ARCA SI PSIKOPAT
ARCA SI PSIKOPAT
"DIAM!" Bentaknya mencengkam rahang si mangsa sambil gerudi didekatkan lagi.
Zssss... Begitulah bunyi gerudi tersebut dikala ia sedang asyik menggerudi dagu si mangsa. Pada kelopak matanya pula telah dipinkan menggunakan pin besar. Dengan cara melipatkan kelopak tersebut, bahagian isi dalam terkeluar. Mata putih si mangsa yang amat malang itu pula kelihatan memerah dengan uratnya berseliratan naik ke atas.
Topeng putih roman wajah lelaki tersenyum lebar dibetulkan kedudukannya, supaya percikkan darah dari dagu dan leher si mangsa tidak terpancut ke wajah kacaknya.
Hanya linangan airmata yang dicampuri darah menemani mangsa. Mulut yang telah dijahit silang pangkah secara paksa walau mangsa meronta dan menjerit. Ketangkasan lelaki tersebut lebih memonopoli keadaan.
Si mangsa juga semakin lemah dek kerana dehidrasi dan kelaparan. Sengaja menderanya dengan tidak memberikan dia makan.
'Aku tak mahu perutnya berisi, sukar untuk aku cucinya nanti' Itu kata hati lelaki psikopat yang maha kejam itu. Dagu yang berlubang besar dan masih lagi mengeluarkan darah, lelaki psikopat terus sumbatkan dengan kain putih yang telah dia rendamkan dengan alkohol.
Bergegar kerusi dek tubuh yang menggelepar hebat. Kesakitan yang tak tertanggung pabila cecair berkenaan menyerap ke dalam isi tubuh.
Kini dagu pula dia sumbatkan kain yang dibasahi dengan cecair yang sama. Lelaki psikopat itu mahu membersih dan menyahbaukan hanyir darah sebelum dia pakukan papan kecil berkerawang indah. Inikan arca teragungnya!
Tentulah dia mahukan yang terbaik dan superb!
Arca manusia yang bakal dia pamer dan jualkan pada si pembeli yang menggemarinya. Sekilas, dia mengerling ke arah hadapan bersusunan arca manusia dengan pelbagai gaya dan ekspresi.
Tetapi, kebanyakkannya berwajah penuh trauma. Ada yang ternganga mulut, mata terbuntang penuh ngeri dan tak kurang berwajah terkejut.
Bagi lelaki berperwatakan psikopat itu hanya menyatakan bahawa itulah seni!
Berbalik semula pada ukiran arca terbarunya kini, setelah dia pastikan lubang pada dagu dan leher sebersih- bersihnya, tukul dan paku dia capai sementara papan kecil berukiran kerawang dia letakkan dahulu. Terus dia pakukan di sudut kiri papan. Begitulah seterusnya sehingga siap.
Kepala si mangsa telah pun terlentok kini. Tubuh tanpa alas itu masih lagi dikotori dengan darah sama ada yang masih segar atau yang telah kering.
"Kenapa aku rasa macam ada yang kurang pada arca aku ini?" Omelnya sambil memegang dagu. Liar mengitari jasad yang di awetkan sebentar lagi. Dari mata yang berpin pada kelopak mata turun ke bibir berjahit silang pangkah lantas turunkan lagi pandangannya ke dagu dan leher yang telah dia tutupi dengan papan kecil berkerawang.
"Ya, jantung! Tak mengapa aku mahu arca manusia yang layak di panggil patung ini tetap berdegup. Dia takkan sentuh bahagian dan perut seperti selalu. Cuma matanya tajam dari bawah perutnya lalu terus kedua belah kakinya. Mata dia bawakan ke meja yang di penuhi alat- alat pertukangan.
Arca yang telah dia cucuk dan biarkan selama sejam, dia ambil semula lalu di seret ke dinding di mana telah dia sediakan bingkai petak besar. Ruang dalamnya kosong!
Gergaji elektrik dihidupkan lalu dibawa mendekati paha arca seorang lelaki berambut panjang tersebut. Bersemburan darah ke topeng, gergaji, baju, dinding serta lantai pula banjir darah!
Satu botol besar alkohol terus dia tunggangkan. Seolah- olah arca tersebut mandi air terjun. Tangan yang bersarung hitam terus dia menyamaratakan cecair ke seluruh tubuh kaku dan keras itu. Disapu sehingga darah hilang!
Belakang tubuh si mati, telah dia tanamkan tiga cangkuk besar. Arca manusia malang itu bakal digantungkan pada palang bingkai tersebut.
Dengan menggunakan tangga, lelaki psikopat itu terus menggantungkan arca tersebut. Bauan hanyir akan dia hapuskan dahulu.
Berdiri tegak dan melangut pada bingkai dan arca yang tergantung tanpa kedua belah kaki, tangan pula dia belitkan dengan rantai besi terus di sangkutkan pada dagu dan lehernya. Papan tersebut adalah papan yang telah dia rekakan untuk meletakkan tempat cangkuk.
"Arca teragung kini telah pun siap!" Ujarnya penuh bangga. Tak la ma lagi bilik pameran itu bakal dia bukakan untuk tontonan umum!
Tetapi, sebelum itu kawasan yang sangat kotor ini perlu dia bersihkan dahulu!
*******
MATANYA tertancap lama pada seorang gadis berblaus putih dan berseluar slack. Gadis itu kelihatan kagum dengan arca yang tergantung dalam bingkai.
"Kenapa wajah patung ini sama dengan mangsa kes hilang tu?"
"Hai berminat dengan arca terbaru rekaan saya?"
"Ouh! Aha! Ya, saya kagum sangat- sangat dengan daya kreativiti awak, Encik Jonathan Haqeem"
"Jika awak mahu, saya boleh ciptakan arca mirip awak..." ujar lelaki kacak bertuxedo tersebut penuh makna tersirat.
"Really? Wah! Mahu!"