Bab 2

55 6 0
                                    

Peristiwa beberapa minggu lalu menerjah ke kotak ingatan aku. Saat itu aku sedang bersendirian di tepi sungai.

"Tolong, lepaskan kami. Jangan apa-apakan kami. Tolong." rayuan ayahku tidak diendahkan oleh kedua-dua orang lelaki yang memakai topeng yang menceroboh rumahku pada suatu malam yang gelap-gelita.

Cahaya pelita yang malap menerangi ruang rumahku yang kecil menyebabkan aku tidak perasan di tangan mereka terdapat senjata. Dan dengan senjata itulah mereka telah membunuh satu per satu ahli keluargaku dengan kejam.

Pada masa itu, aku menyorok di belakang tempayang besar berisi beras yang terletak di sudut dapur rumahku. Badanku yang kecil memudahkan aku untuk menyorok di situ walaupun peratus aku dijumpai adalah tinggi kerana keadaan rumahku yang kecil itu.

Kedua-dua orang lelaki itu tertawa sinis mendengar rayuan ayahku itu. Adik-adikku sudah menangis ketakutan sambil memeluk ibuku yang berada tidak jauh dari ayahku. Aku sendiri tidak sedar bagaimana dua orang lelaki ini yakni dua orang pengganas ini memasuki rumahku.

Aku hanya tersedar apabila aku yang baru memasuki rumah melalui pintu belakang kerana ke tandas terdengar kecohan di ruang tamu rumahku itu. Waktu ini, kampungku telah diserang pengganas. Pertempuran yang berlaku telah mengorbankan ramai anggota polis. Pertahanan kempung kami semakin lemah. Mungkin kerana itu pengganas telah berjaya memasuki kampung kami.

"Boleh. Aku akan lepaskan kau. Tapi dengan syarat kau kena serahkan bini kau kat kami." tawar lelaki yang berada di sebelah kanan ayahku itu. Mereka kemudian menghamburkan ketawa.

Ayahku sudah terkedu dengan syarat lelaki itu. Adik-adikku mula meraung memanggil ibuku. Mungkin kerana mereka mengerti tentang apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Ayahku merupakan antara orang penting yang membantu membina strategi pertahanan kampung kami.

"Tak. Tak! Aku tak akan serahkan bini aku kat kau walau apa pun yang terjadi."

Zupp!

Pipi ayahku ditoreh dan torehan panjang itu mengena mata kanan ayahku. Darah pekat mengalir keluar dari torehan itu dengan banyak.

"Abang!"

"Ayah!"

Laung ibu dan adik-adikku serentak.

Aku menekup mulutku agar tidak membuat sebarang bunyi. Mataku sudah bergenang dengan air mata yang akan jatuh bila-bila masa sahaja. Dadaku diserang sebak tiba-tiba. Akhirnya, air mataku mengalir membasahi pipi apabila perut ayahku ditikam bertalu-talu. Bahu aku sudah terhinjut-hinjut menahan tangis agar tangisanku tidak didengari.

Ayahku merangkap heroku yang selama ini melindungi aku dan meyayangi aku kini telah meninggalkan aku. Bukan meningalkan aku untuk sementara waktu, tapi untuk selama-lamanya. Meninggalkan dunia yang kejam ini dan pergi menemui Pencipta Yang Maha Kuasa.

Ibuku sudah jatuh terjelepuk di lantai kayu rumah kami itu. Rintihan adik-adikku memenuhi hawa telingaku. Memanggil-manggil ayah sambil menggoncang-goncang jasad ayahku yang kini sudah kaku tanpa roh.

"Padan muka kau. Tulah. Aku mintak baik-baik kau tak nak beri."

Percakapan lelaki itu membuatkan kemarahan aku pada mereka semakin menebal.

Ibu aku bukannya barang yang boleh diberi begitu sahaja!

"Sekarang bolehlah kita ambil perempuan tu. Siapa je yang halang kita? Budak-budak ni?"

Ketawa jahat yang keluar daripada mulut kedua-dua lelaki itu bagaikan api yang membakar aku. Serta-merta tahap keberanian aku mencapai tahap tertinggi. Air mata yang mengalir aku sapu dengan kasar. Kali ini aku tidak boleh takut. Aku mula bangun, ingin keluar dari tempat persembunyianku dan berhadapan dengan dua orang makhluk kejam itu.

"Kau jahat! Kau bunuh ayah kami!" tengking angah. Adik lelakiku yang merupakan anak kedua.

