Part 6

3.2K 110 1
                                    

Darrish yang sedang sibuk memasukkan pakaian ke dalam Luggage di pandang dari muka pintu bilik.Botol susu yang berada di tangan di peluk.

"Pak Cu nak gi ane?"

Terdengar suara itu menegur,kerja mengemasnya terhenti.Tangan mengamit supaya si kecil itu masuk ke dalam.

"Mia, kenapa tak tidur lagi ni Sayang?"

"Mia anak ido, adik iceng!"Darrish tergelak.Faham dengan apa yang dikatakan oleh anak saudaranya itu
"Biasa la tu.Adikkan kecil lagi.Mia dulu pun macam tu jugak"

"Mia enci adikk!"

"Aipp! apa cakap macam tu.Kesian adik"Tubuh si kecil itu di angkat lalu di letak kan di atas katil bersebelahan luggage nya."Mia ayang pak cu je"
Darrish hanya mengeleng "Mia tidur dekat sini dulu.Nanti pak su hantar Mia kat bilik.Okey?"

"Otey!"Botol susu di bawa ke mulut.Mata di pejam rapat.Darrish tersenyum.Tugasnya yang tergendala sebentar tadi di sambung.Setelah selesai.luggage yang berwarna royal blue itu di letekkan di sebelah almari.

Tok! Tok!

Pandangan dialih ke arah pintu. Abangnya,Darwish yang sedang berdiri di muka pintu di pandang.Masih memakai kemeja berwarna hitam yang sama seperti pagi tadi. Menandakan lelaki itu baru pulang dari pejabat.Jam di dinding di kerling sekilas 11:43 malam agak lewat abangnya pulang hari ini.

"Along nak ambik Mia"Darwish melangkah masuk setelah di beri kebenaran oleh Darrish.Tubuh kecil Mia yang sedang nyenyak tidur di angkat perlahan ke dukungannnya.
Tidak mahu si kecil itu terjaga.

"Dah siap kemas?Berholiday sakan la kau lepas ni"Soal Darwish perlahan.Darrish hanya menganguk seraya tergelak kecil.
"Lewat balik hari ni.Long?"

"Busy sikit lately ni.Ada projek baru masuk.T.D.A Holding macam mana?"

"Well, T.D.A Holding akan sentiasa okey selagi Tuan Darrish Aryan yang menjadi CEO..."Senyuman bangga di berikan kepada Darwish.
Bukan senang untuk dia sampai ke tahap itu pada usia yang muda.Terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa dia lakukan.Bukan itu sahaja T.D.A Holding dapat ditubuhkan juga atas bantuan Ayahnya, Tuan Rashidi.

Manakala Darwish menjadi peneraju utama menguruskan Syarikat milik keluarganya iaitu TT Holdings.
Darwish sendiri kagum dengan kebolehan adiknya,yang mampu menguruskan syarikat sendiri sehingga maju dan terkenal.Setanding dengan syarikat keluarga mereka,Malah syarikat T.D.A Holdings lebih maju.

Darwish mencebik.Belagak!. "Huh! belagak! Ingat sikit ehh...Syarikat kau tu wujud pun sebab Ayah yang tolong. kalau tidak tak ada maknanya T.D.A Holdings tu nak wujud"

"Ape ape jelah...Dah ambik Mia kan? Di persilakan keluar..."

"Halau nampak?Along tak hantar pergi airport esok biar padan muka kau"Kaki melangkah ke arah pintu.Darrish mengikut dari belakang
"Ape susah Pak Ali kan ada? dia boleh hantar"Jawab Darrish selamba "Tak payah nak mengada Darrish.Along hantar esok! Ayah dah cakap kan?" Terus dia melangkah keluar dari bilik itu.

Darrish masih terkebil kebil di hadapan pintu.Tadi kata tak nak hantar.Tiba tiba nak hantar pulak.pelik betul!

Tubuh di hempas ke atas katil.Mata merenung siling.Matanya masih belum mengantuk.Lagi pun besok Flight dia ke Tokyo pada waktu petang.Kalau tidur lewat malam ni pun sempat lagi kalau dia nak sambung tidur lepas subuh nanti.

