Chapter 10:
'Trust is a fragile thing. Easy to break, easy to lose and one of the hardest things to ever get back.' – All Great Quotes of The Day.
Zara tunduk meneliti fail ditangan. Namun fikirannya masih meliar ke tempat lain. Berhari-hari dia menjeruk perasaan rindu kepada arwah Ammar. Sesekali wajah Ammar silih berganti dengan wajah pemuda yang berjaya mencuit hatinya yang sepi. Zarul!
Memori bersama Zarul sering saja menjengah minda. Dia buntu dengan kehendak diri. Dia keliru dengan perasaan sendiri. Seminit dia rindukan kekasih pujaan hati. Seminit lagi dia teruja menanti panggilan Zarul yang tidak kunjung tiba. Adakah mereka tidak akan pernah bertemu selepas ini? Langkahnya menjadi kawan di akaun instagram milik Zarul tidak ke mana. Lelaki itu sepi seribu bahasa. Perlukah Zara memulakan langkah untuk mendekati Zarul? Tapi apa yang dia mahukan daripada pemuda itu?
Ya! Sungguh dia amat terhutang budi dengan Zarul kerana menyelamatkan dirinya malam itu. Namun, berlebihkah dia andai dia cuba berbaik dengan Zarul? Adakah Zarul akan salah sangka? Sudahlah rasa malu masih menebal di dalam diri kerana memeluk erat tubuh Zarul hingga ke pagi. Perlukah dia menolak jauh rasa malu itu untuk mencipta ruang berkenalan dengan Zarul?
Resah. Gelisah. Perasaan Zara semakin tidak tenteram. Jelas dia tertarik dengan iras wajah Zarul. Hampir sama wajahnya dengan Ammar hingga membuatkan dia lupa diri. Lupa bahawa Zarul bukannya Ammar. Berkali-kali dia mengingatkan dirinya bahawa Zarul dan Ammar adalah dua orang yang berbeza. Namun begitu, perasaannya kuat tertarik dengan diri Zarul. Kekadang dia rasa bersalah terhadap Ammar. Meminati Zarul dalam diam adalah seperti mengkhianati janji sehidup sematinya bersama Ammar. Apa yang perlu Zara lakukan? Hatinya resah dan gundah. Ingatannya sentiasa memainkan detik hangat bersama Zarul. Jelas Zara tergoda dan rindukan pelukan hangat Zarul. Tapi mereka bukannya insan istimewa di hati masing-masing. Mereka baru saja berkenalan. Tidak rapat. Tiada hubungan langsung selepas kejadian pagi itu.
Zara menghembus nafas kegelisahan. Bagaikan cacing kepanasan. Dia menutup fail di tangan dan memusingkan kerusi menghadap tingkap kaca. Bangunan pencakar langit berceracakan di luar sana. Cuaca cerah. Langit biru terbentang luas. Zara cuba menenangkan perasaannya yang gelisah.
Dia memicingkan mata. Memerhati seekor burung terbang tinggi di celah bangunan pencakar langit. Zara terfikir betapa agung ciptaan tuhan. Betapa kerdil insan. Sepatutnya dia letakkan kepercayaan kepada takdir tuhan. Tidak perlu menidakkan perasaan kasih yang mungkin saja terbit untuk Zarul? Terkedu seketika. Mungkin saja tarikan yang dirasakan ini adalah peluang kedua untuknya berbahagia? Namun, mampukah dia bahagia sedangkan jiwanya telah dibawa pergi bersama Ammar ke alam barzakh. Namun, kenapa semua perasaan ini mengasak dada Zara? Semakin dia keliru dengan keinginan hati. Tangan Zara naik meraba dada. Jelas kedengaran degupan jantungnya berdegup kencang apabila memikirkan Zarul.
Argh! Lupakan Zarul. Dia perlu setia terhadap Ammar! Tapi apa perlu dibuat untuk melegakan perasaan kelirunya ini?
Dia capai Iphone dan mula menaip whatsapp.
"Izzy, are you busy? Lunch today?" Lama Whatsapp yang dihantar tidak berbalas. Zara menghela nafas berat. Mungkin teman baiknya itu terlalu sibuk dengan kerja. Dia kembali mengambil tempat di kerusi kerjanya. Cuba fokus dengan kerja yang berlambak di depan mata.
Tiba-tiba, pintu bilik kerjanya diketuk dari luar. Kemudian kelihatan Khalid, orang kepercayaan Tan Sri Hakim menjengah kepala. Zara mengukir senyum dan bangun berdiri menyambut Khalid. Pasti ada sesuatu yang ingin dikatakan oleh Khalid.
Khalid mengambil tempat duduk di depan Zara sambil tersenyum nipis.
