Bilangan Chapter sebelum chapter akhir : 2 Chapter
Di ibu pejabat Polis Di Raja Malaysia, ketua Polis Negara sedang mengadakan perbincangan tentang serangan raksasa yang dialami oleh penduduk di sekitar taman di Kuala Lumpur dan ini telah menjadi kes lebih berat apabila terdapat sebuah keluarga maut dibunuh oleh raksasa.
Jabit : Dah sah sah, ini semua kaki dvd ni...mana ada raksasa
Walad : Nanti dulu Jabit, mungkin ada benar kerana gambar-gambar raksasa yang ditangkap oleh netizen bukanya editan malah ia benar
Jabit : Habis, makhluk bertopeng yang lawan raksasa ini sama gak la?
Inspektor Wahab : Itu ialah Kamen Rider
Jabit : Huh!? Kamen Rider...?
Wahab : Pahlawan yang berlawan demi keadilan dan keamanan manusia, mereka ialah perwira bertopeng yang lawan raksasa tu
Walad : Jadi apa rancangan?
Inspektor Wahab cuba mengingati semula apa yang orang tu cakap padanya ketika berada dalam biliknya. Orang itu tidak lain tidak bukan, Fanghri yang bertemu dengan Inspektor Wahab sendirian.
Wahab : Kau siapa!?
Fanghri : Huh! Bertenang Inspektor, aku cuma nak bagitahu, Kuala Lumpur akan hancur bila aku panggil raksasa-raksasa dari zaman 1511 untuk menyerang bandar ni
Wahab : Apa!?
Fanghri : Esok ialah hari terakhir, malam serangan bakal bermula bagi mengakhiri rancangan kami
Inspektor Wahab menyuruh Walad dan Jabit menyediakan semua Squad Khas mereka untuk bersedia bertempur pada malam ni.
Jabit : Aik? Kenapa pula?
Inspektor Wahab : Kita akan bertarung dengan raksasa, Jabit...kau akan faham nanti
.....
Barudang dan Fahmi berjalan menuju ke makmal Barudang, di situ Barudang memperkenalkan ExeDrei Saber yang diubahsuainya untuk diberikan kepada Zack.
Barudang : Kali ini, ExeDrei Saber serasi dengan semua jenis Dino Fang untuk aktifkan serangan istimewa dan serangan akhir.
Fahmi : Barudang, betul ke malam ni...adalah perang antara manusia dan raksasa yang dicipta Fanghri?
Barudang : Ya, nampaknya, malam ni akan tercetus perang yang diisytiharkan sendiri oleh Fanghri pada Inspektor Wahab di Ibu pejabat Polis.
Fahmi menghentak meja dengan kuat sebagai tanda protes dan marah.
Fahmi : Apa yang dia cuba...buat sebenarnya..?
Barudang : Keseronokan, itu apa yang dia fikirkan, Fanghri hanya mahukan Zack sahaja untuk sertai kumpulan ni, dan kau pun tahu itu ialah matlamat utama kita...
Fahmi : Barudang, aku perlu bagitau Zack, kita kene hentikan perang dengan manusia
Barudang : Mustahil untuk hentikan, tetapi...barangkali...Fanghri seperti merancang sesuatu untuk buat Zack lebih sengsara dan tenggelam dalam kegelapan buat selamanya..
Fahmi cuba berfikir tentang apa yang dirancangkan oleh Fanghri lagi dan terus mendapat idea.
Fahmi : Kakak Zack! Hanya kakak Zack sahaja ahli keluarga yang Zack ada sekarang, Fanghri cuba untuk bunuh Hana pula!
Barudang mengesan sesuatu di sebalik dinding, dan tahu siapa yang curi-curi dengar perbualan mereka.
Barudang : Tiada guna lagi untuk kau bersembunyi! Keluar la Mahsuri!