part 23

572 14 1
                                    

Alisya melemparkan renungannya ke luar jendela.. Hujan yang turun dari malam tadi sudah berhenti.

Hmm... Sejak akhir-akhir ni, tempat ni asyik hujan sahaja. Sudah 2 hari berturut-turut, setiap hari  mesti hujan. Lebat pula tu. 

Alisya menguap.

Hujan-hujan camni buat dia sengal-sengal badan, malas nak bergerak dan rasa nak membuta sahaja.

 Alisya bangkit dari katil dan bergerak lemah turun ke tingkat bawah.

"Huaaaaaaaaaaaa......" 

Dia menguap lagi, kali ini sambil mengeliat sekuat hati. Syoknya tidur.

"Selamat pagi." tegur satu suara. 

Suara asing yang tiba-tiba menyapanya sebaik sahaja dia lalu di ruang tamu untuk menuju ke dapur.  

Alisya menoleh pada  tuan empunya suara. 

"Neal!" jerit Alisya terkejut. 

Neal sedang menunggunya sambil menguntum senyum. 

Alisya mengosok matanya ulang kali. 

Mimpi? 

Mungkin kah mimpi?

.

.


Beberapa Jam sebelum itu.

.

.


Neal merenung hujan yang turun. 

Hari ini, perasaannya tidak tenteram. 

Dia membiarkan sahaja laptopnya terbuka. 

Malahan, air kopi yang dibuatnya dari tadi,  langsung tidak disentuhnya.

Dia asyik merenung ke luar beranda, memerhatikan hujan yang semakin lebat. 

Apa yang dia fikir nie?

Segalanya serba tak kena. 

Dia mengeluh. 

Fikirannya melayang pada Alisya.

Perempuan itu punca dia tidak senang duduk. Kenapa mesti diri dia yang Alisya cari? Kenapa?

Kenyataannya, kemunculan Alisya buatkan dia rasa tidak tenteram. Tetapi dia tidak mengerti, mengapa?

Kenapa mesti Alisya yang menganggu pemikirannya saat ini?

" Kau ada kehidupan kat sini Neal. Ia berbeza dan banyak mengubah kau . And aku rasa Neal yang sekarang lebih baik dari dulu. Just think about it, kau sendiri akan sedar tentang itu"

Apa yang Kenny cakapkan itu, yer, memang betul, dia ada kehidupan kat sini. Tapi itu satu kisah lama. Kisah masa dia masih kecil.Kenapa semua orang nak mengungkit kisah lama? 

Dan kenapa pula hatinya merasakan yang kata-kata Kenny itu, kemungkinan betul?

Dia tak suka mengingati hal-hal lama. Apa yang dah berlaku, sudah berlaku, The end! Itu prinsip yang dipegangnya sejak dulu. 

Neal mendakap tubuhnya yang kedinginan.  

Hujan yang lebat ni menganggu pertimbangannya. 

Dia mungkin akan buat sesuatu yang dia pasti menyesal. 





Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now