"Cik Zara sibuk?" Cepat saja Zara menggeleng kepala menidakkan telahan Khalid. Bukannya tidak sibuk, tapi dia yang hilang fokus untuk bekerja.
"Ada apa Khalid?" Zara memandang tepat anak mata Khalid. Sekali lagi Khalid tersenyum hambar. Dia membetulkan duduk di kerusi sebelum melontar pandangan ke arah ruang kerja Zara. Entah apa yang diperhatikan oleh mata galak Khalid itu. Zara hanya diam memerhati gelagat Khalid.
"Cik Zara ada berhubung dengan En. Zarul?" terkejut besar Zara mendengar soalan yang keluar daripada mulut Khalid. Kenapa dia ingin tahu hal peribadi Zara? Setahu Zara, Khalid tidak pernah melampaui batas hubungan antara majikan dan pekerja. Melainkan atas arahan Papa. Zara telan air liur kesat.
"No. tak! I tak ada contact Zarul selepas dia selamatkan I tempoh hari. Kenapa you nak tahu benda ni semua, Khalid?" Dia tidak selesa disoal siasat oleh orang kanan Papa. Kalau Papa ingin tahu perihal dirinya, kenapa tidak ditanya terus kepada dirinya?
"Oh! Nothing. That's all I need to know, Cik Zara." Jelas Khalid tidak akan berterus terang. Dia sudah berura-ura untuk bangun meninggalkan Zara.
"Wait! Tell me why, Khalid. I need to know." Zara masih belum berpuas hati. Khalid tersenyum sinis.
"Jangan risau, Cik Zara. Saya hanya menjalankan tugas. Kita tidak boleh mempercayai sesiapa sewenang-wenangnya." Penjelasan Khalid sedikit sebanyak membuatkan Zara dapat mengagak siapa yang sebenarnya curiga dengan Zarul. Tidak lain, melainkan Papa. Huh! Zara rasa sedikit cuak dan jengkel dengan sikap Papa. Dia sepatutnya berterima kasih kerana Zarul sudi menolong Zara disaat genting. Papa tidak sepatutnya meragui keikhlasan Zarul.
"I understand. You can go, Khalid!" Zara memberi arahan. Khalid mengangguk perlahan sebelum bangun meninggalkan Zara sendirian melayan perasaan.
Zara rasa amat bersalah terhadap Zarul. Tidak sepatutnya Papa curiga akan kehadiran Zarul tepat pada masanya untuk menyelamatkan Zara. Dia rasa Zarul dihantar oleh tuhan untuk menyelamatkan dirinya daripada tangan jahat yang cuba menculik dirinya. Dia nekad. Dia perlu berhubung dengan Zarul. Sekurang-kurangnya berjumpa dan mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang dihulurkan. Dia tidak akan membiarkan Papa terus mencurigai pertolongan Zarul. Dia yakin Zarul seorang lelaki yang baik.
Telefon di atas meja dicapai dan dia mula menaip teks untuk dihantar kepada Zarul. Degupan jantungnya sama laju dengan tarian jemarinya di atas skrin Iphone.
"Hi Zarul. Zara here. Can we meet today?" Whatsapp pertama di hantar. Sepi tidak berbalas.
"I want to treat you for lunch." Whatsapp yang dihantar akhirnya dibuka oleh Zarul. Zara menahan nafas. Tidak sabar menanti jawapan daripada Zarul.
"Sorry. I cant make it. I've lunch appointment today." Kecewa. Sungguh Zara kecewa dengan jawapan negatif Zarul. Namun, dia memujuk diri agar tidak mudah mengalah. Dia tidak mengharap apa-apa. Hanya ingin bersua muka dan mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan dirinya dulu.
"Why not we grab lunch when you're free? tomorrow?" Zara memberanikan diri mengusulkan cadangan. Dia berdoa di dalam hati agar ajakannya untuk keluar makan bersama Zarul tidak ditolak mentah-mentah oleh pemuda itu.
"I am so sorry, Zara." Matanya tidak lepas mengulang baca whatsapp terakhir Zarul itu. Sedih. Tidak sangka Zarul tidak sudi bertemu dengannya lagi. Adakah hanya Zara yang tertarik dengan Zarul? Kenapa dingin jawapan Zarul sedangkan mereka pernah berkongsi kenangan indah bersama? Atau hanya Zara yang menganggap peristiwa mereka tertidur bersama sebagai indah sedangkan sebaliknya untuk Zarul? Zara semakin sedih dan kecewa. Dia rasa amat malu sekali.
*****************************
Hope you all like this new chapter ya.
YOU ARE READING
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)
RomansaGenre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang un...