Handfone yang berada di atas bantal di sebelah kanannya di capai.Senarai Contact di tekan.Nama dan Nombor seseorang yang tertera di screen lebar itu di tatap lama.

Hani Irasya

Bibir mengukir senyuman.Sudah jatuh cintakah dia pada gadis itu?
Entah.Dia tidak tahu.Mungkin ini cuma mainan perasaan.Darrish buntu sendiri.Terasa rindu ingin mendengar suara gadis itu.Rindu untuk melihat wajah polos gadis itu.Adakah ini di namakan cinta?

____________________

Kansai International airport,Osaka

Senyuman bahagia mekar di bibirnya.
Akhirnya, Setelah 6 jam berada di dalam pesawat kini dia telah menjejakkan kaki di negara matahari terbit ini.Rasa gembira Irasya tidak mampu diungkapkan sehingga bibirnya tidak lekang dari senyuman.

Suasana di negara itu cukup berbeza dengan negara negara lain yang pernah dikunjunginya.Kebiasaannya kebanyakkan orang akan memandang pelik,memerhati dirinya atas bawah dan tersenyum sinis disebabkan dia bertudung.Tetapi di sini mereka hanya melakukan kerja sendiri tidak menghiraukan kawasan sekeliling.

Dato' Ziad dan Datin Hanina mengekori dari belakang.Haris Irshad pula menolak trolley yang mengandungi bagasi mereka.Sesekali mereka tergelak melihat gelagat Irasya yang terlebih teruja itu.

"Penatnya!!...."Handbagnya di lemparkan ke atas sofa berdekatan sebelum dia melompat naik ke atas katil.6 jam kot dia duduk dalam flight tu!.Sakit pinggang dan jetlag!

Keadaan hotel tempat dia manginap itu sangat menarik.Dekorasi dalamannya kelihatan seperti rumah tradisional jepun yang di modenkan. Mempunyai dua bilik yang terhalang dengan sliding doors.

Irasya memejamkan matanya. Disini dia perlu melupakan segalanya, dia perlu lupakan lelaki itu.Dia harus kuat!.Buktikan yang kau bukan seorang yang lemah! don't waste your tears just because of him! you worth to have someone better!.Akhirnya dia terlena.

__________________

Hari Ini merupakan hari terakhir dia berada di negara matahari terbit itu.Pada malam ini dia akan berlepas pulang ke Malaysia.

Besok merupakan hari di mana majlis resepsi itu akan Berlangsung.Nasib baik majlis itu diadakan pada waktu malam boleh la dia sekeluarga berehat dahulu pada waktu siang kerana mereka di jangka tiba di KLIA pada pukul 3 pagi.

Di sebabkan esok majlis itu bakal berlangsung jugalah Irasya dan Haris Irshad bergaduh.Abangnya itu menyembunyikan passport milik Irasya kerena tidak mahu adiknya pulang ke Malaysia.Kini dia Sudah mendapat kembali passportnya atas bantuan Dato' Ziad.

"Esok mama pergi kan majlis tu?"

"Mestilah mama pergi.Dato' Halim tu kan kenalan papa..."

Tiba tiba Irasya terasa bersalah.
Bersalah sebab menyembunyikan tentang 'percintaan'nya dengan Khairul Akil selama ini dan apa yang lelaki itu telah lakukan padanya.Kalau mamanya tahu soal ini sudah pasti wanita itu mengamuk!

"Mama nak Rasya kahwin tak?..." Datin Hanina memandang wajah anak daranya.Dah kenapa tiba tiba tanya soalan macam tu?

"Kenapa tiba tiba tanya macam tu?Dah ada calon ke? Langkah bendul ni, Abang pun tak kahwin lagi"

"Mana adalah! Rasya tanya je...."

Datin Hanina hanya tersenyum.Dia tahu Irsya sudah pasti mempunyai buah hati begitu juga Haris Irshad.Dia tidak mahu memaksa biarlah mereka yang mamilih dan menentukan kebahagiaan masing masing dia menyokong sahaja.

Penipuan Hati♥ [HIATUS]Where stories live. Discover now