Chapter 8

2.2K 89 2
                                    

Chapter 8:

'Its all about finding the calm in the chaos' – Donna Karan.

Embun pagi masih basah. Dunia masih diselubungi kegelapan. Nafasnya turun naik selari dengan larian kakinya. Trak larian di taman masih tenang. Hanya seorang dua turut berjoging bersama teman atau berseorangan. Sendirian. Sama seperti dirinya. Sudah hampir dua pusingan dia berjoging mengelilingi taman yang terletak di tengah-tengah kota raya itu. Peluh jantannya sudah lama merecik meleleh membasahi tubuh. Ketenangan yang dicari akhirnya berjaya ditemui. Dia selalu begitu. Perlu berlatih untuk mengeluarkan peluh barulah dia rasa sedikit tenang. Seboleh mungkin dia akan mencuri masa untuk melakukan aktiviti riadah.

Lariannya terhenti. Dia menyeka peluh di muka. Nafas panjang ditarik lama. Dia mendongak wajah ke langit. Masih gelap. Cuaca agak lembab kerana hujan yang turun menyembah bumi sejak semalam. Kaki seluar traknya turut basah diterjah becak air sebentar tadi. Dia membiarkan. Hidupnya dirasakan berada di landasan yang tepat. Namun cita-citanya untuk mengukuhkan syarikat masih butuh sepenuh perhatiannya. Dia selesa sendirian. Tidak mahu terikat dengan mana-mana komitmen kehidupan. Rasanya dia sudah lama 'berkahwin' dengan syarikat yang ditubuhkan bersama rakan seuniversiti, Ian. Mereka saling bergantung mengejar impian. Projek loji kuasa hidro di Vietnam perlukan sokongan pelabur yang mantap dan kuat dari segi kewangan. Dia perlu berusaha untuk bertemu dengan pemilik TN Holdings. Syarikat konglomerat itu adalah harapan terakhir untuknya merealisasikan impian untuk melebarkan sayap ke luar negara. Ini projek sulung di Vietnam. Ya! Dia perlu berjumpa dengan Tan Sri Hakim. Tapi sudah beberapa kali mencuba, namun dia hanya dapat bertemu dengan CFO, Jeffrey Yap.

Zarul meregangkan badan dengan beberapa rutin yang selalu di lakukannya saban hari. Setelah rasa urat dan ototnya sedikit kendur, dia mula merehatkan badan. Dia duduk di bangku berdekatan. Namun, bukan itu yang mengganggu fikiran Zarul. Gadis bernama Zara yang menerjah ingatannya sejak semalam. Tidak dapat dinafikan, hatinya sedikit tertarik dengan gadis tinggi lampai itu. Ditambah pula dengan peristiwa mereka tertidur bersama di sofa, jiwanya bagai semakin menarik-narik untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Namun, sumpahnya untuk tidak membenarkan mana-mana gadis mengisi hidupnya tidak mungkin di langgar begitu saja. Dia dalam dilema. Nafsunya membuak hebat mendambakan pelukan hangat Zara. Sebaliknya, akalnya menolak jauh angan yang mula menyulam indah. Malam tadi Zara hadir di dalam mimpinya. Dia benci bermimpikan sesuatu yang tidak diingininya. Dia tidak mahu kecewa. Huh! Hatinya perlu dibenteng sekali lagi. Benteng itu sudah retak ditembusi panahan sinar mata milik Zara. Sungguh dia terpesona.

Dia mengeluh kasar dan kemudiannya berdiri. Earphone yang tersadai di bahu sejak tadi disangkut ke telinga. Dia melangkah perlahan ke arah SUV miliknya. Keretanya bergerak laju menuju ke arah kondo kediamannya.

Siangnya dipenuhi kesibukan kerja. Lewat senja barulah dia dapat menarik nafas lega. Lama dia memejamkan mata. Cuba mencari ketenangan di dalam diri. Hampir dia terlena di kerusi kerjanya. Dia membuka mata dan mencapai S8 di atas meja. Sudah lama dia tidak membuka akaun sosial miliknya. Perkembangan kawan serta sahabatnya di Facebook membuatkan dia semakin sepi. Semuanya sibuk updates pasal aktiviti bersama keluarga. Huh! Dia mengeluh kasar. Dia rasa ada sesuatu yang kurang di dalam hidupnya. Tapi apa? Isteri? Dia tidak akan pernah bersedia. Dia tidak akan terlalu mudah mempercayai perempuan lagi. Setelah apa yang Bella lakukan terhadapnya? Setelah apa yang Mama buat? Rasanya tidak perlu perempuan di dalam hidupnya lagi.

Jemarinya menekan akaun instagram yang sudah lama tidak dibuka itu. Hatinya meloncat gembira. Ada request from Zara Aleeya! Laju dia menekan akaun milik gadis yang berjaya mencuri perhatiannya itu. Tidak dapat dinafikan, dia teruja dengan perkembangan terbaru ini. Segaris senyuman meniti di bibirnya. Matanya leka memerhati foto-foto Zara yang cantik menghiasi S8 ditangan. Kebanyakan gambar yang tertera adalah kenangan indah Zara di luar negara. Ada gambar Zara di tepi pantai, di atas puncak gunung serta lembah cantik di Eropah, Australia, Korea, Indonesia dan banyak negara lain. Tapi semuanya gambar Zara keseorangan tanpa teman di sisi. Mindanya diterjah persoalan tentang Zara. Kenapa gadis secantik Zara masih belum berpunya? Berdasarkan maklumat didedahkan ketika di balai polis tempoh hari, Zara sudah mencecah usia 30 tahun. Rasanya sudah ramai wanita seangkatan Zara sudah berumah tangga dan bergelar ibu. Tetapi apa yang terjadi di dalam hidup Zara? Kenapa dia sendirian?

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now