Min Hee pov
Cahaya mentari mencerahkan ruang bilik tidur. Aku menguap sambil mengeliat kecil. Ditepi katil aku ialah katil Kyung. Dia masih tertidur lena.
WAIT
AKU BUKAN TERTIDUR DEKAT BILIK HOSEOK KE?
Haa sudah. Apa jadi semalam? Aduh hilang ingatan lak dah.
Tetiba pintu bilik aku dikuak perlahan. Terkejut beruk badak dinosaur punya pasal, aku terus baling batal dan ia tepat mengena pada wajah Hoseok. Pergh. Aku terkesima seketika. Bukan sebab rasa bersalah baling bantal tapi sebab kuasa balingan aku masih ada. Wahh bangga siot. Tak sangka aku masih cam dulu. Almaklumlah aku ni dulu bekas tempat pertama lempar peluru. Hakak legend tau dulu. K riak.
"Awak ok?" soal Hoseok sambil memegang wajahnya. Sakit tak? Alah bantal je kan. Lek lek.
Aku mengangguk.
"Mian. Terkejut tadi. Awak patut ketuk pintu dulu sebelum masuk." bebel aku. Eh betul la salah dia jugak kan. Masuk main redah je. Nasib aku baling bantal. Buatnya aku baling Klcc ke? Baibai terus jawabnya.
"Mian. Salah saya." Hoseok berjalan ke katil Kyung.
Perlahan dahi Kyung dikucupnya lembut. Tangan Hoseok mengusap pipi Kyung. Wuish suami sapa ni? Rembat leh tak? Mithali benor. Takleh takleh. Ingat Min Hee.
Hoseok. Suami. Orang.
K beruken jap. Huhu.
"Papa.." Kyung tersenyum kecil pada Hoseok.
"Bangun Kyung. Jom breakfast." tubuh Kyung didukung lalu mereka meninggalkan aku berseorangan.
Aku ulang.
Diaorang tinggalkan aku.
Huaa apa ni?! Apa dia ingat aku tak breakfast? Dia ingat aku ni Jin ke makan asap je. Bukan Jin bts ok. Aduh aduh kecik besar je anak pakcik Jung ni. Kena angin apa dia pagi ni? Huh. Mentang-mentang lah aku ni babysitter je. Aku doktor k! Erm riak lagi.
Aku dengan malas tahap koala bangun untuk mandi. Setengah jam jugak. Takpe bil air hotel ni yang bayar bukan aku. Selepas siap menyarungkan pakaian, aku berjalan menuju ke dewan makan. Tapi aku rasakan bahu aku ditepuk perlahan.
"Sorang ke cik?" sapa Jihoon dengan senyuman manisnya. Macam selalu.
"Tak. Ada ni penanggal tertanggal tercabut kepala, hantu raya haji, hantu kak limah terlepas bas sekolah, pocong kain kapan warna ungu dan toyol warna pink." kata aku.
Senyuman Jihoon terus hilang. Lantas dia menutup mata aku dengan kedua tangannya.
"Yah! Awak dah kenapa?!!" aku cuba menepis tangannya dari menutup mata aku tapi tak berjaya. Dah kenapa dia ni.
"Saya taknak awak tengok benda camtu!!" laungnya.
Aku kaget. Tangan aku dilepaskan perlahan.
Dia.. percaya ke?! Adksjskskahsh. DEY AKU MAIN-MAIN JELAH!
"Jihoon. Saya melawak je." ujar aku. Lurus bendul lak dak ni.
"Saya pun melawak jugak." pipi aku dicium lalu dia berlari pergi.
Aku kaku. Terkojut den. Kaki aku cam dah kena gam kat situ. Dia.. baru.. cium aku ke? BAPAK AH! SESUKA HATI NENEK JIRAN SEBELAH RUMAH KAU JE CIUM ANAK DARA ORANG!!
Shit.
Kenapa aku senyum sendiri ni?
❃❃❃❃❃❃❃

YOU ARE READING
[C] Mama || 정호석
FanfictionKisah kita tersimpan rahsia dan terkandung segala serpihan duka. Kisah kita bagaikan suatu jampi, yang cukup memukau. Sayang, dapatkah kita bersatu? p/s: Untuk sayangku yang comel, Jung Hoseok❤