Bilangan Bab sebelum episode akhir : 3 Bab
Tragedi yang menimpa Zack dan Hana iaitu kematian ibu, bapa dan adik mereka kelmarin telah memberi kesan dalam diri Zack. Perkara ini dirahsiakan daripada semua orang dan hasil bantuan Tok Balang, Hana dan Zack berlindung di bawah rumah Tok Balang yang tidak berada jauh dari rumah Amylia.
Faiz : Apa!?
Faiz dan Amylia terkejut mendengar berita mengenai keluarga Zack yang dibunuh oleh seseorang daripada beberapa pelajar. Faiz pergi ke arah pelajar itu dan menarik kolar baju sekolahnya kerana khuatir pelajar itu mungkin mereka cerita.
Faiz : Jangan nak mereka ceritalah!
Pelajar : Tapi betul! Jiran-jiran di sekitar taman rumah Zack yang ceritakan. Tak caya pergi rumah dia! Banyak jugak barang rosak serta ada kesan pertarungan di situ.
Amylia : Pertarungan...mungkin Zack bertukar menjadi Exez dan bertarung dengan pembunuh tu..
Faiz melepaskan kolar baju pelajar itu dan memandang Amylia.
Faiz : Adakah Ptera yang yang bunuh keluarga Zack? Tidak! Mesti dia..dia yang serang Zack haritu
Amylia : Betul juga..mari ke rumah Zack, mungkin dia ada di sana
.....
Fahmi pulang ke markas DongEvil dan melihat Fanghri sedang menikmati keseksaan yang Zack hadapi sekarang, dia begitu tidak sabar untuk melihat Zack pergi ke arah kegelapan. Fahmi datang dan terus menumbuk Fanghri dengan sekuat hatinya di muka.
Fanghri jatuh berguling namun dia tidak menghiraukannya. Rancangan dia sudah pon berjaya.
Fahmi : Apa kau dah buat!? Kau cuba hasut Zack kedalam kegelapan ke apa!?
Fanghri : Ya! Itu yang aku mahukan! Zack akan jatuh ke kegelapan untuk berkerja dengan pasukan ini! Kenapa kau tak faham lagi!? Tujuan kita adalah untuk rekrut dia dan cari Batu Lailaika!
Fahmi : Tapi tak perlu bunuh keluarga dia!! Kenapa perlu buat macam tu!?
Fanghri : Sebab...itu sahaja dapat beri kesan mendalam dalam diri dia...dan kerana untuk aku uji kuasa Sabertooth
Fahmi : Kau memang tak berhati perut...
Fahmi memasukkan Ptera Dino Fang ke dalam Slot Brace menutup fang slot dan menarik pedal lalu berubah menjadi Kamen Rider Ptera. Fanghri hanya tersenyum jahat, mengeluarkan Sabertooth Driver dan pasang pada pinggangnya. Dia mengeluarkan Sabertooth fang dan menekan butangnya.
Sabertooh Fang : Sabertooth!
Fanghri : Kau cuba kianati aku? Fanghri, apa kau lupa yang kita dah diberi amanah untuk berkerjasama dan cari Batu Lailaika tu?
Fahmi : Ada aku kesah? Kau dah bunuh keluarga orang hanya kerana mahu dia dalam kegelapan....aku takkan maafkan orang camtu, sebab mak ayah aku pon mati disebabkan Tarunggang..kau sama je macam dia!
Fanghir hanya senyum dan memasukkan dino fang itu ke dalam fang slot pada driver dan menurunkan kepala Sabertooth dan berubah menjadi Kamen Rider Sabertooth.
Fanghri : Nampaknya, kau harus mati
Fahmi : Cuba kalau berani
......
Faiz dan Amylia bergegas ke rumah Zack selepas balik sekolah, mereka hanya terkejut sahaja melihat keadaan rumah yang rosak dan tidak berpenghuni lagi. Mayat ibu, bapa dan adik Zack semua telah selamat dikebumikan dan rumah itu hanya tinggal kenangan sahaja.
Amylia : Zack pasti ada di rumah atok saya
Faiz : Atok kau?
Amylia : Ya, Atok saya memang kenal sangat keluarga Zack dan kalau ibu bapa Zack tiada, dia dan Hana akan berada di rumah atok saya bersama-sama saya.