1

10 3 0
                                    

Aku membawa buku teks yang siap diikat ke bilik buku teks untuk dipulangkan semula sebelum cuti sekolah panjang bermula. Wajah bengis Puan Hidayah amat menakutkan semua pelajar di sekolah ini untuk menghilangkan buku teks yang dipinjam. Sesiapa yang menghilangkan buku pasti akan diberi ganjaran yang 'lumayan' iaitu 'pakej ceramah motivasi percuma' olehnya.

"Siapa yang dah hilangkan buku? Tunggu kat sini, jangan balik lagi" kata Puan Hidayah. Maka, pelajar yang berkenaan berkumpul di bahagian belakang bilik sedia menerima 'pakej ceramah'. Aku orang yang terakhir memberi buku teks. Selepas siap cikgu mengesahkan semua buku teks cukup aku disuruh tunggu sebentar. Cikgu mengambil sesuatu.

"Cikgu nak suruh saya buat apa?" Soalku. Cikgu tersengih padaku.
"Eh eh, kamu kena tolong cikgulah. Senaraikan semua nama pelajar yang hilangkan buku dan catatkan tarikhnya sebelum mereka masuk ke dalam bilik saya." Aku dah agak. Memandangkan aku orang terakhir dan aku paling senior mestilah dia pilih aku. Haih..lambatlah aku balik ni.

Aku mengeluarkan buku catatan dari laci meja. "Hah,semua beratur kat depan aku dan tulis nama kat sini.." aku meletakkan pen di atas buku tersebut dan memerhatikan mereka seorang demi seorang.

"Sofi..kau lepaskan jelah aku. Aku kan bff kau. Aku hilang buku literature je..please?" Aqief merayu padaku dengan muka manja. Ingat aku nak layan?.. memang taklah..

"Nope. Kau isi je nama pastu kau masuk dalam tu. Kau settle laa dgn bos aku.." aku menyindirnya. Aqief bermasam muka. "Cis.." keluhnya. Aku menggelakkan dia dlm diam.

"Okey..takde siapa boleh lari dari sini selagi tak kena bebel dgn cikgu eh?" Aku memberi amaran kepada pelajar yg lain. Aqief memandang aku tajam.

"Siap kau..!" Bisik Aqief dari jauh. Dia memberi isyarat tangan padaku. Ingat aku takut?

+++

"Kenapa kau tak tolong aku tadi?! Ish, kata bff aku sampai mati! Mana adil camni!.." Aqief tak habis nak menyalahkan aku dari tadi. Aku menyorong basikal tanpa mempedulikannya di belakang. "Suka hati kaulah nak cakap apa. Itu tanggungjawab aku.." kataku.

"Emm..yelah yelah. Aku tahu. Kau bukan jenis yg 'jahat'. Okey aku tak marah.." Aqief memujuk aku. Aku memandangnya dan memberikan senyuman yg manis. "Okey..belanja aku teh ais kat warung Pak Atan!"
Aku mengayuh basikal laju. "Cepat!!"
"Woi, kata suruh aku belanja ! Tunggulah!" Aqief mengejar aku di belakang dgn basikalnya.

Sampai di warung Pak Atan aku memesan minuman favourite aku,teh ais! Aqief mengeluarkan dompetnya dan diletakkan atas meja. "Kau dah pesan untuk aku?" Aku menggeleng. "Mana aku tahu kau nak minum apa?"jawabku. "Hish, kau ni! Aku kan suka nescafe ais!. Hish,cakap bff!" Aqief ni suka melenting. Grr, kadang-kadang tu geram jugak aku.

"Pak Atan, nescafe ais untuk saya ya!" Aqief terus duduk di depanku.

"Lepas amik result spm,kau nak buat apa?" Soalnya. "Hmm, aku rasa nak kerjalah. Boleh simpan duit sikit. Kau?"

"Aku pun nak cari kerja. Jom,kita kerja sesama. Best apa! Amacam?" Aqief mengangkat keningnya. "Hmm..best jugak idea kau. Aku suka!" Sahutku. "Okey, air sampai" kata Aqief.

"Kau rasa macam mana result kita nanti?" Soalku. Aqief berfikir. "InsyaAllah,semua okey.." jawabnya.

"Eh,aku nak tanya.."soal Aqief. "Apa?" Aku menyedut minumanku. "Kau dah ada boyfriend?" Teh ais yang aku sedut hampir nak disembur keluar. Apa dia ni? Macam mana aku nak ada bf sedangkan dia yang aku suka? Aku terdiam sebentar.
"Kenapa? Eleh, malu laa tuuu.." Aqief cuba menyakatku. "Ey,kau ni. Takde soalan lain ke?"

"Eh,salah ke? Tah tah kau ada, tapi tak bagitahu aku kan? Kan.." Aqief menuding ke arahku. "Eish, sudahlah"pipiku bertukar kemerahan.

"Heee..kau malu!! Pipi merah dah! Alaa, bagitahu jelah kat aku. Aku bff kau lah!" Sakat Aqief.
'Aqief kalau aku boleh bagitahu, sekarang jugak aku bagitahu. Masalahnya kaulah yg dah curi hati aku!'bisik hati kecilku.

"Kalau aku ada, siapa nak jalan sama-sama ngan kau? Siapa nak teman kau pergi mana-mana? Haa,kalau aku ada boy konfem2lah aku berkepit je dgn boy aku. Aku tak hirau kat kau.."

"Eleh, siapa je nak kat kau? Cish.."Aqief mengalihkan mukanya dari aku. Merajuk lah tu! Haih..muka nilah yang buat aku lemah. Muka hensem dia ,kecomelan dia! Cair hati aku!

"Ee..tak malu, merajuk! Tangkap gambar upload kat FB baru tahu!" Sakat aku. Aku ketawa besar. Aqief memuncungkan bibirnya.

"Woi,sudahlah kau merajuk! Takde siapa pun nak pujuk. Aku nak balik dah! Bye! Kau bayar kan?" Aku menggalas begku dan terus meninggalkannya.

Aqief nampaknya berhenti merajuk. Dia bayarkan air kami. "Ish,yelah. Mana ade aku merajuk. Aku saje je" kata Aqief. Aqief mengayuh basikal dahulu dan aku menyusul di belakangnya. Kami berdua sentiasa balik bersama kerana rumah kami berhampiran sahaja. Ibubapa kami tak kisah bila kami berdua rapat kerana kitorang memang dah akrab sejak kecil. Dan aku dah simpan perasaan aku kat dia. Aku takut nak luah sbb takut rasa kekok nak berkawan nanti. Jadi aku pendam je. Aku tak kisah,asal dia bahagia dengan aku.

Aku sayang kau, Aqief. Aqief berjimba dengan basikalnya kerana dah habis sekolah. Ujian pun kami dah settle. Kami hanya tunggu result saja. Haihh..

Aku hanya tersenyum melihat kegembiraan Aqief.

>>>>>

《momo_fijin》
✔✔✔
🐾 Vote,comment&follow 🐾

I am Not SingleWhere stories live. Discover now