BAB 11: KALI TERAKHIR

8 0 0
                                    

Faiz dan Amylia terkejut dengan tindakan Zaroth membawa lari kakak Zack iaitu Hana ke sesuatu tempat. Zack menumbuk tanah beberapa kali sehingga berdarah tangannya kerana gagal melindungi satu-satunya ahli keluarga dia yang tinggal.

Zack : Tak guna!!!!

Faiz : Ini dah melampau...

Amylia mengalirkan air mata kerana sedih melihat keadaan Zack sekarang. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Barudang datang ke arah Zack.

Faiz : Woi! Kau siapa..? Jangan dekati Zack!

Barudang : Maaf, tapi dia lebih penting untuk kami sekarang...

Faiz : Aku cakap jangan sentuh dia!

Barudang terpaksa menumbuk perut Faiz hingga senak dan membuat benda sama terhadap Zack. Dia mengangkat Zack dan menghilangkan diri. Fahmi yang berada di situ tahu di mana Barudang membawa Zack dan dia tanpa membuang masa terus bergegas ke gudang besar di mana ia tempat Zaroth menghukum orang yang dia suka hukum.

Faiz : Zack...dah di bawa pergi...macam kak hana..

Amylia : Zack!

Faiz : Kita kene cari dia! Dia pasti takkan dibawa pergi lagi lepas ni! Aku janji...aku akan selamatkan dia!

Tok Balang datang dan menenangkan Faiz dengan menepuk bahunya.

Tok Balang : Cari Gudang besar di tempat kilang Kuala Lumpur, situ...Zack di bawa di situ

Faiz : Gudang tu...bukan kosong ke...macam mana Atok tahu?

Tok Balang : Ada lah...tapi misi kita adalah untuk selamatkan Zack. Atok akan pergi sekali berjuang...dengan pakai Silat saja

Tok Balang memakai pakaian lengkap silat dan tahu ia takkan jadi peperangan biasa, dia perlu membantu manusia menumpaskan konco-konco Zaroth yang lemah.

Amylia : Tok...berjuang apa ni?

Tok Balang : Peperangan akan berlaku antara manusia dan raksasa-raksasa Zaroth jadi..kita kene ambil peluang ni dan selamatkan Zack

Amylia : Perang...

Faiz : Takyah pikir panjang! Mari!

Tok Balang dan Amylia mengangguk walaupon Amylia tidak berapa faham dengan situasi sekarang.

......

Inspektor Wahab, Jabit dan Walad memakai pakaian Squad Khas mereka dan pergi ke bilik senjata untuk memilih senjata yang kuat. Inspektor Wahab memilih dua Glock 21 camo, dan satu Rifle HK 416 yang kuat, Walad memilih senapang SMG yang kecil tetapi dapat menembak dengan pantas serta dua pistol berada di poket dan Jabit pula mengambil lima ke 7 biji Grenade dan senapang kayu....

Jabit : Hah! Senapang Kayu memang lejen! Dulu masa aku muda, askar Jepun pon sanggup jilat kaki aku kalau tannak kene tembak dengan senapang ni hahahaa

Wahab dan Walad hanya melihat gelagat Jabit.

Wahab : Tu jepun, Jabit..ni kita akan lawan raksasa, senapang kayu tu apa kuatnya sangat, lembap

Jabit : Huh! Kau jangan hina senapang kayu ni, sekali head shot, mau tau senapang mana yang kuat

Walad : Ini kaki Counter Strike ni...

Jabit : Heheh! Kau tunggu je, tapi aku perlu juga rifle M16 satu

Wahab melontar M16 ke arah Jabit dan mereka semua bersedia untuk bertarung, Wahab mengetuai Skuad Khas yang dianggotai oleh banyak polis yang kuat dan berpengalaman dalam perang. Mereka semua terus bergerak dengan beberapa lori kebal dan ke bandar.

KAMEN RIDER REX: SIDE JOURNALWhere stories live. Discover now