Kisah yang ingin aku ceritakan kali ini adalah kisah tentang roh tanpa kepala.
Kisah ini berlaku kira kira 5 tahun lepas ketika aku bertugas di kawasan pedalaman di sebuah felda di negeri johor.Pada malam itu aku pulang bertugas agak lewat jam menunjukan jam 1:30 pagi rasa letih yang teramat membuatkan aku terasa agak lemah.Kereta kupandu perlahan jarak diantara felda tersebut dengan rumahku lebihkurang 16 km suasana malam itu berkabus kerana hujan lebat sebelah petang.
sampai di suatu simpang dintara kawasan felda dan jalan besar aku terlihat sesuatu di pondok bas.Susuk tubuh yang sedang duduk tegak aku memperlahankan kereta untuk melihat degan dekat suasana agak berkabus agak tebal membuatkan aku berhenti betul betul di depan pondok tersebut.
Astarafirullahhalzim ..masya Allah.. terperanjat aku melihat susuk tubuh yang aku lihat tadi rupanya tanpa kepala hanya duduk tegak di bangku tempat menunggu bas.Tanpa berlengah aku memecut keretaku selaju mungkin rasa takut yang amat sangat menyelimuti aku..
Esoknya aku menceritakan kisah ini kepada salah seorang penduduk di felda tersebut..menurutnya lembaga yang aku lihat itu adalah jelmaan roh si S..... yang meniggal dunia kerana dibunuh oleh sekumpulan along..Si S....merupkan mangsa tersalah bunuh kerana pada masa ia dibunuh S telah menggunkan motosikal kepunyaan Si K... yang berhutang dengan along..
Sedih juga mendengarkan kisah si S ni..mayatnya di jumpai di tepi pondok bas tersebut setelah dia di bunuh oleh along.
Kiranya si S ni mangsa yang tak berdosa..kena bunuh.
YOU ARE READING
Cerita Seram★
Horrorcopy dri google ★ kalau Bi di tukar kpd bahasa melayu★hope enjoy and loved★ Start:12/12/2017 End: i d n surinyati pemotong daging; ada yg cuba memotong kaki; jangan baca sesorang; kalau tak ada yg memerhati. so jomm enjoy