Somi POV
Sejak akhir-akhir ini setelah mendengar cerita yang agak menarik dari Youngjae,aku mula sedar bahawa Kim Bum seorang yang baik tetapi dia berubah kerana dia disakiti.Sejujurnya aku sudah mula jatuh cinta dengan Kim Bum seawal ini kerana kesungguhan dia menjaga kesihatan aku,membuatkan aku begitu kagum dengan caranya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami yang berada di sisi isteri yang sakit.
Jahat,biarlah dia buat perangai jahat dekat aku sebab aku tahu dia cuma menjadikan aku sebagai tempat dia melunaskan dendamnya yang lalu.Adakah terlalu mencintai seseorang boleh menjadikan mereka berada di luar kawalan tanpa mereka sedari.
Malam itu,aku langsung tidak boleh tidur kerana suhu penghawa dingin itu terlalu sejuk menyebabkan mata aku kian segar membuntang.Gilalah Kim Bum boleh tidur dalam keadaan sebegitu dengan mana tubuh aku berkeadaan masih belum sihat lagi,sengajalah tu nak bagi aku sakit.Tak apa,aku lagi suka masa aku sakit,barulah ego dia turun menjunam.
Aku mula bangun melihat jam loceng digital yang menunjukkan pukul 2 pagi,patutlah diluar balkoni tersebut kebetulan hujan turun agak lebat menyejukkan lagi suhu tersebut.Buat kali pertama aku merenung wajah Kim Bum merangkap suami aku tidur.Wajahnya begitu membuatkan aku tenang sekali.Kalaulah perangai dia setenang ini,sudah tentulah aku pasti lebih mencintainya lebih dari diri aku.
Agaknya begitu istimewakah yeoja yang pernah memasuki hati Kim Bum ini sehingga aku pun menjadi habuan orang untuk melepaskan kemarahannya terhadap aku.Teringat kepada janji aku dengan Youngjae,aku akan memikat hati kau,wahai suami yang macam-macam watak dikenali.
Gilakan aku,time orang tidur duk ditatap mukanya macam orang gila kot.Yalah,aku cuma berharap bahawa perangai dia yang tak berapa cantik ini berubah.
Kadang-kadang aku terfikir apa sebabnya Kim Bum merelakan perkahwinan kami ini.Adakah kerana dia betul-betul mencintai aku ataupun sekadar kertas sahaja?Hish,bahagia betul apabila dapat mencuri pandang suami aku sendiri.
Manalah tahu ada baiknya demam ini kerana mungkin adakah aku penangan demam cinta?HAHAHA,lawak rasanya.
Memandangnya tidur menjadikan aku mula lena dalam tidur aku.-
Pagi itu sebelum Kim Bum sedang bersiap selamba badak je menukar pakaian uniform lengkapnya dihadapan aku untuk pergi bertugas di Syarikat Kim's holdings manakala aku pula sedang khusyuk menyediakan sarapan yang khasiat untuk suami aku,yalah biar dia ingat dia seorang sahaja yang boleh ubah perangai.Aku pula tak boleh?Aku perasan juga bahawa dia sedang mengikat tali leher sambil memandang aku dengan reaksi yang pelik.Sempat juga dia mengangkat kening sebelahnya tetapi aku mengedahkannya kerana aku telah berjaya menyiapkan bekalan untuknya.Selepas siap,aku terus ke arahnya untuk membetulkan tali lehernya yang masih diikat tetapi lambat.
"Macam mana nak ikat tali leher ini kalau asyik pandang orang je manalah tak lambat."Tegur aku sambil sengih melihat kerenahnya yang begitu mencuit hati.Tangannya yang memenuhi kolar baju itu ditolak dengan perlahan.Akhirnya tidak sampai seminit aku sudah selesai mengikat tali lehernya. Dia hanya tersenyum sinis melihat aku yang bersungguh-sungguh menolongnya.
Aku ingat dia cakap terima kasih ke apa tapi dia straight kucup bibir aku. Dia ni sengaja apa nak buat pipi aku berona malu ini.Aku hanya membalas sahaja,okay.
"Macam itu ke cara awak ucap terima kasih kat saya,kalau macam itu saya hargai ye,wahai suami!" tutur aku sambil menepuk bahunya.Buat kali pertama
"Hmm.Nanti kau jangan tunggu aku pula sebab mungkin aku balik lambat.Jangan lari sudah.Kalau kau lari,kau tahulah nasib kau."Kim Bum memberikan amaran kepada aku dengan sengaja membuatkan muka yang menakutkan.Ah,aku tak kisah sebab aku dah lali dengan kelakuan dia yang suka mengugut.
YOU ARE READING
Second Chance 💔
FanfictionHati kena kuat kalau hidup dengan dia. Sebab kata-kata dia yang bakal menjadi duri yang tajam menikam hati kau. Peluang pertama dipersia-siakan begitu. Peluang kedua hadir semula. Adakah ia masih dihargai semula? Kim Bum ft Jeon Somi. [#]16 in kejam...