BAB 12(AKHIR): ZACK

15 1 0
                                    

Jabit memusnahkan sebilangan besar raksasa dengan mudah lepas membaling grenade jenis yang melepaskan letupan yang besar. Walad terus menembak saki baki raksasa dengan senapang SMG beliau dan di akhiri dengan Wahab melompat dari bumbung kereta yang terbang dan menembak raksasa yang tinggal hingga pupus semuanya.

Jabit : Kita menang!

Walad : Ya, kemenangan milik pihak polis

Inspektor Wahab memeluk rakan-rakan sepasukan dia kerana mereka menang namun selepas sahaja mereka hendak melihat keadaan lain pula, Jabit telah di tembak oleh seseorang dari belakang mengejutkan semua orang.

Wahab : Jabit!

Jabit terus rebah di tanah dan darah mengalir keluar dari kesan tembakan di dada dia. Walad memandang ke belakang melihat beberapa golongan raksasa lagi datang dari portal dan bersenjata juga.

Wahab : Woi..Jabit..Jabit! Bangun weh! Perang tak tamat lagi...bangun!

Jabit : Bro..Wahab...aku dah...tak larat..aku nampak di atas..cahaya...malaikat datang untuk bawa aku ke syurga...

Wahab : Kau pasti ke kau akan ke syurga....atau sebaliknya...?

Jabit : Doa baik-baik dah la...! Aku dah nak mati ni...

Wahab : Bro! Jangan tumpas lagi..nampak tak banyak lagi datang tu!

Walad : Jangan putus asa Jabit! Kaki dvd banyak lagi wujud! Sapa lagi nak banteras mereka kalau bukan kau?

Jabit : Anak aku ada..apa susah, dia pon polis...tapi...aku memang dah tak larat...kehilangan darah...dan semoga berjaya tumpaskan mereka...

Jabit menghembuskan nafas terakhir dia dan menutup mata buat selama-lamanya. Wahab dan Walad mengangkat tangan ke dahi sebagai tanda hormat ke atas jasa Jabit sebagai Polis Veteran sejak zaman Jepun lagi.

Wahab : Aku akan balas dendam atas nama polis

Wahab memakai kaca mata hitam dan reload ammo dalam Rifle HK 416 dia dan membawa sekali senapang kayu milik Jabit. Walad reload senapang SMG dia sekali lagi dan beberapa anggota skuad khas yang masih hidup berada di belakang untuk back up Walad dan Wahab.

Wahab : Kita akan hapuskan mereka semua! Jangan sampai sekor pon terlepas!

Semua orang : Ya!!

Pihak Polis sekali lagi bertempur dengan raksasa-raksasa yang baru datang dan itu ialah kelompok terakhir kerana semua telah di rancang oleh seseorang dengan baik.

.......

Sementara itu, Tok Balang bertarung dengan Zaroth dalam pertarungan hand-to-hand combat. Amylia dan Faiz mengambil peluang ini untuk melepaskan Zack, mereka mengguna semua kekuatan mereka untuk hancurkan rantai besi yang ikat tangan dan kaki Zack. Faiz mengambil spana dan mengetuk kunci rantai itu hingga pecah dan berjaya melepaskan Zack. Mereka membantu Zack untuk berjalan, tetapi Zaroth menumbuk Tok Balang hingga melayang ke belakang. Amylia menjerit memanggil datuknya yang tercedera.

Tok Balang : Kuat juga kau...walaupon baru sahaja di cipta..

Zaroth : Tak kurang hebat juga, orang tua...tapi...dah sampai masa untuk hapuskan kau dan mereka semua ni! Aku nak seksa Zack lagi! Biar dia seksa dan jatuh dalam kegelapan!

Amylia : Saya takkan benarkan!

Tok Balang datang dengan pantas dan Faiz sambil memegang spana hendak menyerang Zaroth dari arah bertentangan, namun Zaroth menggunakan pedangnya dan memusing pedangnya hingga mengakibatkan kecederaan pada Tok Balang dan Faiz dan kedua-dua mereka terbaring di atas tanah.

KAMEN RIDER REX: SIDE JOURNALWhere stories live. Discover now