Bab 1 : Kesetiaan

3 0 0
                                    

Marsha bingkas menutup api dapur dan segera menuju ke pintu apabila terdengar loceng di bunyikan. Buka sahaja pintu terus menerpa tubuh suami memeluknya.

"Rindunya" gumam Hael sambil mencium ubun-ubun isterinya.

Marsha membalas pelukan suaminya. Ditinggalkn 1 minggu bukan perkara asing baginya. Menjadi seorang isteri kepada seorang artis terkenal menuntu pengorbanan yang tinggi. Hael sentiasa berada di luar kawasan kerana terlibat dengan penggambaran drama, filem mahu pun iklan. Tambahan pula suaminya baru sahaja dilantik menjadi duta satu jenama kereta mewah bertaraf antarabangsa. Hal ini menuntut dia untuk sering ke luar negara.

Status Marsha sebagai seorang isteri kepada artis terkenal juga masih dirahsiakan. Tidak ada satu orang pun yang tahu tentang itu walaupun keluarga sendiri, melainkan kawan baik Hael sendiri iaitu Kamal.

Malahan Hael dan Marsha juga tidak pernah berduaan di mana-mana tempat umum sekalipun. Hal ini bagi mengelakkan hubungan merrka diketahui media mahupun ahli keluarga sendiri.

Walaupu perkahwinan sudah menjangkau hampir 3 tahun lalu, majlis persandingan mereka tidak semeriah seperti orang lain walaupun Hael mampu sahaja utk melakukannya. Mereka setakat melaksanakan yang wajib iaitu akad nikah yang bersifat sederhana.

Namun begitu, kesetiaan Marsha tetap tinggi. Dia berusaha untuk memahami kerjaya suaminya walaupun hatinya perit menahan rasa. Bersuamikan seorang yang terkenal, Hael sememangnya sering terpalit dengan gosip-gosip liar, malah pernah bergandingan dengan pelakon-pelakon perempuan yang cantik untuk babak yang mesra. Marsha sendiri tidak tahu sampai bila perkahwinan mereka akan kekal seperti itu. Hanya boleh bermesra apabila di rumah. Tidak boleh keluar bersama malah segala tingkah lakunya juga perlu berhati-hati agar tiada orang syak wasangka.

Bukan dia tidak pernah berbincang perkara ini dengan Hael. Seringkali sahaja isu ini dibangkitkan. Dia berhak menuntut haknya sebagai seorang isteri untuk diistiharkan kepada ahli keluarga dan orang umum. Namun apakan daya, nampaknya Hael masih lagi tiada perancangan untuk berterus terang. Banyak sahaja alasan yang diberikan.

Marsha yang merupakan seorang anak yatim tidak mempunyai keluarga terdekat. Jika tidak, boleh jadi ahli keluarganya menghidu perkara ini kerana dia seorang perempuan.

Jadual Hael yang begitu sibuk juga sentiasa membuatkan Marsha kesepian. Sudahlah terpaksa berjauhan dengan suami. Teman rapat pun tiada, jika keluar berjalan pun terpaksa berseorangan. Marsha seringkali buntu tentang arah tuju perkahwinan mereka. Terkadang dia rasa seolah-olah kesabaran dan kepercayaanya semakin menipis dek kerana sikap Hael yang tiada kesungguhan untuk memperbaiki hubungan mereka ke peringkat seterusnya. Malah dia masih tidak bersedia untuk menjadi seorang ayah.

Keperluan zahir dan batin buat Marsha memang tidak pernah kurang. Itu salah satu penyebab yang membuatkan Marsha mampu bertahan. Layanan suaminya tidak pernah berkurang walau sedikit pun. Kata-kata manis dan sayang sentiasa meniti di bibirnya.

Selesai sahaja makan malam mereka, Hael bersiap-siap seperti mahu keluar. Dirapikan rambutnya dan disembur minyak wangi ke tubuh.

"Eh, abang nak keluar lagi?" Tanya Marsha.

"Abang kena attend fashion show Britney la. Dia nak launch koleksi terbaru dia. Semua artis dijemput malam ni" balas Hael sambil menuju ke tempat letak kasutnya.

"Hurm..baru je balik dah keluar. Jam berapa abang balik ni?"

"Not sure, maybe tengah malam. Sha tidur je dulu. No need to wait for me".

Selesai bersalaman Hael terus keluar meninggalkan isterinya yang sudah kesedihan ditinggalkan.

Marsha mengeluh untuk kesekian kalinya. Sunyi bertandang lagi.

..........

Marsha merenung kosong surat khabar di atas meja kerjanya. Fikirannya bertebaran entah ke mana. Jiwanya kosong. Yang ada, hanya perasaan was was sama ada ingin mempercayai berita tu mahupun tidak.

- Sepintas foto manis Hael ketika penggambaran pre-wedding di New Zealand 3 minggu lalu -

Matanya menatap foto suaminya yang begitu intim di sisi seorang pelakon wanita popular tanah air. Dia tidak tahu apa motif berita itu dipaparkan. Sama ada ingin percaya mahupun tidak. Hatinya ragu2.

Bukan dia tidak tahu, pelakon yang bernama Shima tersebut sedang hangat digosipkan dengan suaminya. Minggu lalu sahaja terdapat foto makan malam Hael dan Shima bersama keluarga mereka dimuat naik ke media sosial. Seakan mahu pecah dadanya membaca komen suaminya ketika diminta oleh wartawan untuk mengulas lanjut.

"Keluarga kami memang rapat. Parents saya memang sangat menyayangi Shima seperti anak mereka sendiri. Memang parents kami sangat berharap kami dijodohkan. Apa2 pun saya berserah sahaja andai Shima ditakdirkan untuk saya"

Sudah lupakah Hael bahawa dia ada seorang isteri yang perlu dijaga hatinya? Suaminya nampak tidak kekok langsung dengan segala kontroversi yang terpalit pada dirinya. Marsha sahaja yang seolah2 menahan rasa atas semua spekulasi yang berlaku.

Marsha pantas mencapai beg tangan di atas meja lantas pulang ke rumah. Dia tidak betah lagi berada di pejabat dalam keadaan separuh nyawanya seolah dibawa angin sahaja.

....

"I'm married" ujar Marsha tenang.

Mencurah kasihWhere stories live. Discover now