Sudah 3 minggu persekolahan bermula tetapi baik Princess ataupun Knight masih tidak bertegur sapa. Sewaktu sesi pembelajaran, tiba-tiba ada pengumuman.
Ting Ting Ting
"Perhatian kepada Knight dan Princess, sila ke bilik pengetua sekarang juga. Terima kasih."
"Eh! Kenapa umi nak jumpa ni? Dia dah balik ke? Pelik-pelik" Aisha berkata.
"Entah. Dahla. Jom kita gerak. Nanti lama pula umi tunggu." Dyan menjawab.
Knight dan Princess bangun lalu keluar menuju ke bilik pengetua setelah mendapat izin guru yang berada di dalam kelas.
Tok tok tok
Pintu bilik pengetua diketuk. Setelah mendapat arahan masuk. Kedua-dua kumpulan bergerak masuk.
"Assalamualaikum umi" Knight dan Princess berkata serentak.
"Waalaikumsalam". Umi menjawab dan memandang mereka semua sambil tersenyum.
"Tak nak peluk umi ke Princess? Ye la siapalah umi kan. Umi ni orang tak penting." Umi bersuara sayu. Princess yang masih lagi kaku tersentak.
"Mana ada. Kami rindu umi sangat-sangat." Princess menuju ke arah umi sambil berkata serentak. Kemudian terletus ketawa mereka disitu. Setelah ketawa reda. Ada suara yang berbunyi.
"Ehem! Ehem! Kenapa umi nak jumpa kami?" Ryan bertanya.
Ye, yang bersuara tu Ryan. Mereka yang memerhatikan dari tadi hanya tersenyum.
"Oohh. Hampir terlupa pula umi. Nasib baik Ryan tanya. Almaklumla umi dah lama tak jumpa dengan Princess ni. Umi tak sempat lagi nak jumpa mereka sejak mereka balik." Umi berkata sambil tersenyum.
"Kenapa umi nak jumpa kami?" Dyan mengulangi soalan Ryan kepada pengetua.
"Umi nak maklumkan yang Princess akan kembali bertugas sebagai GPO Berlian Highschool. Tetapi jawatan tak sama seperti dahulu kerana umi nak Princess dan Knight bekerjasama untuk kali ni. Seperti yang semua tahu disiplin kita makin merosot dan ada kegiatan-kegiatan yang tak sepatutnya telah dijalankan." Terang umi sambil memandang ke arah kami.
"Tapi umi..." Clara seperti hendak membantah.
"Tak ada tapi Clara! Umi dan para guru dan bersetuju untuk melantik Dyan sebagai penolong ketua pengawas dan yang lain sebagai ajkt pengawas." Sambung umi.
Knight hanya diam mendengar manakala Princess seperti tidak suka dengan arahan itu.
"Korang dah kenal antara satu sama lain kan?" Tanya umi setelah beberapa ketika sambil mata memandang kami. Knight mengangguk manakala Princess menggeleng.
"Umi kenalkan, Tengku Aryan Mikael sebagai ketua pengawas. Tengku Qalish Hayden, si kembar Tengku Danial Aqram dan Tengku Danial Afham serta Tengku Aiman Izreen sebagai ajkt pengawas. Jawatan nanti Cikgu Razali akan terangkan. Ada soalan?" Umi bertanya setelah melihat kami semua diam.
Setelah itu, umi menyerahkan kembali barang-barang kami yang dahulu. Setelah mengambil barang-barang tersebut, Dyan bangun dan keluar tanpa sebarang kata. Umi mengeluh dan yang lain hanya memandang tanpa suara. Knight terkejut dengan tindakan Dyan.
"Sabarlah umi. Nanti biar kami yang bercakap dengannya. Kami minta diri dulu ye." Ujar Elly lembut.
Umi mengangguk dan tersenyum hambar kerana dia tahu apa yang bermain di fikiran Dyan sebenarnya. Princess keluar dari bilik pengetua. Setelah Princess keluar, umi memanggil Knight.
"Knight!" panggil umi.
"Ye umi." Knight terhenti melangkah dan memandang pengetua.
"Banyakkan bersabar dengan mereka ye. Mereka dulu bukan macam ni tapi ada beberapa peristiwa berlaku yang membuatkan mereka menjadi seperti ni. Walaupun ada diantara kamu yang mengetahui cerita peristiwa itu tapi itu hanyalah permulaan kepada semuanya. Jangan ikut emosi bila berhadapan dengan mereka. Don't judge them without knowing anything. Remember that!" Pesan Umi panjang lebar.
YOU ARE READING
PRINCESS
Fiksi Remaja5 sekawan perempuan iaitu Dyan, Puteri, Aisha, Clara dan Elly dikenali sebagai Buddiez/Princess yang datang dari keluarga yang berada merupakan pelajar Berlian High School yang mana sekolah tersebut merupakan sekolah private khas untuk golongan bera...