Angah mula meluru ke arah lelaki yang membunuh ayahku dan menyerang dengan menggunakan botol kaca yang terletak berhampiran dengannya.

Lelaki tadi tidak mampu bertindak kerana kepantasan Angah menyerangnya. Rakannya yang melihat kejadian itu segera meluru ke arah Angah namun pergerakannya terhenti apabila adik-adikku yang lain mula menyerangnya.

Tindakan adik-adikku berjaya membuatkan kedua-dua lelaki itu cedera namun dengan keadaan fizikal adik-adikku yang jauh lebih kecil dan lemah tindakan mereka itu tidak berjaya melupuhkan keupayaan kedua-dua lelaki itu.

Lelaki yang diserang Angah mula bangun sambil memegang kepalanya yang tercedera akibat dipukul Angah menggunakan botol kaca. Pisau ditangannya dilipas dan terkena ibuku yang cuba menghalang serangan lelaki itu daripada terkena Angah.

Ibu akhirnya jatuh terkulai. Darah membuak-buak keluar dari bekas libasan. Ibu muntah darah sebelum aku lihat ibu memejamkan matanya buat selama-lamanya.

Aku jatuh terduduk di tepi tempayang besar itu. Kakiku terasa lemah dan seakan-akan lumpuh.

Kehilangan ayah dan ibuku memberikan impak yang besar pada diriku. Aku yang merupakan anak sulung amat rapat dengan kedua-dua ibu bapaku. Malahan, hanya aku merupakan anak perempuan tunggal mereka. Jadi, tidak hairanlah perangai aku sedikit manja dengan ibu bapaku berbanding adik-adikku.

Bang!

Bang!

Bang!

Bunyi tembakan kedengaran. Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi. Suara nyaring adik-adikku telah lenyap. Hanya kedengaran bunyi tapak kaki menyentuh lantai yang semakin menghampiri tempatku.

Aku berasa tak sedap hati. Muka aku palingkan ke arah ruang tamu rumahku. Tangan aku automatik menggempal seperti penumbuk.

"Tak guna! Kau bunuh keluarga aku! Kau binatang!" suara paling nyaring aku lontarkan.

Aku menyesal kerana lambat bertindak. Namun, penyesalan aku tidak lagi berguna. Aku telah kehilangan keluargaku. Aku kini tinggal sebatang kara.

Adik-adikku telah dibunuh dengan kejam. Kepala adik-adikku yang telah hancur berkecai aku tatap dengan api dendam yang membara.

Kau takkan boleh lepas!

Dua orang lelaki aka pengganas itu masing-masing memegang satu pistol manakala pisau yang digunakan untuk membunuh ibu bapaku terdampar di lantai dengan kesan darah pekat.

Kelibat mereka aku pandang beberapa saat dengan perasaan jijik. Tak sanggup aku memandang lama insan yang telah membunuh seluruh ahli keluargaku dengan kejam.

Pistol mereka ditargetkan kepada aku lalu mereka melepaskan tembakan. Namun, aku berjaya mengelaknya.

Pistol yang berada di tangan salah seorang lelaki itu berjaya aku tepis. Pisau yang berada dekat dengan aku, aku dicapai lalu menikam lelaki itu. Rakannya cuba menembak aku. Tapi, aku menjadikan lelaki itu sebagai perisai aku lalu menolaknya ke arah rakannya itu.

Dalam kekalutan itu, aku berjaya mengambil pistol lelaki tadi yang telah terjatuh. Tanpa membuang masa, aku menembak rakannya itu.

Akhirnya, dua orang pengganas itu tewas di tangan aku. Berkat arwah ayah yang beria-ria mengajar aku seni mempertahankan diri. Terima kasih, ayah.

"Fiy, kau menangis?" pertanyaan rakan seperjuanganku, Adli menyebabkan aku spontan mengelap pipi.

"Hah? Mana ada." nafiku.

"Kau jangan tipu aku, Fiy. Aku kenal kau. Kita dah lama berkawan. Kalau kau ada masalah, kau kongsilah dengan aku. Aku ada dengan kau." ranting kecil yang dipegang Adli ditepuk perlahan ke bahu kananku. Menggantikan tangannya untuk menenangkan aku.

"Aku okey." nafiku sekali lagi.

Sebenarnya aku tak okey.

[1051 words]

***

Sayonara,
↪Aisy

Pertempuran Terakhir ✔Where stories live. Discover now