Tap!
Tap!
Tap!Itulah bunyi tapak kakiku yang sedang bertungkus lumus meredah hujan lebat . Beralaskan beg sekolah ku yang tak lah membantu sangat untuk melindungi tubuhku daripada terkena hujan .
Aku melirik ke arah jam tangan peninggalan appa . Walaupun tidak mahal seperti jam tangan chingu2 ku yang lain tapi ianya berguna sebagai rujukan ku untuk melihat masa .
Aku mengerutkan dahi .
"Bwo?! Dah lewat 20 minit . Habislah duit gaji aku bulan ni " kataku sambil masih meneruskan larianku meredah hujan menuju ke tempatku mencari bekerja .
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
"Mianhae encik . Saya janji tak akan datang lambat lagi " aku tunduk 90° sebagai tanda maaf kepada majikan ku .
"Gwaenchana Son Naeun . Pergilah sambung buat kerja kamu . Tapi duit gaji kamu terpaksalah saya potong bulan ni . Mian "
Aku tersenyum kelat .
"Alahai Son Naeun, siapa suruh kau lambat2 lagi dekat sekolah tadi . Dah tau hujan masih lagi kau nak lepak kejap dengan Jennie tu haihh.. memang tak sah kalau tak lepak kejap dengan dia lepas sekolah . Kan dah kena potong gaji kau"
Aku mengomel sendiri setelah menukar pakaian seragam sekolahku kepada baju seragam tempatku bekerja .
HOTEL DE' ROYAL .
Aku bekerja sebagai seorang pelayan dekat sebuah restoran di hotel terkenal dekat Seoul ni . Habis je waktu sekolah memang aku cepat2 pergi ke sini .
Appa?
Kan aku dah bagitau korang awal2 tadi..appa dah lama tinggalkan aku dengan eomma sejak umur aku 8 tahun . Dah lama dah . Appa dulu bekerja sebagai seorang CEO di sebuah syarikat keluarga kitorang iaitu 'Son's company' .
Kenapa kehidupan aku macam ni?
Kehidupan kitorang dulu tersangatlah bahagia . Rumah yang mewah . Pembantu rumah juga terlalu banyak sampai aku tak ingat nama diorang . (Hehehe😂)
Aku dengan eomma selalu ikut appa keluar masuk negara orang mudah jer . Petik jari dah sampai dekat negara lain heheheh .. riak kejap takpe kan??? Hehehhehe..
Appa pula dulu ada ramai chingu2 dari syarikat terkenal yang lain .Tapi.... biasalah manusia . Pasti ada udang di sebalik mee kan ? Mee ke batu ? Entahlah, yang penting natang dia tu udang kan . Back to story , salah satu chingu appa ni tikam belakang appa aku dan syarikat keluarga kitorang pun bankrap .
Tapi appa masih boleh sabar dengan semua tu . Tapi suatu hari appa kena serangan jantung dan nyawanya tidak dapat diselamatkan .
Setelah kejadian tu tinggallah aku dengan eomma . Aku terpaksa menyara hidup ku dengan eomma . Eomma dah banyak bersedih dan aku tak nak dia menambah lagi bebannya kerana aku . Jadi aku melarangnya bekerja .
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Aku melirik jam sekali lagi . Bibirku menguntum kan senyuman .
"Jam 9 malam dah"
Kataku perlahan . Yeay akhirnya masa untuk tutup restoran .
Aku berlari anak ke arah dapur untuk mencari majikan ku .
Yelahh kuong ajo lah kalau tinggal gitu jer . Kan kan kan ???
Tiba jer di dalam dapur aku pelik . Kesemua rakan sekerja ku masih memakai baju seragam lengkap . Malah ada yang sempat menyikat rambut dan memakai wangian yang amatlah menusuk ke kalbu .
YOU ARE READING
SERENDIPITY
RomanceNo description . Only want to introduce the main actor and actress Son Naeun . Park Jimin