Chapter 21

2.8K 80 11
                                    

   Dah bulan pertengahan bulan Julai. Dah masuk bulan Ramadhan. Bulan puasa.

First day puasa.

"Alicia pasti ke Alicia boleh puasa ni? Ali takut Alicia tak larat je nanti"

"Ali, jangan risau lah. Alicia ok je."

"How are you so sure?"

"Alicia dah pernah try puasa dulu. Dengan masa tu memang assignment berlambak lepas tu sepanjang petang tu pergi misi, jadi mentor gantian dekat akademi"

"Tapi tu lain"

"Alah apa yang lain je. Yang ni duduk je kan kat rumah. Lagi pun kan sihat kalau puasa"

"Hmm suka hati Alicia lah. Tapi kalau tak larat jangan paksa diri tau. Nanti pengsan lagi."

   Ali pesan pada Alicia sebelum pergi kerja. Ya, Ali dah start ganti tempat ayahnya.

   Alicia menghantar Ali ke luar rumah.

"Nanti pukul lima siap tau. Kita pergi bazaar sama-sama"

   Ali mengingatkan Alicia.

"Hehe. Baik bos!" Alicia siap memberi tabik hormat kepada Ali.

Ali hanya tergelak sahaja.

...

   Alicia tak tahu nak buat apa. Kalau nak kemas rumah, dah siap dah.

Jadi dia buat keputusan untuk lepak kat bilik rahsia Ali.

   Dia memasuki bilik tersebut. Ada satu rak yang menempatkan pelbagai jenis buku. Ada juga beberapa kotak.

   Tiba-tiba dia ternampak sebuah Album. Nampak menarik. Dia mengambil album tersebut. Nampak macam album lama tapi masih cantik sebab kelihatan seperti dijaga elok-elok.

   Alicia membuka helaian pertama Album tersebut. 

2022- Now.

Itu tajuk yang Ali berikan pada Album tersebut.

   Dia membuka helaian seterusnya. Di dalamnya terdapat gambar Ali dan dirinya ketika mengambil gambar selepas mengambil keputusan UPSR dahulu. 

   Ada juga gambar Viktor dan Mia di dalamnya. Mereka berempat mnedapat keputusan 6A dalam UPSR.

   Dia membuka setiap helaian. Sampai ke satu helai yang memaparkan gambar perkahwinan diorang berdua. Ada satu kertas diselitkan bersama dengan gambar tersebut. Ada nota. Macam surat.

   Alicia membaca surat tersebut.

-Hai Mama!

   Mama nampak tak gambar ni? Ni lah isteri Ali. Nama dia Alicia. Cantik kan dia mama?

   Ali tiba-tiba rindu kan mama pulak hari ni. Mama rindukan Ali dengan ayah tak?

   Ali nak sangat mama ada kat majlis nikah Ali. Tapi nak buat macam mana. Mama dah tak ada. Tapi, Ali yakin mama selalu mendampingi Ali.

   Alicia ni baik mama tahu tak? Ali gembira sangat sebab dapat jumpa dia. -

   Alicia berhenti membaca. Dia mengesat air matanya.

   Kesian Ali. Dia mesti rindukan mama nya sangat-sangat. Dia meneruskan bacaannya yang terhenti tadi.

   -Selama ni, Ali rasa dia lah wanita yang paling memahami Ali lepas mama. Walaupun dia tu kadang-kadang annoying sikit, tapi Ali rasa best berkawan dengan dia.

   Ali dah ada wanita lain yang akan isi hati Ali. Tapi, mama tetap number one di hati Ali.

   Ali akan sayang dia macam Ali sayang mama dengan ayah.

Ejen Ali (Ali x Alicia)Where stories live. Discover now