"Aaaaaabannnnnggggggggg". Jerit Nor dari tidurnya. Imdan yang terkejut terus bangun dari tidurnya.
"Eh napa ni sayanggg. Sayangkan tengah demam. Dah ok ke? ". Kata Imran dengan nada risau. Setelah itu dia menanggal kuat cool fever yang ditampal di dahi Nor dan merasa suhu badan Nor.
"Abang ni kenapa ah. Yang gi tarik benda alah tu kuat2. Abang ingat dahi saya ni batu ke tak rasa apa2. Dah lah saya nak turun bawah. Dah tengah hari nk tolong mama masak". Rungut Nor geram dengan nada kuat. Dia yang merasakan dahinya sakit terus mengusap lembut untuk mengurangkan kesakitan akibat tarikan cool fever yang dilakukan oleh suaminya itu dan berlalu keluar.
"Aduh. Apa la yang aku buat kat bini aku ni". Imran yang sedar keterlanjurannya itu terus menepuk dahinya. Dia fikirkan isterinya jerit kerana sakit rupanya sudah tengah hari.
"Eh kenapa ni sayang. Mama ngn ibu dengar Nor jerit2. Eh jap ni kenapa dahi kamu merah2 ni macam baru lepas kena tampar? ". Tanya Datin Maria setelah menantu kesayangannya turun ke dapur. Terkejut jugak dia dengar menantunya itu menjerit.
"Tak de pape la ma, ibu. Nak Nor tolong ke?". Jawab Nor lemah dan monyok tanda marah pada suaminya itu.
"Tak payah la sayang. Kamu tu masih demam. Pergi la berehat sana. Badan kamu tu masih hangat lagi". Jawab Puan Suzy pula sambil merasa suhu badan anaknya itu.
"Ibu mama tak kan la Nor duduk je. Nor nak tolong. Nor ni menantu yang tak berguna kan. Baru je kahwin dah demam. Kalau menantu orang lain mesti dah tolong mak mertua masak. Ni tak Nor tidur je kat atas". Luah Nor. Dia kesal kerana dia baru saja menjadi menantu di rumah ini tapi tidak melakukan ape2 bantuan seperti memasak, kemas rumah. Ibu dan mama yang mendengar hanya tersenyum.
"Sayang, tak pe la. Mama faham. Jangan la fikir cam tu. Lagipun Nor kan tak sihat. Kena la banyak berehat". Kata Datin Maria. Dia geli hati melihat perangai menantu nya itu. Sungguh comel di matanya. Bertuah dia memiliki menantu seperti Nor itu. Cepat mengakui kesalahannya. Tetapi dia tidak kesah pun kerana menantunya itu sedang sakit.
"Hmm ok la camtu. Kalau mama dah cakap camtu. Tapi kalau Nor teman borak bole tak?". Kata Nor dengan muka ceria. Tapi bila teringatkan kejadian tadi dia terus memasamkan mukanya tanda tak de mood. Mama dan ibunya yang pelik melihat Nor itu terus berpandangan sesama sendiri.
"Nor kenapa masam je muka ni. Tadi elok je. Gaduh dengan Imran eh. Tadi mama dengar kamu menjerit bagai". Tanya Puan Suzy. Dia hairan tengok perangai anaknya itu. Nor hanya menggelengkan kepala tanda tiada apa2 yang berlaku. Lalu dia menongkat dagunya memandang mama dan ibunya sambil tersengih.
"Nor kamu pergi naik atas panggil suami kamu makan tengah hari. Kita makan ramai2 kat dapur ni". Arah Datin Maria. Tetapi Nor ysng mendengar hanya diam sambil buat muka bodoh. Puan Suzy yang melihat perangai anaknya itu terus membulatkan matanya tanda memberi arahan. Lantas Nor bangun dan segera ke atas.
"Eh Su kenapa ek dengar si Nor tu. Agaknya gaduh tak dengan si Imran tu. Ish apa la si Im tu buat kat bininya tu". Kata Datin Maria kepada besannya itu.
"Entahlah Mar, Su pun tak tau la. Ye la tu agaknya. Biasala gaduh2 manja la tu. Baru nak kenal hati budi masing2 la katakan. Pandai2 la diorg selesaikan sendiri". Balas Puan Suzy pula. Dia malas mahu ikut campur urusan rumah tangga diorang. Jika dia perlu nasihat barulah dia nasihatkan.
"Assalamualaikummmmmm, orang yang kat dalam tu. Mama panggil makan tengah hari. Tak payah lama2 dalaam bilik tu". Jerit Nor dari luar bilik di hadapan pintu bilik mereka. Suara Nor yang nyaring itu mendapat perhatian seluruh ahli keuarga rumah banglo itu. Datin Maria, Dato Hisyam, Puan Suzy dan Encik Ahmad yang dengar jeritan Nor itu terus menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
PENGAKHIRAN YANG SEBENAR
Historia CortaSemuanya terjadi dengan sebuah perkahwinan. Siti nordiana dan Imran dikehendaki untuk bernikah tanpa mengenali hati budi masing2. Mereka bersetuju dengan perkahwinan aturan keluarga kerana sebagai tanda membals jasa baik ibu bapa mereka yang telah m...