Bahagian1

519 7 0
                                    

DiDALAM bilik darjah empat bestari,kelihatan murid-murid
sedang berbincang sesuatu untuk membeli hadiah untuk cikgu ayu yang bakal menyambut hari jadi dua minggu lagi

harwatie anak perempuan Tan sri jaffar menjadi ketua dalam perbincangan itu

"Watie ingat nak belikan smartphone,korang pulak?"kata watie

" Aku nak beli teddy bear"jawab salah seorang daripada mereka

namun dari sudut tepi tingkap Aina termenung sendirian lantas,watie menegur

"Woii aina,kau nak bagi apa ye?" soal watie
belum sempat aina menjawab ada sindiran nakal dari rakan sekelasnya

"Dia nak bagi getah toreh ayah dia la tu" sindirnya
sindiran itu disambut dengan ketawa

aina tenang sahaja,tidak melenting dengan usikan nakal itu

lantas cikgu ayu yang mengajar bahasa malaysia muncul

"selamat pagi cikgu ayu" ketua kelas

lantas disambut murid-murid lain

Mata cikgu ayu terus tertumpu kearah kasut sekolah aina yang terkoyak.Cikgu Ayu mendekati aina.

"Aina nanti lepas kelas,ikut Cikgu kebilik guru"Kata Cikgu Ayu.

"Kenapa cikgu?"Soal Aina.

"Saya ada sepasang kasut untuk awak"Jawab cikgu Ayu.

namun tawaran itu ditolak  Aina.

"Eh,tak mengapa cikgu,kasut saya ni boleh gunakan lagi"Kata aina

"Awak kata boleh guna tu dah koyak pun"Kata cikgu Ayu.

"Tak pe Cikgu,saya dah biasa asalkan keputusan ujian bulanan saya tak koyak dah la cikgu"Jawab Aina.

Cikgu ayu terdiam,Dia memandang tepat kearah muridnya itu,Dia kagum usia Aina semuda itu cukup bersemangat belajar walau apapun keadaan yang menimpanya.

..............................................

Dirumah Aina membelek-belek tabungnya lalu dia mengambil penukul dibalutnya tabung tadi dengan kain agar ibunya tidak mendengar dia pecahkan tabung

"Prak" dengan sekali ketuk tabung tadi pecah

duit syling,dan seringgit bertaburan keluar dari perut tabung berbentuk ayam

Air mata aina,menitis dia sedih kerana memecahkan tabung pemberian hadiah hari jadinya daripada ayahnya

dia mengira-gira duit tadi "cuma ada 30ringgit sahaja" keluh aina,impiannya  dia ingin menghadiahkan cikgu ayu tudung berjenama

setelah selesai mengira pecahan tabung tadi ditolak kebawah katil..

Ayahnya kamal sedang mengasah pisau toreh dibawah pokok rambutan.

"Ayah,aina nak duit skit boleh tak?" soal aina

Ayahnya menjawab"eh,tak pernah mintak ayah duit tiba-tiba je mintak duit ni kenapa?cikgu sekolah mintak ke?"

terketar-Ketar aina ingin menjawabnya 

berkerut dahi Ayah aina,kamal memerhatikan anak tunggalnya itu

"Aina,ayah tak suka kalau anak ayah jadi penipu tau,aina nak buat apa dengan duit ni?" soal kamal pada anaknya.

"Aina teringinlah nak makan nasi goreng ayam dengan katin sekolah" kata aina

Tersenyum kamal melihat gelagat anak perempuannya itu.

"Yela esok ayah bagi" katanya.

....................................................

Kerongsang untuk cikguWhere stories live. Discover now