Masa tu aku tgh period. Sakit perut gila. Senggugut. Malam tu, housemate aku semua keluar, pegi sambut tahun baru.Diorang ada ajak aku, tapi aku tak dapat pergi sebab sakit perut sangat. So aku tinggal kat rumah sorang2. Diorang keluar pukul 6 lagi, nak pegi tgk konsert, diorang pegi awal takot jam jalan.
Masa diorang keluar aku tengah tido, dalam pukul 7, waktu maghrib aku terjaga. Rumah gelap gila, sebab lampu x bukak. Tingkap semua tak tutup pun. Aku malas nak bangun so aku baring je dalam gelap. Perut aku sakit lagi, pad pulak dah penuh ni, aku tak tukar baru lagi.
Aku ambil minyak urut kat sebelah aku, aku gosok2 kat perut. Kemudian, ada tangan turut gosok perut aku. Aku terkejut gila, tangan siapa ni. Aku fikir tangan roommate aku, lina. Maybe dia tak jadi pegi konsert tu kot sebab nak teman aku. Aku biar die urut. Bila aku bercakap dengan dia, dia jawab sepatah dua je.
Then, aku bangun nak pegi tukar pad. Sebelum tu, aku pegi tutup tingkap dan buka suis lampu skali, bila bukak tu, xada orang dalam bilik aku. Eh, mana lina? Aku dah rasa seram sejuk. Bila aku tengok perut aku, penuh kesan calar kena cakar. Aku zikir dalam hati, moga benda tu lari. Rasa takot dalam diri tu tak terkata la.
Tapi aku kena berani, mungkin sebab aku tak tutup tingkap magrib tadi sebab tu benda tu masuk kot. Aku pasang surah al quran yg ada dalam lektop kuat2, moga benda tu hilang. Pas tu aku pon pegi masuk bilik air untuk membersih kan diri.
Semasa dalam bilik air aku terdengar bunyi kaca pecah dari dapur. Aku keluar sekejap untuk check, takot kucing naik atas kabinet. Tapi tiada apa pun yang pecah. Pas tu, ayat al quran tak kedengaran lagi. Rupanya lektop aku dah mati, tiada bateri. Belom sempat aku nak pasang balik, aku dengar sesuatu mendengus di telinga aku. Kemudian, ada angin kuat lalu di sebelah aku.
Aku cepat2 masuk bilik dan kunci pintu. Aku pakai baju dan cuba untuk call kawan aku yang lain. Tapi fon aku kat luar bilik. And aku lupa yang aku x habis mndi lagi, pad aku tadi aku belum basuh, aku tinggal di dalam tandas macam tu je masa keluar check tadi. Aku bersandar di pintu bilik ketakutan.
Kemudian, aku terasa bahagian rahim aku sakit sangat, seperti ada orang mencucuk cucuk. Aku menangis kerana tidak tahan. Kemudian, kepala aku pening dan aku pengsan di tepi pintu bilik.
Bila aku sedar, housemates aku sedang pegang aku. Ada yang tengah bacakan yassin di sebelah aku. Kepala aku berat sangat. Kemudian aku rasa panas seluruh badan, bahagian rahim aku masih sakit. Baju aku basah kerana berpeluh.
Seorang ustaz datang dan membacakan sesuatu di tepi aku. Kepala aku jadi berat gila, aku meraung kesakitan. Ustaz itu merenjis renjis air di muka aku. Kemudian aku pengsan lagi.
Esok nya, bila aku sedar. Housemates aku tengah lepak diruang tamu. Aku tanya apa yg terjadi, dan diorang bagi tahu aku jilat dan minum darah haid dari pad aku sendiri dalam bilik..penuh darah haid dalam bilik tidur dan juga dalam bilik air. Aku mengucap panjang mendengarkan nya. Ustaz yg datang tu bagi tahu ada benda masuk dalam badan aku. Dan dia telah merawat aku.
Setelah itu, parents aku datang utk bawak aku pulang utk berubat lagi di kampung, takot terkena lagi. Rumah aku juga telah dipagar oleh ustaz itu.
So pengajaran dia, tutup tingkap semasa waktu magrib, sebab makhluk halus ni aktif waktu maghrib dan jgn tidur waktu magrib. Then, kpd kaum hawa, jaga kebersihan diri apabila period dan amalkan zikir2 harian untuk benteng diri dari makhluk halus.
YOU ARE READING
Cerita Seram★
Horrorcopy dri google ★ kalau Bi di tukar kpd bahasa melayu★hope enjoy and loved★ Start:12/12/2017 End: i d n surinyati pemotong daging; ada yg cuba memotong kaki; jangan baca sesorang; kalau tak ada yg memerhati. so jomm enjoy