Malam pertama
2013
Ketika aku berumur 18 tahun aku dapat mimpi masa itu aku di Kuala lumpur membantu mengemas rumah kak ita tolong kemas dan jaga anaknya dan pada suatu malam aku bermimpi aku seperti di sebuah khemah yang amat besar dan tiba tiba ada seorang perempuan menegur aku . Rambut berikat siput dan memakai sanggul dia memakai baju putih .
Perempuan itu cantik sangat dia muda dan dia menegur aku lalu dia berkata
" aku adalah puteri bunian." .
Aku pula hanya berdiam saja dan hanya mendengarkan apa yang dia katakan .Keadaan disitu agak gelap seperti senja nak kemalam suasana riuh rendah seperti ada kekecohan suasana seperti tak okay. Ketika itu ada peperangan antara manusia dan mahluk ghaib iaitu bunian. Aku seperti terpinga pinga tak faham kenapa.
" kini ada peperangan antara manusia dan mahluk ghaib, kau berpihak pada ya ghaib ! (Menunjuk jarinya pada aku ) bukan pada manusia , mengerti ." Kata puteri itu pada aku dengan nada sopan tapi tegas.
Aku rasa keliru dan tak faham apa yang dia cakap dan maksudkan . Aku ni manusia kenapa pula tak berpihak pada manusia.? Pastu kata aku mesti berpihak pada mahluk ghaib .
Aku rasa tak paham langsung dan tak mengerti apa apa.
Puteri bunian itu berkata lagi sambil menghulur pada aku 2 biji batu kristal " ambil kristal ini untuk dijadikan pelindung otak dan jantungmu ." Dengan nada tegas dan kelam kabut kerana keadaan pula semakin huru hara bunyi orang bergaduh diluar khemah .
Aku jawab " tak nak lah." Aku menolak pemberiannya sambil mengeleng kepala tapi dengan pantas dia tarik tangan aku dan membuka telapak tangan aku dan memberi 2 batu kristal warna merah dan biru .
"Ambil ni !. " memaksa aku ambil lalu dia terus menutup telapak tangan aku dengan jari jari aku lalu aku terus tersedarkan diri.
Dan itu mimpi pertama aku tentang bunian. Puas memikir dan tak dapat jawaban . Pelbagai mimpi aku dapat hingga kini juga terjadi di alam nyata banyak yang pelik pelik. Cuma aku tak pernah menceritakan pada orang dan aku hanya menulis semua cerita pelik aku di dalam sebuah buku .
Terima kasih sudi membaca 😊
YOU ARE READING
Bertemu Puteri bunian
Spiritualpada tahun 2013 aku berumur 18 tahun aku bertemu puteri bunian dialam mimpi kaki ku berpijak ditanah seolah olah nyata dua hari berturut turut aku bermimpi sesuatu yang aneh jauh dari pengetahuan hidupku . keluargaku langsung tidak tahu ini semua ke...