Tahun Baru

66 8 11
                                    

Ada sebilangan manusia yang suka buat baik.
Ok.. itu baik.
Tapi masalahnya mereka harap orang balas kebaikan mereka.
Nilai ikhlas itu tiada.
Ikhlas bila pengharapan kita hanya untuk Tuhan bukan pada hamba.
Buat baik kerana Allah bukan harap orang balas,
sebab tu kita rasa terbeban dengan kebaikan kita buat.
Walhal sepatutnya hati kita tenang selepas buat kebaikan.
Apa  guna beriya sambut tahun baru,
Kalau solat masih tak buat, mulut masih gemar mengumpat, buat baik di ungkit-ungkit, buat jahat di kutuk kutuk.
Ada perangai orang yang kita tidak suka,
Sama macam perangai kita pun.. ada orang yang tak suka.
Tapi bibir ringan sebut buruknya orang,
Sampai lupa kain tercarik koyak.
Terima kasih pada yang perna berbudi,
Maaf kalau gagal membalas budi.

Malam semalam 31/12/2017 -hujan
Pagi ini 01/01/2018 - hujan.
apa bezanya? Kalender baru saja.. dan.. capailah azam masing~masing, barulah nampak bezanya.

2018 Sekadar BicaraWhere stories live. Discover now