Part 2

19 2 0
                                    

Ayla datang lebih awal ke sekolah berbanding sebelumnya. Murid sekolah juga tidak ramai yang datang. Sudah menjadi kebiasaan Ayla untuk berjalan kaki sedikit ke sekolah setelah dihantar oleh ayahnya. Ayla Safura. Nama itu jelas di name tag yang terletak dibahagian kiri tudungnya.

"Ayla!"

Panggilan dari suara yang jarang didengari itu membuat Ayla berhenti dan melihat ke belakang. Ditatapnya lelaki yang lengkap berpakaian sekolah dengan bertali leher biru. Siapa lagi kalau bukan musuhnya Afiq.

" Awal kau datang hari ini? Selalunya kau jadi pelajar paling lewat datang", ucap Afiq lalu mendapatkan  pandangan tajam daripada Ayla.

" Sedap mulut je kata aku datang lambat. Aku tak pernah eh ada rekod datang lewat ke sekolah".

Ucapan Ayla disambut tawa daripada Afiq. Ayla mengerutkan dahinya dan meneruskan berjalan meninggalkan Afiq yang masih mentertawakan dirinya. Afiq kembali menyamakan langkah mereka. Dia kembali bersuara sambil berjalan.

" Kau sama je kan macam dulu tak pernah berubah. Suara masih macam budak kecil".

"Mana ada! Kau nak suara aku berubah macam mana?", ucap Ayla membantah.

Mereka sampai di depan pintu gerbang dan mereka tak lepas dari tatapan pengawas atau murid yang berada di sekitar sekolah. Ayla berpisah dengan Afiq tanpa berkata apa-apa kepada Afiq dan berkumpul dengan beberapa orang rakannya yang telah sampai.

" Amboi jalan sama-sama ke sekolah ,kata musuh tapi macam baik je".

" Eee tolong sikit musuh tetap musuh eh. Dia tu menyakitkan hati tau ada je benda nak kenakan aku. Kau sendiri tau kan dia macam mana Sa'adah?".

Sa'adah hanya ketawa melihat Ayla yang mula kesal dengan dirinya. Ayla meletakkan beg dan menuju ke dewan untuk berhimpun diikuti dengan rakan-rakan yang lain.

*****




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 11, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA TAK HARUS MEMILIKIWhere stories live. Discover now