye Seok untuk menjalankan tugasnya. Minhan menutup bukunya. Hye Seok mengambil tempat duduk Jimin lalu tersenyum manis.

   "Eeeii...!Comelnya!"

   "Hati aku makin cair tengok senyuman dia!"

    Sekali lagi pelajar-pelajar perempuan 4 Dandelion mula fangirling.Hye Seok menelan air liurnya dengan payah.Rasa macam telan peria yang super duper pahit!Mukanya kembali berona merah.Malu kot!!!

   "Payah gak kan jadi idola sekolah...Terasa takde privasi,apa pun buat-buat pekak je dengan diaorang ni."saran Minhan.Hye Seok menarik nafas panjang untuk menenangkan dirinya.

Math formula : girl x friend = girlfriendWhere stories live. Discover now