1

10 2 0
                                    

Dian merasa dirinya tidak bermakna lagi untuk bercinta kerana Dian telah putus asa dengan cinta. Dian menganggap cinta itu pemusnah hati dan perasaannya saja. Dian sedih kerana diperilaku seperti itu. Puan Amani telah banyak kali menasihati Dian supaya melupakan sahaja lelaki yang pernah menyakiti hatinya. Puan Amani berasa simpati terhadap anaknya kerana lelaki yang dicintai tidak pernah ikhlas mencintai anaknya. Dian pula banyak kali menghadapi peristiwa sebegitu. Selepas berpisah ingin bersama kembali. Dian benar benar penat dengan semua itu dan kali ini dia benar benar nekad untuk tidak bercinta lagi.

Dian masuk ke dalam bilik untuk menghilangkan tekanan yang dia lalui selama beberapa hari. Dian mengambil sebuah bingkai gambar yang terletak di tepi meja belajarnya. Ditatapnya wajah lelaki yang telah menawan hatinya selama 8 tahun itu. Mereka bercinta dari bangku sekolah lagi sehingga tamat belajar. Dian tidak dapat menahan sebak di dadanya kerana telalu sedih. Lelaki yang dia percaya sepenuh hatinya telah mempermainkan perasaannya sahaja. Dian mengambil gambar lelaki itu lalu dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah mininya.

"Dian? Dian okey tak ni? Mama risaulah. Turun makan jom,mama dah siapkan makanan
Sejuk pulak makanan bawah tu nanti kalau Dian tak nak makan."
"Mama makanlah dulu nanti Dian makan."
"Mana boleh macam tu takkanlah Dian nak biar mama makan sorang sorang." Dian terus memandang muka Puan Amani.
"Baiklah ma. Jap Dian nak kemas katil dulu baru Dian turun. Mama turun dululah nanti Dian turun."
"Hmm yelah. Mama turun. Jangan lama sangat." Dian mengangguk kepala dengan bersahaja.

Selepas Dian mengemas katil Dian singgah sekejap dekat meja belajarnya. Dian ternampak sebuah kotak yang belum pernah dibukanya semenjak lelaki itu memutuskan hubungan dengannya. Dian membuka kotak tersebut lalu diambilnya seutas rantai dan sehelai kertas yang berlipat. Dian membuka kertas tersebut lalu dibacanya.

Dian,kalau Dian baca surat ni itu bermaksud kita dah putus. Daniel nak minta maaf kalau Daniel tak dapat jadi kekasih yang terbaik buat Dian. Daniel tak de niat pun nak putuskan hubungan kita ni. Mungkin tiada jodoh kita nak teruskan hubungan ni. Tapi Daniel tak minta ya semua ni jadi. Daniel nak minta maaf sangat sangat sebab buat hati Dian hancur disebabkan cinta tapi Daniel nak Dian tahu yang Daniel sayang sangat kat Dian. Daniel rindu sangat kat Dian. Daniel bukan tak nak kat Dian tapi Daniel nak fokuskan kepada pekerjaan Daniel dulu. Bukannya Daniel tak dapat nak fokus kalau kita bersama tapi Daniel nak buat yang terbaik untuk pekerjaan Daniel. Daniel harap Dian faham situasi Daniel. Daniel bukannya dari keluarga yang senang. Daniel masih ada keluarga yang nak ditanggung . Ibu Daniel sakit, adik Daniel ada yang masih bersekolah . Maaf juga kalau Daniel tak pernah nak cerita pasal keluarga Daniel. Kalau Daniel cerita Daniel takut Dian dah tak nak kat Daniel hanya sebab Daniel bukan dari keluarga yang berada.Walaupun Dian selalu tengok Daniel bawa Dian jalan jalan, tengok wayang,makan makan. Tapi sebenarnya Daniel nak jaga hati Dian sebab Daniel sayang sangat kat Dian. Daniel bukan apa,Daniel cuba nak simpan sikit duit untuk masa depan kita. Kan kalau kita nak bina istana kita kena simpan duit baru jadi istana tu. Kalau tak de duit macam manalah kita nak bina istana tu. Takkanlah nak pakai daun kan. Daniel bukan nak mengata tapi benda tu betul. Daniel harap Dian fahamlah apa yang dimaksudkan Daniel tadi. Cukuplah sampai sini. Satu je pesan Daniel kat Dian yang Daniel sentiasa cintakan Dian sampai bila bila.

Daniel.

Dian mengusap air matanya yang berguguran. Dian berasa sebak sebab ada lagi rasa sayangnya Daniel terhadap dirinya. Tetapi Dian sentiasa mengingatkan dirinya supaya tidak terlalu percaya pada lelaki kerana dia sudah bernekad untuk tidak bercinta lagi.

Dian turun dan melihat kelibat mamanya yang tiada di ruang makan. Akhirnya Dian mencari di ruang tamu kerana selalunya kalau Dian lambat turun makan mamanya akan makan dahulu dan terus duduk di ruang tamu.

"Lambatnya turun. Penat mama tunggu." Dian menoleh.
"Maaf mama. Tadi kawan Dian call sebab dia nak ajak Dian keluar. Tapi Dian cakap Dian busy."
"Laa ye ke. Lamanya call sampai tak sedar lagi nak teman mama makan."
"Ala mama maaflah Dian tak sengaja pun." Dian terus mendapatkan mamanya yang duduk di sofa. Puan Amani memuncungkan mulutnya supaya anaknya tahu yang mamanya sedang merajuk.
"Mama...janganlah merajuk." Dian membuat pusingan bulatan pada sofa dengan menggunakan jari telunjuknya dengan nada suara memujuk.
"Hmm yela yela. Mama dah tak merajuk lagi dah. Eee anak mama sorang ni." Puan Amani mencubit pipi tembam anaknya.
"Dahlah mama Dian nak makan dulu. Nanti baru mama sambung cubit pipi Dian" Dian dan Puan Amani ketawa berpukulan manja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 26, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Itu Milik KitaWhere stories live. Discover now