≠10

6.7K 257 1
                                    

Bagasi aku tarik masuk ke dalam airport . Mak dan abah yang berada dibelakang aku jeling . Bukan main sweet lagi, jalan pun nak berpeluk - peluk mak dan abah ni .

"Apa tengok - tengok ? " soal Puan Fatimah . Encik Khairul hanya menggeleng kepala. Haih, mak sama naik dengan anak .

"Mana ada Fiya tengok "

"Tak ada la sangat , dari tadi mak perati Fiya jeling - jeling dekat mak dengan abah " serkap Puan Fatimah . Lengan Encik Khairul dipeluknya erat . Sengaja membuat Safiya makin cemburu .

"Fiya kata tak ada , means tak ada la mak " telefon bimbitnya dibelek sementara menunggu masuk ke balai pelepasan .

"Kalau Fiya cemburu, kahwin la cepat - cepat . Mak pun tak sabar ni nak main dengan cucu " ujar Puan Fatimah lalu Safiya dihampirinya . Bahu anaknya dipeluk .

"Fiya ni, esok lusa baru nak konvo . Apa benda pulak kahwin - kahwinnya ? "

"Apa benda kahwin - kahwin? Kahwin ni ---"

"Mak, Fiya ni muda lagi and Fiya tak berminat nak tahu pasal kahwin , nikah , and yang bersangkut paut dengannya okey ." kata - kata maknya dipotong . Dekat airport pun nak membebel ke mak ni ?

"Mak baru nak --"

Pengumuman untuk berlepas ke UK mematikan kata - kata Puan Fatimah .

"Okey , jom . Abah , mak " bagasinya ditarik dan berlalu pergi meninggalkan mak dan abahnya dibelakang .

****
Pintu office Asyraf diketuk. Asyraf mengangkat kepala sebentar sebelum mengarah masuk .

"Encik Asyraf , Tengku arahkan Encik untuk ke UK esok. Ada emergency dekat sana " ujar Damia selaku PA Asyraf .

"Hah ? " apa ? UK ?

"Tengku arahkan Encik Asyraf ke UK esok " ulang Damia . Pekak ke anak Tengku ni ?

UK? But kenapa mesti aku ? Orang bawahan daddy dah mati ke semua ?

"And yang selainnya saya tiada jawapan untuk soalan encik . Tengku yang arahkan saya untuk inform kepada encik , kalau tak ada apa - apa saya keluar dulu ya . " Damia meminta diri sebelum Asyraf menanya lebih banyak . Bukan tak faham dengan anak Tengku yang ini , banyak alasan setiap kali diarah .

"Okey " balas Asyraf . Nafas dihembus kasar. Telefon bimbitnya diambil dan nombor daddynya didail . Seketika , panggilannya diangkat .

"Daddy tahu apa yang Asy nak tanya " ujar Tengku Ahmad . Faham sangat dengan perangai Asyraf yang suka membantah .

"Asy nak kan jawatan CEO ?" soal Tengku Ahmad .

"Mestilah nak daddy "

"So, kenapa nak marah sangat bila daddy suruh Asy ke UK ? " soalnya lagi .

"Asy ada kerja esok " balas Asyraf perlahan . Tapi tak penting pun kerja tu , yang penting Asyraf malas ke UK daddy !

"Kerja apa ? Keluar dengan perempuan mana pulak esok ? " soal Tengku Ahmad, sinis .

"Daddy ---"

"Pack your thing and pergi UK if Asy tak nak jawatan tu daddy bagi dekat Hairi" tegas Tengku Ahmad.

"Ok " Asyraf mendengus . Panggilan ditamatkan . Lagi - lagi Hairi! Aku ni anak kandung dia , tapi kenapa nak lebihkan jantan yang tidak bersangkut paut dengan keluarganya ? Fail - fail ditolak kasar .

Argh ! Sikit - sikit menggugut ! Telefon dan kunci keretanya diambil . Meja Damia diluar dihampiri .

"Kemas meja I " arah Asyraf dingin . Tiada secalit senyuman diwajahnya .

Damia mengangguk laju . Gerun betul bila tengok anak si Tengku ni marah .

"And i tak balik office dah " sambung Asyraf lagi.

****
Qayyum yang berada disebelahnya dikerling. Lelaki itu sibuk melayan telefonnya. Cakap nak pergi dating , tapi dia sibuk layan telefon . Bibir dicebirkan . Orang lain masa lunch makan nasi , tak pasal - pasal si Qayyum ni makan heels !

"Darling .. " panggil Qayyum . Aku hanya membuat tidak endah . Rasakan bila Aira dah merajuk !

"Darling .. " lengan Aira dipegangnya dari terus berjalan . Mak cik ni dah merajuk ! Bibir Aira terjuih - juih . Apa pegang - pegang ni ? Nasib baik berlampik kalau tak memang makan heels aku harini si Qayyum ni .

"Honey ---"

"Sorry , tadi si Asyraf ni chat . Bukan tak nak layan darling tapi -- " terus sahaja kata - kata Qayyum dipintas Aira.

"Kenapa tak ajak dia je keluar ? Layan dia puas - puas " ujar Aira , sinis .

"Dengar i nak cakap dulu , darling " tegas Qayyum . Ini semua salah si Asyraf . Kalau jantan tu tak chat aku , mengadu macam - macam mesti Aira tak merajuk !

"5 minutes " jam ditangannya ditenung .

"Darl --"

"4 minutes " Aira meliarkan matanya disegenap ruang di dalam Sogo Mall .

"Okey - okey " Qayyum menghembuskan nafasnya perlahan . Sabar Qayyum , sabar ..

"3 minutes " kira Aira tanpa memandang jamnya .

"Darling -- , mana boleh macam tu " rengek Qayyum. Aira menahan dirinya dari tersenyum .

"Darling tahu tak --"

"Tak ! " jawab Aira laju.

"Senyum itu sedekah, tapi kenapa darling saya ni tahan dari tersenyum ya ? Kalau darling senyum comfirm ramai yang beratur nakkan darling tau , but darling dah milik sayang so, jangan menggatal ye " celoteh Qayyum . Aira memukul dada Qayyum . Suka tau , buat kita cair !

"Stop it darling . Darling buat sayang makin rasa nak cepat kahwin dengan darling " ujar Qayyum , gatal. Aira menguntil lengan Qayyum . Padan muka ! Gatal sangat kan. Qayyum ketawa.

"Cepatlah cakap apa yang anak Tengku tu nak dari awak " Qayyum meredakan dirinya dari ketawa . Lawak betul bakal bini aku ni .

"Asy kena paksa pergi UK " balas Qayyum .

"But , why ? " soal Aira , pelik . Tak ada pula urusan penting di UK tak silap aku .

"Mana sayang tahu " jawab Qayyum .

"Ohh "

"Yang Asy cakap , if dia tak pergi. Jawatan CEO tu tak akan jadi milik dia . "

"Siapa yang akan dapat jawatan tu ? " soal Aira.

"Hairi " jawab Qayyum pendek. Kenapa Aira macam excited sangat nak tahu ni ? Tak boleh jadi ni .

"Sia---"

"Darling jangan buat sayang merajuk pula. Susah nak pujuk sayang tau " warning Qayyum . Semua benda nak tahu , bukan dating namanya ni .

"Okey - okey . I will stop " Aira ketawa kecil. Cepat sangat cemburu. Orang baru nak korek rahsia .

Qayyum mencebir bibir.

Cinta Lelaki Bongkak !Where stories live. Discover now