1' Hidup Baru

7 1 1
                                    

Kakak aku yang bakal berkahwin penyebab aku diusir dari rumah pada usia seawal belasan ini , sebenarnya bukan kena halau macam orang halau anjing pun , cuma cara mereka yang membuat aku rasa ketidakperluan aku dalam rumah ini . Dia ( kakak aku ) bakal berkahwin dengan seorang usahawan ternama , dasar perempuan materialistik . Kedengaran seperti adik derhaka yang mengutuk kakaknya , aku tidak membenci dia . Tapi hakikatnya dia lah yang menjadikan aku dibuang dari keluarga biasa ini .

"Letak aje Luth dekat asrama mana - mana , jadi biliknya boleh diubah untuk bilik Mai nanti , masakan kamu mahu mereka tidur di loteng ?" Kedengaran suara ayah memberi cadangan . Aku berdiri disebalik pintu kayu jati yang memisahkan antara aku dan ruang bilik ibu dan ayah .

"Boleh ke Luth tinggal seorang ? Dia dah lama tinggal bersama keluarga , takkan baru 15 tahun dia kena hidup keseorangan ? Sampai hati awak ye bang ." Ibu mencantas idea ayah . Betul ibu ! Berjuang lagi demi anak bongsumu !

"Dia itu lelaki , masakan nggak boleh hidup seorang ? Boleh buang saja asetnya kalo gitu , jika dia nggak mahu tinggal diasrama , uruskan saja sik bilik di loteng . Mana mahu muat perabot belajarnya . Nanti gue akan usaha -in memujuk Luth , dia seharusnya be a man with balls ." Balasan padu diserang oleh ayah . Keluar dah loghat Indonesianya yang pekat . Petanda dia sudah rimas dengan keprihatinan ibu .

Waduh , mentang - mentang si Maisara itu anak emasnya , dihalau aku hidup - hidup , dasar orang tua keji . Lakinya kan usahawan berjaya , cari ajelah rumah lain lepas kahwin , usah mencari fasal .

"Ya udah deh ibu , ayah , biarkan saja Luth keluar dari rumah ini . Kok Luth masih mahu menunjukkan muka lagi di rumah ini sik ? Ayah sudah boleh uruskan pemindahan Luth , tahun depan biarkan Luth sambung tingkatan 4 di sekolah lain . Bentar lagi Luth akan mula mengemas , ayah usah risau ." Aku mengawal suara kekecewaan dan kemarahan .

"See ? Usah dipujuk , dia sudah mendengar kata , ini anak yang baik , aku udah bilang kamu tidak perlu risau Rohana ."

—————————

Sumpah , aku berkemas semua barang telah mengambil ruang satu bagasi besar , satu backpack yang mempunyai dokumen penting dan keperluan sendiri . Sebuah keyboard yang terletak elok dalam casenya sekaliguskan dengan buku - buku tutorial dan juga gitar yang belum dimasukkan ke dalam begnya yang terdapat beberapa buah buku didalamnya .

Aku membuat senaman jari untuk meregangkan otot yang sudah lama tidak bekerja untuk memetik gitar .

Inginku luahkan semuanya
Namun tak pernah diberi masa
Inginku cuba berterus terang
Namun tak pernah diberi peluang
Sayunya hati , pedih jiwa ini
Kau berlalu pergi tanpa simpati

Lepaskanku jika benar engkau tak mahu
Sakitnya hatiku tiada siapa yang tahu
Tinggalkan jika engkau mahu yang baru
Maafkan diriku , kubukan yang terbaik untukmu
Sayunya hati , pedih jiwa ini
Kau berlalu pergi tanpa simpati

Hari ini , aku yang jiwa kering , yang pembeku , yang pelawak , berubah semuanya dek kerana kebahagiaan orang lain . Air mata jantan aku tumpah , jatuh deras bagaikan air terjun . Aku bukanlah seorang yang cengeng , aku cuma tak mahu berjauhan dengan ibu dan semua orang didalam rumah ini .

"Luth Adel , you know what ? You are my precious gift , I wanted a boy , you came in and shined my life . Ini kunci rumah ibu yang dulu , Luth duduk disini ya ? Ayah sebenarnya tak uruskan pun hal - hal asrama . Ibu kecewa sangat dengan ayah . Nanti dah berjaya jangan lupakan ibu okay ? Ibu selalu doakan Luth ." Kata - kata ibu membuatkan aku lagi berhujanan air mata , muka ku yang agak putih telah menjadi kemerahan pada hidung dan keliling mata , aku memeluk ibu erat .

Everything will get better , soon or sooner .

M U S I C Where stories live. Discover now