"Jom!" Mereka semua bagaikan nk menjerit histeria apabila kucing hitam itu tetiba bersuara. Semua berlari ke belakang Stella kecuali Luke.
"Wait. Jangan cakap..." Stella membulat matanya apabila dia dapat mengenali suara tu. Pantas dia berlari ke arah kucing hitam itu.
"Kyaaa~♥ Graze! Comelnya kau!!!♥" Tubuh kucing hitam itu dipeluk kuat ke dalam dakapannya.
"Yah! Lepaskan aku lah perempuan! Rimas!" Semua di situ terpaku apabila Stella panggil kucing hitam itu Graze.
"G--graze. K--kau ke tu?" Soal Sheran tak percaya.
"Aku lah! Kenapa korang semua terkejut?" Soal Graze kehairanan. Tetiba...
"PFFFTTTTT!!!! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!" Terhambur keluar ketawa 4 sekawan tu. Habis meleleh air mata sebab gelak banyak sangat.
"HAHAHAHAHAH!!! Nama je kuasa lagenda. Last² bertukar jadi... Pfttt!!! Kucing comel!!! HAHAHAHAAHA!!!" Ketawa Sheran, Melina, Tezz dan Irya memenuhi tempat itu. Graze mengeram kegeraman.
"Nk buat macam mana! Ni rupa ketiga aku! Seekor kucing! Janganlah gelakkan aku!!"
Graze mula bertukar kepada manusia semula dan mula mengejar 4 sekawan itu yang masih tersisa dengan gelak ketawa.
Stella hanya tersenyum melihat telatah tak matang rakan²nya itu. Matanya tertancap pada Luke yang memandangnya dengan ekor mata.
Luke mengalihkan pandangan dan berlalu dari situ dengan muka yang dingin. Stella pula dihurung dengan rasa kehairanan.
'Kenapa dengan Luke?'
∆∆∆∆∆∆∆∆
Stella mengusap badan Graze dalam bentuk kucing hitam yang sedang tidur dalam dukungan Stella. Nyenyak je Si Graze tu tidur.
Mereka sekarang ni dalam perjalanan untuk pulang ke Magical Academy. Dah hampir 3 minggu diorang menetap di pulau tu.
"Ewah²! Sedapnya si Graze ni tidur. Woi! Bangunlah! Kerja kau membuta je kan?!"
Stella meletakkan Graze yang dah terjaga akibat jeritan Melina di atas katil. Lalu dia membiarkan Melina dan Graze berperang lidah dalam bilik tu.
Dia melangkah keluar dari bilik dan menghirup bayu laut. Tetiba dia ternampak Luke yang juga berada di luar termenung.
Sebaik sahaja dia sedar akan kehadiran Stella pantas dia menoleh dan cuba masuk ke dalam biliknya.
"Tunggu Luke!" Satu jejari bayang tetiba melilit tangan Luke yang cuba membuka pintu biliknya. Tanpa Stella sedar, dia dah guna kuasanya secara tak sengaja.
Pantas Stella melangkah ke arah Luke dan jejari bayang itu hilang sebaik sahaja mereka bersemuka. Kini mata hitam Stella bertemu mata merah Luke.
"Kenapa aku rasa sekarang ni kau cuba elakkan diri Dari aku?" Soal Stella tetiba.
Sejak kewujudan Graze, Luke selalu menjarakkan dirinya dengan Stella. Sewaktu mereka berdua bertembung, pantas Luke melarikan diri.
"Bukan urusan kau." Balas Luke dingin dan sekali lagi dia cuba memulas tombol pintu biliknya.
Tetapi kali ni tangannya ditahan dengan tangan mulus Stella sendiri.
"Sebab Graze?" Teka Stella. Buat seketika Luke membisu.
"Kau dah tak perlukan aku, aku dan kau dah tak ada apa² hubungan. Aku bukan lagi tutor kau. Graze tutor baru kau. Jadi kau tak perlu nk berbaik dengan aku."
"Sapa kata aku tak perlukan kau dah?" Jawab Stella laju. Kata² Stella menyentakkan Luke.
"Tak ada apa² hubungan? Kau salah Luke. Kau bukan je tutor aku. Kau keluarga aku, kau kawan aku, kau musuh aku. Sapa kata kita tak ada apa² hubungan lagi?" Luke teruskan mendiamkan diri.
"Ya. Sekarang ni Graze dah jadi tutor aku. Tapi tak semestinya kau terus diambil alih oleh Graze. Kau masih tutor aku. Jangan kau berani ajar aku sekerat jalan." Luke terkedu dengan kata² Stella.
"Selama ni kau yang tolong aku, yang ajar aku cara berlawan dari mula. Kau sanggup bersabar dengan perangai aku, dan sekarang kau nk letak jawatan macam tu je? Aku takkan biarkan."
"Sampai bila², kau akan jadi tutor aku, kawan aku, musuh aku, dan keluarga aku. Aku tak nak kau letak jawatan dari mana² pun jawatan kau." Sambung Stella. Dia melutut. Tangan Luke diraih lalu dicium lembut.
"Tolong beri tunjuk ajar, sifu." Luke mengukir senyuman nipis. Luke juga melutut bagi menyamakan ketinggian mereka.
Rambut Stella diusap kasar."Okay." Dia membantu Stella bangun.
"Tapi Kali ni, ianya akan jadi 10 Kali ganda lebih sukar dari sebelum ni. Pastikan kau bersiap sedia dari segi fizikal dan mental." Ujar Luke lalu dia masuk ke dalam biliknya tanpa mendengar balasan Stella.
Stella pula terkedu di situ. 10 k--kali g--ganda? Dia menepuk dahinya kesal. Kenapalah dia pergi minta Luke jadi tutor dia blik? Matilah jawabnya.
∆∆∆∆∆∆∆∆
Stella berada di luar bilik keseorangan. Udara segar disedutnya. Entah kenapa malam ni dia sukar untuk melelapkan matanya.
"Stella.."
Stella menoleh melihat si pemanggil. Dengan bantuan cahaya bulan dia dapat lihat sesusuk tubuh berambut hitam lebih kurang 2 meter darinya.
"Graze... Ada apa?" Stella memusingkan badannya menghadap Graze yang beriak serius.
"Aku ada sesuatu yang penting nk bagitahu kau."
Bersambung...
Sesuatu yang penting? Apa tu? Nak tahu? Aippp!!!
Biarlah rahsia buat masa sekarang. Lambat laun korang tahu jugak kan? Tunggu je lah.😝
Tata!!😘💞💕
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasy| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...